Pakatan Rakyat Press Statement


Kenyataan Akhbar Bersama Pemimpin Parti Komponen

Pakatan Rakyat

27 Mei 2008

BOIKOT UTUSAN DAN MINGGUAN MALAYSIA

KERANA MENGAPI-APIKAN PERKAUMAN SEMPIT

Sungguhpun ada tanda-tanda bahawa akhbar-akbar aliran perdana, yang kebanyakannya dimiliki atau dikuasai oleh parti-parti pemerintah UMNO-BN, sudah mulai berubah dan terbuka sedikit, namun pada umumnya masih ketara mereka terus tidak adil dan berat sebelah.

Akhbar-akhbar ini memberikan liputan yang luas kepada parti-parti dan pemimpin parti-parti pemerintah BN. Sebaliknya, bukan sahaja liputan untuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat (terdiri dari KEADILAN, DAP dan PAS) terbatas, bahkan sering mengandungi unsur-unsur yang menyeleweng dan memburuk-burukkan parti-parti dan pemimpin-pemimpin tersebut.

Yang paling teruk sekali ialah Utusan dan Mingguan Malaysia. Mereka masih mengkritik dan memburukkan parti-parti dalam Pakatan dan pemimpin-pemimpin utamanya secara tidak adil, seolah-olah seperti masih menjalankan kempen pilihanraya, walaupun pilihanraya sudah tamat hampir tiga bulan lalu.

Selain itu Utusan mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti-parti dan pemimpin-pemimpin utama Pakatan. Kami menegaskan bahawa setiap parti dalam Pakatan mendukung Perlembagaan Persekutuan. Sesuai dengan itu kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan gender, dan tidak ingin melihat kekayaan negara dibolot oleh hanya segelintir pemimpin berkuasa dengan kroni-kroni mereka yang kaya.

Oleh kerana sikapnya yang terus tidak adil dan tidak bertanggungjawab, kami menyeru agar Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot mulai hari ini. Kami juga ingin menggesa pengiklan-pengiklan yang prihatin agar berhenti segera memberikan iklan kepada akhbar tersebut.

YB Wan Azizah Wan Ismail

Presiden Parti Keadilan Rakyat

YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang

Presiden Pas

YAB Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP

10 thoughts on “Pakatan Rakyat Press Statement

  1. It is very sad to know that newspapers are so blatantly one-sided. Can both Utusan and Mingguan Malaysia even qualify as national newspapers, or would they be more suitably known as UMNO and BN newspapers? Like how Harakah is the PAS newsletter, UMNO and BN should own up and admit that Utusan and Mingguan Malaysia are both party newsletters.

    This is especially disheartening today, as the Walk for Media Freedom was this morning. According to Rocky’s Bru, only one editor from mainstream media turned up for the dialogue. Have they all been numbed by repressive laws? Or are they simply enjoying life doing their “master’s” bidding?
    ________________
    Almost all the editors, except for those in The Sun, Suara KeADILan and Harakah, in the mainstream media are “brain dead”. It is time, su, for us to free the media so that we can have accurate information and enlightened comments on local, national and international issues. But thanks to the Internet, you and I can exchange views and share ideas. —Din Merican.

  2. Nowadays I read Sinar Harian. It’s much better than Utusan.

    ______________
    edisham, Sinar is okay but Utusan is a poochee (tak boleh pakai) case. The only we can make them change their editiorial policy is to make them to lose lots of money. When their sales drop, then the advertising revenue will drop and eventually they will lose money.—Din Merican

  3. Ya, like what Su say why not brand this Utusan and Mingguan Malaysia as UMNO’s newsletter.

    I will boycott any newspapers who mengapi-apikan sentimen perkuaman sempit!

  4. Anytime Utusan or BH write a racially motivated or unfavorable report article, PR should have its information chief write a rebuttal and demand that Utusan or BH publish the rebuttal. Next file a police report. Inundate them with police reports. Then file a lawsuit, libel and slander or have them provide proof that the published article is true. PR should also write to the Home Ministry to have the Printing and Publication Permit revoked. This is the only game that Utusan and BH understand.

