ANTARA KITA: Anwar Ibrahim masih dalam ingatan rakyat dan masih relevan


source: http://www.malaysia-today.net

February 15, 2007

Sekiranya Abdullah berhajat untuk mempertahankan dirinya maka beliau memerlukan seseorang pada ketika itu. Satu-satu orang yang boleh diajak untuk menjadi benteng kepadanya ialah Anwar Ibrahim. Anwar masih relevan untuk dijadikan rakan kongsi atau pun cagaran untuk Abdullah mempertahankan dirinya daripada serangan hendap oleh pihak Najib.

ANTARA KITA

Oleh Mohd Sayuti Omar

Agak kasar dan angkuh sedikit kenyataan Abdullah Ahmad Badawi terhadap Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai Anwar Ibrahim selepas mesyuarat MT Umno petang tadi. Katanya beliau sudah lupa Anwar dan keputusan beliau membubarkan Parlimen tidak ada kena mengena dengan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu. “Saya sudah lupa Anwar dan keputusan ini tidak ada kena mengena dengan Anwar,” begitulah katanya.

Apakah beliau kini benar-benar berada dalam zone selamat dengan merasakan keputusan pilihan raya 8 Mac nanti berpihak kepadanya? Mungkin ya… pilihan raya tetap akan berpihak kepada Barisan Nasional tetapi bukan semuanya kemenangan itu nanti menjadi milik Abdullah secara peribadi.

Abdullah tidak perlu merasa over confident. Pilihan raya ini setakat memberi kemenangan kepada BN untuk membolehkan parti komponan itu terus menubuhkan kerajaan. Tetapi ada perkara lain yang perlu dihitung oleh Presiden Umno itu.

Bagaimana sekiranya prestasi pilhan raya umum ke – 12 ini merudum jatuh. Katakan peratus pencapaiannya di bawah 70 peratus? Tentu sekali keputusan sebegitu tidak menyeronokan malah membimbangkan Abdullah. Kemerosotan prestasi akan memberi risiko tersendiri kepada Abdullah.

Ramai pemerhati menjangkakan BN gagal mengekalkan prestasi lebih 90% yang diraih dalam pilihan raya ke – 11 lalu. Orang akan melihat kewibawaan kepimpinan dan Kerajaannya selama ini lemah.

Baru sepenggal menjadi Perdana Menteri beliau sudah dinilai sedemikian rupa! Dalam politik semua boleh berlaku. Abdullah juga tidak perlu melihat orang di luar Umno itu sebagai musuhnya nombor satu. Sebaliknya beliau juga peru melihat bahawa orang dalaman juga musuhnya. Pepatah Melayu ada mengatakan di dalam reban ayam juga kadang-kadang tempat musang berse lindung. Atau pun ada gunting di dalam lipatan. Apakah akan terjadi kalau keputusan itu menjadi realiti? Bukahkah kelak ia akan digunakan oleh seterusnya tersembunyi untuk melawannya. Najib adalah sang singa bisu yang juga mempunyai nafsu dan selera makan seperti serigala segar. Bila-bila masa saja Najib akan menerkam dan meratah Abdullah bila sudah sampai masanya nanti. Masanya ialah apabila Najib merasakan Abdullah sudah lemah atau beransur tua.

Kemerosotan prestasi BN dalam pilihan raya kelak salah satu kecederaan buat Abdullah. Nah saat inilah Najib akan mengambil kesempatan untuk mengusik Abdullah. Peluang terbaik bagi Najib ialah mencabar Abdullah untuk jawatan Presiden dalam pemilihan Umno penghujung tahun ini.

Katakan kalau ini berlaku bagaimana dan kepada siapa Abdullah hendak berlindung. Apakah beliau sudah merasakan kedudukan menantunya Khairy Jamaluddin sudah begitu kuat untuk dijadikan tempat bergantung dan mempertahankan dirinya? Abdullah harus sedar Khairy hanya baru setahun jangung. Tidak dinafikan menantunya itu pintar dan bijak namun pengalaman dan networkingnya di peringkat antarabangsa sebagai ahli politik masih belum luas dan melebar. Dan Abdullah kena arif bahawa hubungan antarabangsa Najib lebih luas dan bersifat glokal!

Sekiranya Abdullah berhajat untuk mempertahankan dirinya maka beliau memerlukan seseorang pada ketika itu. Satu-satu orang yang boleh diajak untuk menjadi benteng kepadanya ialah Anwar Ibrahim. Anwar masih relevan untuk dijadikan rakan kongsi atau pun cagaran untuk Abdullah mempertahankan dirinya daripada serangan hendap oleh pihak Najib.

Sedikit sebanyak pengaruh Anwar masih ada dalam Umno. Kalau pun mereka yang menyokong Anwar sudah dibuang dan dibersihkan oleh Najib, namun benih atau zuriat para penyokong Anwar masih tersisa dalam Umno. Mereka tetap akan bersimpati dengan Anwar.

Abdullah tidak akan berdaya untuk mempertahkan serangan Najib sekiranya tiba-tiba Najib lupa kepada sumpah dan janjinya yang akan setia dan tidak akan menikam Abdullah dari belakang. Najb sudah berada diperingkat paling berkuasa dalam Umno ketika ini. Beliau tidak akan menikam dari belakang tetapi bersedia untuk menikam dari hadapan.

