Tun Daim: Bukan Masanya untuk menukar Kerajaan


April 28, 2013

Tun Daim: Bukan Masanya untuk menukar Kerajaan

SUNGAI PETANI April 27, 2013- Malaysia akan berada dalam situasi bahaya sekiranya rakyat memilih pihak yang tidak berpengalaman untuk menerajui kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Daim Zainuddin

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata, dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini, ia bukanlah masa yang sesuai untuk rakyat menukar tampuk pemerintahan negara dengan menyerahkannya kepada pakatan pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman.

“Sekarang ini krisis ekonomi dunia, di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, India, China, masalah ekonomi akan berlaku.Kalau kita ambil kerajaan yang kita tidak tahu, tidak ada pengalaman… lingkuplah negara kita, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Jentera PRU13 Parlimen Merbok di sini, hari ini.

Mengenai PRU13, Daim berkata, beliau berkeyakinan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan, dan BN  empunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan kembali Kedah dan Selangor, yang kini ditadbir parti pembangkang.

Beliau berkata, ini boleh dicapai sekiranya pemimpin dan anggota Umno serta parti komponen BN bersatu. Mengenai insiden letupan ketika ceramah BN di Pulau Pinang dan Perak, Daim berkata, tindakan sedemikian dilakukan oleh mereka cuba mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat. – Bernama

29 thoughts on “Tun Daim: Bukan Masanya untuk menukar Kerajaan

  1. …pengalaman apa ??? … PENGALAMAN MEROMPAK/MELANUN & PENGALAMAN MENGKHIANATI BANGSA & NEGARA ???….sudah lah tu daim, jangan nak memperbodohkan rakyat !!!

  2. Sapa yang tadak pengelaman Daim oi ? Pengalaman seleweng khazanah negara selama lebih setengah abad? Masa ni lah perlu tukar untuk kerajaan yang betul-betul bersih,berwibawa dan telus,jika gagal juga perla tukar lagi,mengapa negara lain boleh tapi Malaysia masih percaya macam dibawah tempurung akalnya ? ABU saja penyelamat negara dari sang penyangak dan penyamun pro !

  3. Why Daim saying not to change. Daim is BN crony. Just one big scandal alone will be MAS shares taken over by the BN government while Daim was the Finance Minister.

    All BN cronies are having acute headache what is going to happen to them when Pakatan Rakyat forms the government. PR is not going to keep quiet on these cronies. Action is going to be moved to freeze whatever they have in Malaysia.

  4. Bagilah kat orang lain pulak Tun. Matlamatnya ialah perkongsian kemakmuran yang lebih sekata.

    Biar lebih ramai orang belajar dan pandai guna kuasa, supaya kepelbagaian kreativiti dan kekayaan negara dapat dipertingkatkan lagi.

    Lepas 15-20 tahun, kita bagi kat Mukhriz pulak. Masa tu dia berumur 60 tahun, dah sesuai dan masak untuk jadi calon PM.

  5. Kalau bukan sekarang, bila agaknya nak tukar? Tunggu sehingga Malaysia tiada simpanan external reserves atau sehingga UMNO dah kebas habis harta negara agaknya. Cukuplah tu Daim, makan tujuh generasi tak habis.

  6. Hahaha! Of course, Daim will say this! If there is a change of government, he is very likely to be staying in the jail cell next to Mahathir.

  7. Kalau ikut Umno, sampai bila pun bukan masa tukaq…
    Pasai hangpa takut hilang kuasa…sampai bila2 hangpa bodohkan rakyat.

  8. I think that after 50 years Barisan has failed, government debt is half trillion and growing, this is the right time to have a new manager to manage the country…

  9. Yah. The time is at least TEN YEARS LATE ALREADY. If after 1988, Mahathir had been taken down, the mess won’t be so bad..no Perwaja, no PKFZ, no Scorpene, Altantuya. Teoh Beng Hock etc. etc..

  10. Ala…Daim, diam sajalah dan undilah BN. Jangan nak suruh orang sini ikut undi kamu. Diam, biarkan mereka undi apa mereka sukalah – itulah demokrasi.

  11. Lebih baik lah diam saja, Daim, supaya orang tidak ingat kamu wujud dan tidak focus untuk carikan kamu lepas 5hb Mei ini. Banyak hal2 yang perlu dijelaskan seperti ambilalih UMBC Bank, saham MAS dan Tajuddin Ramli dan harta-harta UMNO lama bila diharamkan…. lagipun orang tak percaya dengan hang lagi.

  12. erh…..Tun Daim, BN belum cuba jadi pembangkang. Fikiran nyala jika Pakatan dan BN menukar tempat, kita ra’ayat menang besar sebab mereka ahli politik dewan dan negeri, semua tau-sama-tau. Bukan ‘I help you you help me’ but I check you, you check me.

  13. Wow, how come such change of heart….BN supporter….You accept the fact that change of government is beneficial to Malaysians.

    Mustapha, sampai Diam mampus la.

    No, Big Joe, Malaysia is 20 years too late. Madhater should not have been elected at all.

  14. BN supporter may be a masochistic Opposition supporter la looes, trying to feel his way around these parts. Perhaps doing a reverse ZN (Zul Nordin) thingy.

    Anyway, why is Diam Daim holding a Pencil in the pic above? A flur of his caliber should rightly be holding an expensive fountain pen, filled with xylene free permanent ink. Perhaps they ran out of invisible ink that day.

    Never mind, all you guys go get the indelible ink next Sunday.

  15. Diam sahaja! Hang ingat orang lain tiada otak yang baik. Kat ini otak2 BN pun sama juga. Kau audit prestasi Negeri2 dibawa PKR benar benar, baru si Diam akan tahu. Semangat Ubah tetap wujud, jadi Diam sahaja lah.

  16. Ya lah tu Daim, kami tunggu. Tolong Tun nasihat kami bila masa dah tiba untuk tukar Kerajaan. Jangan lupa ok. Awat tak habis lagi kah kikis duit kami. Kamu dan bangsat seperti Mahathir tak sedar kah yang duit banyak ni tak boleh transfer ke akhirat – tambah pulak duit haram lagi tak boleh.

  17. Siapa percaya kata-kata Daim ini. Mengikutnya hanya UMNO yang rasuah sahaja layak memegang tampuk Kerajaan. Pemimpin yang lain ini semua buta huruf belaka. Hai Daim, celikan lah mata sedikit. Cukuplah bermimpi itu. Rakyat sudah bosan dangan lagu BN/UMNO. Rakyat sudah sedia membuat perubahan. Rakyat akan ubak Kerajaan.

  18. Tepat sekali ‘ …..bukan masa nya…..’ untuk TDZ kembali berserta dalam UMNO oleh sebab Tun M sedang menunggu dengan sabilah ‘ keris ‘ yang terhunus ala Pahlawan agong Melayu – HANG TUAH !
    Bukan juga masa nya TDZ memasoki PKR, sebab DSAI pun sedang menunggu dalam peranan nya ala HANG JEBAT !
    Tidak ada masa bagi TDZ kembali ke-arena Politikus yg beliau telah sendiri mengakibat kan budaya sang tikus….
    Too little too late…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.