  5. Kepada YTH,
    DETASEMEN 88 ANTI TERORIS
    Di Tempat

    Saya melaporkan bahwa ada suatu gerakan teroris yang sangat membahayakan jiwa masyarakat umum dan keamanan secara umum. Kelompok teroris tersebut bernama FPI atau disingkat dengan FRONT PEMBELA ISLAM, adalah suatu kelompok teroris yang setiap saat bisa membunuh siapa saja.

    Mohon segera diproses secara hukum dan kelompok teroris tersebut segera dibubarkan, serta para anggota yang diidentifikasi ikut di dalamnya untuk segera dilakukan penangkapan dengan segera.

    Indonesia, 2 Juni 2008.

  6. Sikit2 boikot. Ini cara politik murahan.
    ________________
    zaiman, cara mana lagi? Pergi bakar gedung mereka? Itu cara orang yang tiada wawasan. Rakyat pun sudah marah dan tidak lagi menerima politik yang berasaskan korupsi, salah gunaan kuasa dan nepotisme dan surat khabar yang mainkan perasaan Melayu extermis. Macam tiada modal lain yang patut diutarakan.—Din Merican.

  7. Selain drp diehard UMNOers, many do not even want to glance the ‘BROAD’sheet Melayu Kuno mouthpiece! That a boycott is already in place and hurting!

    Kalaulah, kalaulah, lesen untuk mencetak boleh bebas didapatkan, alangkan baik untuk semua! Orang-orang Utusan yang telah atau akan dibuang kerja boleh kita tawarkan kerja! Supaya mereka dapat sara hidup yang bermaruah. Tak apalah kalau UMNO nak buka 100 ‘broadwide’ sheets biarkan orang lain buka juga. Kemudian kita kerja dan compete.

    Barulah kita dapat bina ‘orang berita’ dan pencetak dan tenaga fikir dan kerja dunia berkemampuan. Kalau betul sayang kpd orang Melayu ke, orang hutan ke, bebaskan mereka semua, dan hormatkan mereka! Kembalikan penghormatan dan kemuliaan manusia yang Tuhan janjikan!

    Betullah kata RPK, UMNOers, termasuk ABIM, ni ajar ‘Bullshit’ Islam! Mungkin kerana mereka orang ‘Bullshit’ jati! Wow! What is pure unadulterated BS!? 😉 Modal insan apa yang kita nak cipta dengan muslihat sekarang?

    Saya memang setuju kita mesti compete. Tak payahlah nak compete dengan Tuhan!
    In the end we’ll all be dead! So let’s make the best and most of honorable living!

    Bebaskan Media! Bebaskan Manusia!

    ————-
    Senang saja jika kita mahu tetapi kerajaan Badawi takut “moments of truth”. Mereka lebih suka di ampubodekkan. —Din Merican

  8. Mengapa perlu boikot. Biarlah pembaca sendiri menilai. Kalau mereka bijak, mereka sendiri tahu mencari kebenaran, biarlah dengan membaca akhbar2 parti lain seperi Harakah, Sinar, dll ataupun pergi ke internet membaca blog atau sekarang kan ada malaysiakini. Dan nak kata sumber2 ini pun cara reporting mereka “bebas” dan “adil” tidak skewed ke arah mana2 parti, juga saya tak nak komen, sendiri lah menilai.

    Apa pulak lepas ni, boikot tv? bernama? rtm? tv3? radio?

    _____________
    pipitrat,
    Pembaca, pendengar radio dan peminat tv kita masih senang dikelirukan dengan propaganda kerajaan. Itu sebab kita adakan kempen boikot ini. Biar saja semua saloran akhbar, radio dan telivisi tempatan bankrup. —Din Merican

  9. Saya bersetuju dengan pipitrat, hanya saya memandang bahawa, SEMUA media – tidak terkecuali, condong untuk mengelirukan. Imam Ghazali (Hujatul Islam) ada memberi contoh akan penyakit2 ini dalam syarahnya dalam topik Khilafiah (Ihya’ Ulumuddin).
    Yakni, mata memandang tapi tiada melihat. Banyak yang difikirkan tapi tiada bermanfaat. Banyak yang diamalkan tapi semuanya itu bankrap.
    Kerana tiada mata hati dan tidak mengikut kehendak yang Rab.
    Mengikut nafs’ yang jahat tanpa disedari, kerana tiada kefamanan dan mengikut manusia yang paling disayangi oleh SWT.
    “Mereka bersepakat, tapi tidaklah untuk kebaikan umah”

    HANAN

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.