Politik UMNO Pulau Pinang


December 3, 2012

Politik UMNO Pulau Pinang

Zairil and AspanUMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato’ Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam.

Menurutnya, Rahim (kanan) juga dipetik oleh media sebagai mendakwa “tiada ada sebiji pun”rahim saibu rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

“UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

“Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zairil berkata, tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar George Town.

Justeru, jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung, dan sekadar fitnah UMNO Pulau Pinang yang cuba menutup penyelewengan lampau mereka.

Musa Sheikh FadzirMenurutnya, Dato’ Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh UMNO sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato’ Musa Sheikh Fadzir (kiri) dan Dato’ Omar Faudzar.

Beliau menambah bahawa tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta. Dalam erti kata lain, beliau menjelaskan bahawa dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Dato’ Musa dan Dato’ Omar telah mengaut keuntungan “atas angin” yang berjumlah hampir RM5 juta.

“Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau?

“Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata,” kata Zairil.

Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk meminggirkan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan yang berlaku sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Katanya, melalui Agenda Ekonomi Saksama, kerajaan Pakatan akan memastikan tiada satuAhmad Ismail pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013.

“Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri.

“Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri,” ujar beliau. – Roketkini.com

8 thoughts on “Politik UMNO Pulau Pinang

  1. As expected different political parties look at things from different perspetives. This is a good way to keep the pulic well informed and their decision will come at the coming GE13. Currently the PR has a person imported from Melaka to lead the people of Penang. Let us see after the GE13 if there will be a local personality worthwhile and capable enough to be the leader in Penang.

  2. Tanya saja dengan mana-mana pemandu teksi limo dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan mereka akan beritahu kamu pendapatan mereka hanya “kais pagi makan pagi, kais petang makang petang” karena komisi yang dikutip pemilik permit perkhidmatan teksi limo ambil 65% peratus kutipan mereka… Dan siapa yang memilik syarikat monopoli teksi limo dilapangan terbang? Disitu lah jawapan nya siapakah sebenarnya yang merompak dan mengetepikan orang-orang Melayu di Pulau Pinang….

    Dan harap juga kerajaan Pulau Pinang akan menamakan lapangan terbang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P.Ramlee sebelum PM namakannya untuk si Mamakutu itu…. dengar kabaq dia akan namakan atas nama Mamakutu itu bila renovasi siap bulan Januari…

  3. Why should the Penang International Airport be named after Mamakutu when he is the one who wanted to build a new international airport in Kuala Muda in Kedah to replace the Penang Airport?

    Chief Minister must quickly organise a referendum and propose the name to the Federal Government as the P Ramlee International Airport before the PM pandai-pandai go against Penangites’ wish and name it after the Mamakutu….

  4. Hussin, Penangites treat Tuan Lim Guan Eng as a local boy and they all love him for what he has done for Penang. I think he is more local to Penang than an ex-dentist MB in Selangor who is a first-generation Javanese migrant. I understand the one aspiring to be CM of Penang who called minorities Pendatang is himself a first-generation pendatang from Medan…

    Go walk along the beaches of Penang from Telok Bahang to Gurney Drive and the beaches along Pantai Jerejak etc and tell me do you see any rubbish uncollected for more than 24 hours?

    Look at the man himself, what he has done, what he is capable more for Penang, not that he is not a local boy? What did local boy Koh Tsu Koon do for Penang for more than 20 years? Elek!!! Isn’t one of the PMs for Malaysia also from Kerala???

    The only thing he did was to change Scott Road to Jalan Dr Ramachandran, Northam Road to Jalan Sultan Ahmad Shah and Prangin Road to Jalan Dr Lim Chwee Leong (Dr Lim Chong Eu’s father) and of course Western Road to Jalan Utama…. permanently removing the characters of these historical roads….

    Tell me Hussin, if Penangites won’t accept Lim Guan Eng because he is not local-born, they will reject him at the coming elections but we don’t need UMNO boy like you to come tell us what to do…

  5. There is a RM25 million grant to Melaka and Georgetown being chosen UNESCO Heritage cities and this grant is an annual grant. Georgetown has been denied this grant since 2008 for 5 years totalling RM125 million which is given to a private company instead to manage this heritage program of refurbishing and rebuilding and maintenance while Melaka gets the grant every year without fail. Yet, look at Georgetown today, as sparkling and clean inner-city as any beautiful cities in this country. And you could do is criticize the CM as not Penang boy….

    Does he need to be Malay to defend an underaged Malay girl in Melaka who was raped by a Malay VVIP until beranak? One need not look at color skin to uphold justice but you won’t understand that, Hussin… waste of time…

  6. We’re waiting for your response to Greenbug, Hussin! And make sure you have facts and figures. Jangan cakap kosong, bagi malu boss nanti.

  7. To say that Koh Tsu Khoon did nothing more than changing road names in Penang when he was the CM is a clear sign of denial-syndrome affecting Greenbug’s innate bias but this is only my perspective. I have no racist tendencies in suggesting for a local personality to lead Penang government – read my posting again carefully – I only suggested a worthy local personality as CM of Penang.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.