Akhirnya kita sendirilah yang kena putuskan


April 29, 2013

Akhirnya kita sendirilah yang kena putuskan

kadir-jasinoleh Pak Kadiaq

Seorang pelawat blog ini yang berupa seorang usahawan/kapitalis Melayu yang berjaya bertanya saya, mengapa lama tidak menampalkan rencana baru.

Saya katakan kepada beliau, fikiran saya buntu. Buntu bukan kerana ketiadaan idea, tetapi kerana lambakan maklumat yang berlebihan. Susah memilih yang mana satu hendak didahulukan.

Kalau kita membaca, mendengar dan menonton media arus perdana (MAP), semuanya baik dan lancar bagi Barisan Nasional (BN) dan semuanya buruk dan buntu bagi Pakatan Rakyat (PR). BN akan menang besar dan PR kalah teruk.

Kalau baca Rocket, Suara Keadilan, Harakah dan Selangor Times tentulah semua yang berkaitan PR baik dan harum; semua mengenai BN buruk dan busuk. Akhbar percuma The Sun dan akhbar-akhbar Cina lebih seimbang.

Portal berita utama memberi liputan yang lebih saksama walaupun pengulas dan pembaca mereka mirip kepada PR.

Di kalangan blogger pula, kurang sekali yang bebas dan tidak memihak. Hampir sama dengan dikotomi dalam MAP — pro atau anti — tidak ada laluan tengah. Maki hamun menjadi hidangan utama oleh pemblog dan pembahas mereka. Demokrasi alam siber bertukar menjadi anarki.

Maka tidak hairanlah kalau banyak pembaca, pendengar, penonton, pengulas dan pembahas tidak ketahuan lagi apa yang hendak dihujahkan sehingga pilihan raya nampak seolah-olah ibu kepada segala matlamat dan bukan lagi cara untuk mencapai matlamat, iaitu pemerintahan yang unggul.

Apa isunya?

PRU-13

Saya pun tidak pasti lagi apakah yang dikehendaki pengundi atau apa yang ditawarkan kepada mereka oleh parti-parti yang bertanding. Terlalu banyak dan bercelaru.

Jadi saya tidak berani dan berasa sangat tidak layak untuk bercakap bagi pihak orang lain. Justeru itu, saya hanya berani bercakap bagi pihak diri saya sendiri kerana akhirnya setiap orang daripada kita terpaksa putuskan sendiri apakah isu dan perkara yang akan mempengaruhi cara kita membuat pilihan.

Bagi saya, berikut adalah isu, hal dan ketetapan yang akan mempengaruhi pilihan saya:

1. Falsafah memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Kita tidak pilih kerajaan untuk buat keburukan. Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi. Tetapi kalau kerajaan yang kita pilih itu melakukan keburukan, kita wajib menegur dan mengkritik. Kalau ia tidak berubah, kita tarik balik sokongan kita dan kita gugurkannya apabila tiba pilihan raya.

2. Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Merekalah “hamba” kita kerana kitalah yang memilih mereka dan memberikan gajian kepada mereka dengan duit cukai kita. Tanpa undi kita, mereka tidak akan menjadi Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri.

3. Secara peribadi, batang jerami pertama yang mematahkan belakang kerbau (meminjam dan memadankan ungkapan the straw that broke the camel’s back) adalah penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan disusuli oleh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah (Tanggungan Kerajaan Pusat dan Parlimen).

4. Bandar dan pekan yang kotor penuh sampah-sarap, tikus dan anjing liar. Longkang yang ditutup dan dilupakan — busuk dan melimpah apabila hujan lebat. Pokok ditumbangkan ribut tidak dipindahkan berbulan-bulan lamanya (Jalan Klang Lama) kerana pegawai tinggi kerajaan lebih sibuk ampu Yang Berhormat daripada berkhidmat untuk rakyat (Kerajaan Pusat dan negeri).

5. Keselamatan awam yang semakin meruncing. Jenayah yang semakin menjadi-jadi walaupun KPI dan NKRA kononnya tercapai. Pengarah Kastam mati ditembak siang hari buta di Putrajaya dan Pengarang Urusan akhbar arus perdana yang menguar-uarkan negara aman, negara selamat, KPI hebat, NKRA mencapai matlamat, dirompak di khalayak di kawasan kelas menengah Taman Tun Dr Ismail. Apakah kita sudah lupa kepada janji SAM — selamat, aman dan makmur ketika PRU lalu? (Kerajaan Pusat).

6. Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M, orang merempat semakin banyak di ibu kota dan roti canai semakin kecil ukurannya? (Kerajaan Pusat).

7. Terowong kenderaan di bawah NKVE berhampiran Tropicana banjir setiap kali hujan lebat sejak dibuka untuk kegunaan umum lebih dua tahun lalu dan Jalan Syed Putra bersebelahan Sekolah Kuen Cheng berubah menjadi tasik setiap kali hujan lebat sudah bertahun-tahun lamanya. Alahai hebatnya jurutera JKR dan Bandaraya Kuala Lumpur (Kerajaan Pusat dan Negeri Selangor).

8. Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pemubunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena. Tauke judi haram, pengusaha rumah pelacuran, ketua sindiket along dan samseng jalanan yang bebas lepas kerana tidak ada Akta Buang Daerah dan Ordinan Darurat kini, saling berbunuhan dan memangsakan rakyat jelata (Kerajaan Pusat).

9. Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran.

Sekatan dan imbangan penting

Zaman kerajaan kuat dan monopolistik sudah berlalu. Semakin maju negara, semakin kita memerlukan sistem sekatan dan imbangan (checks and balances) yang kuat bermula dengan Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Kalau ada pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang memerlukanNajib needs divine help sokongan dua pertiga, eloklah dilakukan melalui proses tolak ansur dua pihak (bipartisan). Itulah antara beberapa isu yang akan menjadi pertimbangan saya menjelang tibanya hari mengundi 5 Mei.

Undi katanya rahsia walaupun nombor siri ada. Nombor siri saya ialah Ee Say Say (244). Kalau nak tikam ekor bolehlah cuba. Tapi orang Islam tak boleh, berdosa.

Saya mengundi di Selangor di mana kerusi DUN ditandingi BN (Umno) dan PAS. Dalam PRU 2008, PAS menang. Bagi Parlimen, BN (MCA) bertemu DAP. Pada 2008, DAP menang. Siapa akan menang kali ini? Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

18 thoughts on “Akhirnya kita sendirilah yang kena putuskan

  1. Hai Pak Kadiaq, kami tahu apa yang kami boleh dan hendak buat dalam PRU-13. Tak payah hang bagi nasihat. Bukan kah hang mengesahkan Mahathir dan Najib. Tulisan ini yang agak neutral ini bukan cara hang. Mengapa? Mungkin hang sudah ubah fikiran untuk carma daripada pihak yang akan menang nanti.Pakatan Rakyat akan menang jika mereka dapat sokongan yang kuat dari pengundi-pengundi di Sabah dan Sarawak.

  2. Itu fikiran & pendapat Kadiaq tapi orang lain ada pendapat sendiri. MeePakABU pun bebas untuk kritik. Tak apalah itu demokrasi. Hanya saya harap selepas bidok, GE13, berlalu nanti pada 5 Mei ini, kiambang akan bertaut semula pada 6 Mei dan berterusan sehingga bidok GE14 pula. Itu saja harapan saya dan harap Din boleh sambut baik harapan ini. Insha Allah.

  3. Pak Kadiaq,

    Hang bgtau 2008 dulu Bapa hang pun dah minat PAS, hang
    bila lagi?? Biasanya orang putih cakap, “father knows best”

    Senarai hang di atas kurang satu yang signifikan, atau hang
    saja buat mudah lupa?? Peranan media, tauke media dan editor macam hang dulu. Kenapa media hangpa putar belit fakta dan lapor macam orang tiga suku, skrew otak longgaq. Berat sebelah takpa, tapi jangan putar belit, fitnah dan caci musuh macam lupa ada hari pengadilan/akhirat…

    Baguih kalau hang turut Bapa hang..jangan ingat UMNO segalanya.

