April 5, 2016
MACC Trounced :The Ultimate Victory for ROSLI DAHLAN
by Din Merican

Lawyer Rosli sought Justice and won
This afternoon was supposed to be the continuation of the trial of Rosli Dahlan vs MACC where more of the MACC witnesses were supposed to take the witness stand and be grilled in cross examination. But all that fizzled out when the MACC floundered and admitted defeat.
Sources close to the prosecution revealed that since last November the MACC and A-G Chambers have been wooing Rosli to seek a settlement. Then, the courting became more intense with the MACC representatives even visiting Rosli. Then when it became inevitable that its witness MACC officer Mohan was going to be grilled and roasted, the MACC threw the towel.
This Mohan is a corrupted officer who handcuffed Rosli until he bled, and this is what happened to him:
http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/07/06/13-years-jail-rm22mil-fine-for-macc-officer-for-corruption/

MACCs Abu Kassim eats the humble pie
To cut the story short all those who fixed Rosli 8 years ago have met their retribution, their divine karma. Kevin Morais was killed buried and cemented in a drum. Gani Patail sacked so unceremoniously from his once all powerful post of Attorney General. What goes around comes around. And today is the ultimate victory for Lawyer Rosli when the MACC and government apologise to him in open court to a packed court gallery.
Never before has a government enforcement agency bowed to a private individual who sued it. But, Rosli’s case is not the usual case. It is a case of intrigue, of one man’s long and grueling battle against the whole machinery of the government. Like the movie David v Goliath, when God is on your side, you can’t lose. So I say to Rosli – you have been very steadfast in your fight for the truth and God has rewarded you with victory.I am proud of what you have accomplished in the cause of justice and congratulate you on your victory.
See below the MACC’S apology to Rosli which was read in witness box in open court by Senior Assistant Commissioner MACC Saiful Ezral.
PERNYATAAN DI MAHKAMAH TERBUKA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan ini menyatakan seperti berikut:
1. Pada 11 Oktober 2007, Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (“SPRM”) telah menangkap dan menggari Peguam Rosli Dahlan di pejabatnya di firma guamannya Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan dikenakan pendakwaan.
2. Peguam Rosli Dahlan telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah dari pertuduhan tanpa dipanggil pembelaannya.
3. Peguam Rosli Dahlan telah mengambil tindakan guaman terhadap akhbar arus perdana iaitu Utusan Malaysia, The Star dan News Straits Times dan SPRM kerana memfitnahnya dengan menerbitkan cerita palsu mengenai penangkapannya dengan keputusan yang berikut:
a) Pada 14 Januari 2013, Star Publications (M) Sdn Bhd telah membayar sejumlah ganti rugi yang tidak didedahkan dan telah menerbitkan satu pernyataan permohonan maaf di dalam akhbar “The Star” dan “The Star Online” seperti yang berikut:
“STAR APOLOGIES TO LAWYER ROSLI DAHLAN
In October 2007 we had published 2 news articles about the arrest and prosecution of Lawyer Rosli Dahlan with the titles “ACA ARRESTS SINGAPORE LAWYER” and “LAWYER CHARGED WITH HIDING INFORMATION ON HIS ASSESTS” respectively.
We acknowledge that the words used in the articles refer to Lawyer Rosli Dahlan and they were untrue and should be clarified as follows:
1. That he is not a Singapore Lawyer and is in fact a Malaysian lawyer;
2. That he does not hold a PR Status and in truth is a Malaysian citizen;
3. That he is not and has never been a nominee for the senior police officer under investigation nor for that matter any other police officer;
4. That he had not failed to file a declaration required by the Anti- Corruption Agency and in truth and in fact had filed a statutory declaration dated 20.09.2007 under section 32(1)(c) of the Anti Corruption Act 1997 declaring that he does not hold any assets for any police officer within the period stipulated by the notice served on him;
5. That he was never issued with any order to declare his spouse’s assets nor was his spouse asked to make any declaration of her assets; ,
6. That he is not connected to nor did he hide any assets of nor was charged for hiding any assets of the senior police officer who was then under investigation by the ACA.
Our said news articles have conveyed the meaning that Lawyer Rosli Dahlan was a foreign lawyer who had acted in manner contrary to the proper behavior and ethics of an advocate and solicitor
We wish to clarify that we did not intend to cast any such negative imputation against the character or reputation of Rosli Dahlan and any such imputation is greatly regretted. If such imputation was conveyed in the article, we hereby unreservedly and unconditionally apologise to Rosli Dahlan for any distress or embarrassment that he may have suffered as a result of the publication.”
b) Pada 26 Februari 2013, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd dan SPRM telah didapati bersalah dan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 300,000 dan kos kepada Peguam Rosli Dahlan; dan
c) Pada 6 April 2015, Utusan Malaysia telah mencapai penyelesaian dengan Peguam Rosli Dahlan dengan membayar ganti rugi yang tidak didedahkan dan telah sekali lagi mengulangi permohonan maaf tidak berbelah bahagi dan tidak bersyarat kepada En Rosli Dahlan dengan membacakan permohonan maaf di dalam mahkamah terbuka dalam terma-terma yang berikut:
PERMOHONAN MAAF DALAM MAHKAMAH TERBUKA
Dibacakan oleh Pengarah Undang-Undang Utusan Malaysia En Shirad Anwar:
1. Pada 12 Oktober 2007 semasa umat Islam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, kami telah menerbitkan sebuah rencana bertajuk “Peguam Polis Gagal Isytihar Harta Didakwa Hari Ini” berkenaan tangkapan dan dakwaan terhadap Peguam Rosli Dahlan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Artikel tersebut”).
