Kenyataan Media KeADILan: Polis Bohong dan SPR Tipu


 

undikeadilan3.jpg

March 6, 2008

 

Pegawai tertinggi polis berbohong dan Pengerusi SPR menipu berhubung pembatalan sistem calit jari dengan dakwat selepas mengundi. Mereka bersekongkol untuk membantu Umno-Bn terus menang dalam pilihanraya ke-12 ini secara haram.

Ketua polis menjelaskan beliau mendapat maklumat dari empat sumber di Kelantan, Kedah dan Perlis bahawa ada pihak yang membeli dakwat kononnya untuk mencalit jari pengundi sebelum pergi mengundi. Beliau sendiri mengaku maklumat ini sedang disiasat. Jadi, kenapa keputusan begitu penting diambil berasaskan maklumat yang tidak sahih?

Pihak polis tidak profesional sama sekali. Jikalau sudah diketahui ada yang membeli dakwat itu dengan tujuan membuat kacau, mengapakah pihak polis tidak menangkap saja mereka untuk disiasat? Jikalau ada kes, kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum dengan segera?

Tidak dapat diterima akal sama sekali mereka yang membeli dakwat itu dengan mudah saja boleh mencalit jari pegundi sebelum mereka membuang undi. Jikalau mereka dari Umno, sudah tentu mereka tidak akan mencalit jari ahli dan penyokong mereka. Dan sudah tentu pula orang dari PAS atau PKR tidak akan membenarkan jari mereka dicalit.

Pengerusi SPR menerima saranan polis itu tanpa soal. Beliau menambah pula alasan lain. Kononnya sistem calit jari dengan dakwat ini bertentangan dengan Perlembagaan kerana boleh menafikan hak seseorang yang enggan dicalit jarinya untuk mengundi. Tentu sekali pihak SPR sudah lama mengetahui peruntukan Perlembagaan yang boleh dipertikaikan itu. Tetapi
mengapa baru sekarang dijadikan alasan untuk membatalkan keputusan awal yang telah dibuat mengenai pencalitanm dakwat di jari pengundi itu?

Sebenarnya, Ketua Polis dan Pengerusi SPR hanya mengadakan-adakan saja alasan konon hendak menjaga keselamatan dan keamanan di hari mengundi. Mengikut pengalaman lalu, pihak polis dan SPRlah yang menimbulkan keadaan kacau bilau serta kurang selamat dengan mengadakan daftar undi berbeza, melanjutkan waktu mengundi dan melindungi pengundi-pengundi hantu yang dibawa berbas-bas.

Lebih serius, kami ketahui seorang bekas Setiausaha SPR telah bersekongkol dengan seorang bekas Pengarah Pejabat Pendaftaran untuk mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu yang boleh digunakan oleh pengundi-pengundi hantu semasa pilihanraya. Pegundi-pengundi hantu yang banyak digunakan di Trengganu dalam pilihanraya lalu.

Kami mendapati maklumat dalam pilihanraya kali ini kira-kira 40,000 pengundi hantu akan dibawa dari Selatan Thai dan lain-lain tempat ke Kelantan. Sekarang jelas sekali polis dan SPR hendak melindungi pengundi-pengundi haram yang diangkut untuk mengundi.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti KeADILan Rakyat

2 thoughts on “Kenyataan Media KeADILan: Polis Bohong dan SPR Tipu

  1. Shouldn’t this statement go to the international media as well?

    Libra, yes, the English version has been distributed to the international media representatives here and via e-mail to those overseas. I put out the BM version to reach out to Malaysians who want to read it in their national language. Our media relations is good. They like Anwar Ibrahim. The local media is just pro-government at the top.

    Local journalists, I know, are constrained by the editors who curry favour of the UMNO-BN regime which controls the print media and also the air waves. For example, page 28 of the lastest Time Magazine is removed before the magazine is sold in our country. This is because our enlightened censors think the article is not favorable to Badawi. I was quoted in it. Please go to the Time magazine website where you will find the article.

    The world is watching what the SPR and the UMNO-BN regime and the print media (The Star, The NST and Utusan Malaysia) are doing. Cheating, postal votes and new rules introduced by SPR in the 11th hour and its flawed electoral system will ensure their victory, but people are not fools;they want a very strong opposition in Parliament. I am confident that this time it is going to be different. Winds of change have hit the Malaysian shores.

    If you care to watch Badawi on tv, you will find that he is a nervous wreck now. He knows he cannot deliver 2004 results this time around. His margin of victory will be smaller compared to 2004 and then he will realise that he no longer enjoys the confidence of Malaysians. In November, 2008, he will be challenged for the Presidency of UMNO.—Din Merican

  2. Mahathir kata orang Melayu mudak lupa. Tapi negara kita ada orang India, Cina dan lain-lain. Rakan-rakan kita ini tidak mudah lupa. Pada hari ini marilah kita semua pahatkan dalam ingatan kita bagaimana Penerusi SPR, KPN dan KPR semua mengadakan sidang akhbar bersama tanpa segan silu kerana mereka yakin rakyat Malaysia boleh di bodohkan dengan alasan yang tidak munasabah dan dengan harapan “MELAYU MUDAH LUPA”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.