  4. Dalam mood pilehan raya kali ini,hanya yang buta,yang pekak dan yang bisu tak dapat merasai angin perubahan ang sedang bertiup kenchang.Kadir Jasin bukan pekak dan bisu.Dia dapat merasainya.Jadi dia pun menulis apa yang dia berasa akan berlaku.
    Jangan marah dekat dia.Nanti hilang undinya.

    Kita terima perubahaan pendirian dengan tangan terbuka.Hari ini juga kita terbacha Tan Si Musa Hassan,orang yang merosakkan dan memalukan Anwar telah bersetuju menyertai jawatankuasa Memantau keselamatan PKR.

    Dia pun membeli Insurance nyawa baru.

  5. Pak Kadiaq use to kiss the ground where Mahathir walks, perhaps now all Mahathir’s steps are full of shit n now it’s showing, well Pak Kadiaq deserves a second chance, everyone does of course except Mahathir n his Gin Bang Gang ( Umno’s Top Brass ) warlord or Wall lock ??Wallahualam….Oouch!!!

  6. Hoi, Kadiak, orang Pendang. Ini Siam Kubang Chenok nak tumpang sekole.

    Pertama sekali hang lain kali bawa kereta jangan bawa macam jalan Pak hang. Hari tu depan rumah hang di Tropicana hang dok potong masak tak bagi signal macam jalan pak hang ka? Awat hang ingat hang bawa kereta besar hang boleh makan jalan orang macam UMNO dok sapu duit rakyat ka?. Hang kena hormat sikit la, orang lain pun nak jalan juga. Hang jangan dok pikiar hang saja nak pi dulu. Nasib baik hang tak buat degil hari tu, kalau tidak kawan aku dah hantam kereta hang dan hang aku pun lingkup. Hang tua tua bawa kereta jaga sikit, jangan dok eksyen sangat. Jalan depan Tropicana tu bukan jalan Pak hang tau.

    Pasal isu nak undi ni, hang banjir sikit dekat Tropican pun dah buat bising. Hang tak pernah tengok ka gambar budak budak bergayut atas jambatan rosak nak pi sekolah di Sarawak. Bila kena batang hidung hang sikit hang bising bila orang lain susah hang tak peduli pun. Kerja hang masa jadi ” Penjilat Terhormat” hang jilat Mahathir saja, siang malam. Hang tak peduli pun kesusahan orang lain. dah terlambat la Kadiak, hoi. masa hang dah berlalu. Biar orang lain pula uruskan negara ini dan memainkan peranan sebagai wartawan. Orang macam hang patut balik mai dok masjid kat Pendang dan ajar budak budak tulis Bahasa Melayu dengan betul saja. Masa hang telah berlalu. Orang Putih kata semua anjing ada hari dia.

    Pasal nak undi sapa itu hak masing masing. Kalau ikut demokrasi, sapa rakyat pilih itu hak depa dan mereka akan dapat apa yang depa pilih. Apa hang boleh buat? Minta tolong hang nasihat kawan kawan hang kat TV3 dan Utusan serta seangkatan dengan depa supaya jangan lah anggap penonton dan pembaca bodoh. Cakap la perkara yang betul, jangan dok jilat jubur pemimpin BN saja. Muak orang nak tengok. Anak aku umur 12 tahun pun tanya awat la TV 3, dok kutuk Pakatan rakyat saja. malu lah sikit kat budak.

    Dah lah tu, aku boleh berletir satu hari kalau aku mau. Sekarang aku kat Kampung Kubang Chenok dan aku nak pi tolong Pas tendang anak Mahathir di Air Hitam. Aku juga undi di sini dan aku akan pastikan suku sakat aku sini undi apa saja asalkan bukan UMNO.

    Pak Din, Kalau balik mai Kedah mai lah belah Air Hitam, nanti kita pi cari Mee ABU. King Mongkut, tak balik mai ka?. Dia dok peluk budak Puerto kat Apartment dia di NY la kot. Tok Cik hang dok buat apa tang mana?

  7. Menurut The Star 28April. 2013, “Three suspects in BN Ceramah Blast Released on Police Bail.Macam mana ini macam bolih jadi? Betulkah ini? GE 13 bikin kepala saya pusing pusing.

  8. Just wish to say your article is as amazing.
    The clearness in your post is simply nice and i can assume
    you’re an expert on this subject. Fine with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the enjoyable work.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.