Tegasnya langkah Abdullah bersikap keras dan sombong kepada Anwar itu adalah tidak baik. Beliau jangan bercakap pandang ke depan sahaja sebalik harus melihat ke belakang. Dalam politik semua boleh jadi. Bukahkah politik itu ditafsirkan dengan berbagai maksud dan ianya serba mungkin. Abdullah kena ingat Anwar yang begitu akrab dan rapat dengan Dr Mahathir Mohamad pun akhirnya menjadi mangsa orang yang baik itu.

Note:

How can we forget this image of Anwar Ibrahim, former Deptuy Prime Minister and Finance Minister, who is released the Lingam “Correct, Correct, Correct” video clip last September. Lingamgate is a national scandal about the corruption of our Judges, case fixing by corrupt judges, and crisis of confidence in our Judiciary.

After much fuss over the matter, a Royal Commission of Inquiry headed by a former judge, Tan Sri Haidar Mohamed Noor was set up. Unfortunately, this RCI is tainted with more stunning testimonies including the recent revelation by VK Lingam’s secretary that the Anti-Corruption Agency had given her Rm3000 in cash, purportedly by one of its officers, Encik Wong Chee Kong. Fancy, an agency which is charged with fighting corruption doing that: offering a bribe.

Even the integrity and credibility of the commissioners have been questioned. With the election is just around the corner, the RCI is now a sideshow, and the government ,as usual, hopes Lingamgate will be forgotten in the same way the Altantuya-Razak Baginda trial is at this time. The truth is that we all know everything that Badawi has not done: he has broken his 2004 elections promises. We also distinctly remember that he has mismanaged our country. So, he can no longer be trusted. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, the man who appointed him as his successor in 2003, thinks so too.

Badawi cannot dismiss Anwar Ibrahim as a non factor in the 2008 elections. This election is very much about Anwar Ibrahim, his ideas and vision for Malaysia. Specifically, it will be about corruption, abuse of power, the mismanagement of the Malaysian economy, public safety and personal security, and the leadership of our country. Although he cannot stand for elections until the end of April, 2008, Anwar has been vigoriously campaigning against the Badawi-led administration.

I have been to a number of his ceramahs, including those in Kedah, Perlis and Penang and bear witness to the fact that wherever he went, Anwar Ibrahim was enthusiastically and warmly received by thousands of Malaysians from all walks of life. In Kangar, Perlis, 14,000 people listened to him, for example. In Lunas, 7000 Indians gave him a rousing welcome. In Kota Sarang Semut-Alor Star, Anwar received a rousing welcome from a crowd of thousands who listened to his oration well past midnight.

Malaysians also remember the humiliation by the UMNO-BN government in 1998, and the brutal treatment Anwar Ibrahim got from the former Inspector-General Police, Rahim Noor (the black eye image remains part of the public record and we have photographs to prove this). Hundreds more Malaysians are still languishing in the Kamunting goal under the Internal Security Act including the Hindraf leaders.

Even the Chinese and Indian communities are “angry over a spate of religious disputes and an affirmative action programmes…” say Thomas Fuller (International Herald Tribune, February 14, 2008). “Frustrations at the (Badawi) government’s policies (and arrogance of power)”, he adds, “has spilled onto the streets. In a rare series of demonstrations, lawyers have protested the lack of judicial independence, Indians have called for equal treatment, and opposition parties (and non-governmental organisations through BERSIH) have rallied against what they say are illegal election practices like applying mailed-in ballots to whichever district the (Badawi) government finds to its advantage”.

My fellow Malaysians, the time for us to VOTE FOR CHANGE has come. We have to decide individually and collectively whether we want the status quo, having experienced corrupt and incompetent Badawi leadership of UMNO-BN or we chose PKR’s Vision for a new Malaysia in which there will be justice for all and where government is open, transparent and accountable to us.

—Din Merican

 

 

5 thoughts on “ANTARA KITA: Anwar Ibrahim masih dalam ingatan rakyat dan masih relevan

  1. Yes Din,

    It is high time for change.
    We need a leader with Vision to set the direction for the followers or rakyat.

    I hope the rakyat will wisely vote in coming election.
    We need to work very very hard.
    I believe strongly eventually justice will prevail.

    P.Raju

    Thanks, Raju. Work for change. Din Merican
    Concern Malaysian

  2. Bro Din:

    The BN govt. is going to be shocked beyond belief as the election results trickle in. It will pay for the arrogance of its leaders and for their corruption and mismanagement.

    Thanks, Fair Malaysian Din Merican.

  3. Selamat Atas Pemilihan Umum di Malaysia Semoga Berhasil dan Berguna serta menghasilkan sebuah wakil rakyat yang potensial bagi Malaysia dan Indonesia .

    Salam

    Akmal B.Y
    Pemimpin Redaksi Duaberita
    http://www.duaberita.com
    email : redaksi@duaberita.com

    Sdr Akmal,

    Perubahan yang demokratik sudah sampai ka bumi Malaysia. Kemenangan ini adalah kejayaan idea-idea and visi Bapak Anwar Ibrahim. Saya hanya seorang penyokong parti. Salam. Din Merican

  4. Salam hormat,

    # Sejarah Jelek Anwar Ibrahim – Pengkhianat Bangsa & Negara!!!!!!
    # Anwar, Zionis, Illuminati & Jews
    # Siapakah Anuar Ibrahim…

    Ungkapan busuk di atas terpacul dari kata-kata ke penulisan lantaran ke rendah diri kerana gagal menyaingi ketokohan DS Anwar di dalam dan luar negara agaknya. Untuk jelasnya, cuba tannya peguam stim Korek korek korek Mahathir. Hehehe.:)

    Wassalam.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.