2. Sejurus selepas penerbitan Artikel tersebut, apabila dituntut oleh Peguam Rosli Dahlan, kami telah di antara lain, pada 15.4.2008, menerbitkan di muka surat 4 akhbar Utusan Malaysia, satu Permintaan Maaf tidak berbelahbagi dan tidak bersyarat kepada Peguam Rosli Dahlan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Permintaan Maaf tersebut”) yang intipati Permintaan Maaf tersebut adalah seperti berikut:-
3. Bahawa kami telah membuat dakwaan yang tidak benar terhadap Peguam Rosli Dahlan seperti berikut :
3.1 Bahawa beliau adalah seorang rakyat Singapura yang menjalankan amalan guaman di Malaysia, sedangkan beliau sebenarnya dan sememangnya seorang rakyat Malaysia.
3.2 Bahawa beliau telah melanggar undang-undang negara dengan sebab enggan membuat perisytiharan harta, sedangkan beliau sebenarnya telah membuat perisytiharan yang berkenaan.
3.3 Bahawa beliau menyembunyikan harta-harta milik pegawai kanan Polis yang sedang di siasat pihak BPR, sedangkan beliau tidak ada berbuat sedemikian.
3.4 Bahawa beliau merupakan seorang yang bersifat jahat dan bertindak dengan curang dalam menggalangi siasatan BPR, sedangkan beliau senantiasa berkerjasama dengan BPR dan perlakuan dan tindakannya adalah dalam batasan undang undang.
3.5 Bahawa Artikel tersebut telah memberi gambaran yang salah, iaitu bahawa Peguam Rosli Dahlan merupakan seorang peguam rakyat asing yang bertindak dengan sebegitu rupa yang berlawanan dengan sifat seorang peguambela dan peguamcara yang penuh beretika.
3.6 Bahawa kami menyesal akan perbuatan kami itu dan menyedari akan kesan buruk yang telah berlaku kepada Peguam Rosli Dahlan dan bahawa Artikel tersebut yang dikarang dan disiarkan itu bersifat sensasi dan publisiti yang telah melampaui batasan etika kewartawanan di sekitar berita ketika itu mengenai siasatan terhadap YDH Dato’ Pahlawan Haji Ramli bin Haji Yusuff, yang pada masa itu memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia.
4. Kami sekali lagi, atas permintaan dan dengan kebenaran dan persetujuan nyata daripada Peguam Rosli Dahlan, mengulangi intipati Permintaan Maaf tersebut seperti yang dinyatakan di atas dan sekali lagi memohon maaf yang tidak berbelah bahagi dan tidak bersyarat kepada Peguam Rosli Dahlan atas kandungan yang tidak benar dalam Artikel tersebut.
5. Kami juga kini sedia maklum bahawa Peguam Rosli Dahlan telah pun dilepaskan dan dibebaskan secara mutlak oleh Mahkamah dari kesemua pertuduhan yang dibuat terhadapnya sebelum ini oleh BPR yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (“SPRM”).”
6. Peguam Rosli Dahlan juga telah mengambil dua tindakan sivil seperti yang berikut:
a) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman Sivil No. S 21-249-2009
Rosli bin Dahlan -lwn- Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Anthony Kevin Morais, Kerajaan Malaysia & 15 Lagi
b) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman Sivil 21NCVC-84-11/2013
Rosli bin Dahlan -lwn- Tan Sri Abdul Gani bin Patail, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Abu Kassim, SPRM, Kerajaan Malaysia & 8 Lagi
6. Pada 2015,Defendan Ke-6 Mendiang Kevin Anthony Morais telah mati dibunuh dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani bin Patail ditamatkan perkhidmatannya.
7. Mengambil perhatian perkara-perkara tersebut di atas, SPRM memutuskan kes ini tidak perlu dipanjangkan dan tidak membawa manfaat kepada rakyat dan negara Malaysia untuk terus dipertahankan.
7. Maka, SPRM bagi pigak semua Defendan-Defendan dalam perkara ini telah mencapai penyelesaian dengan Peguam Rosli Dahlan di mana beliau menarik balik semua tuntutan dan kami menyatakan kekesalan di atas kejadian ini.
8. Maka SPRM dan kesemua Defendan-Defendan dengan ini menyatakan penyesalan kami diatas kejadian yang menimpa Peguam Rosli Dahlan.
9. Kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan-Defendan bersetuju bekerjasama menegakkan keluhuran undang-undang dan mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia.