Merdekakan Minda Melayu:Temuramah dengan Dr. Bakri Musa (Bahagian ke-2)


February 4, 2013

Merdekakan Minda Melayu: Temuramah dengan Dr. Bakri Musa (Bahagian ke-2)

http://suaris.wordpress.com

Bakri MusaDALAM siri temuramah Suaris bersama Dr Bakri Musa bahagian kedua, Dr menyatakan pentingnya orang Melayu bersama pemimpin-pemimpinnya melakukan anjakan dengan mengubah pemikiran mereka ke arah kemajuan dan rasionaliti. Mereka tidak sepatutnya taksub kepada ajaran mahu pun arahan yang meminta mereka supaya berfikiran jumud, mundur ke belakang sekalipun arahan itu datangnya dari seorang ulama atau pemimpin utama. Mereka juga diseru supaya membuang kebergantungan berlebihan mereka kepada tongkat (bantuan kerajaan) supaya mereka lebih berdikari dan percaya diri.

Ikuti temuramah tersebut selengkapnya.

Suaris:  Dr Mahathir dalam satu rancangan di Astro Awani beberapa hari lepas berkata orang Melayu akan terus ketinggalan sekiranya tidak dibantu, yang diistilahkan beliau sebagai tongkat. Adakah Dr bersetuju orang Melayu terus diberikan tongkat berkenaan. Sampai bila bantuan ini perlu diteruskan?

Dr Bakri:  Kalau orang Melayu sekarang masih lagi kebelakangan selepas lebih daripada 55 tahun di “bantu” oleh kerajaan UMNO, kita patut periksa dengan teliti apakah yang disifatkan “bantuan” itu.

Sebagai ibu bapa kita sedia maklum betapa mustahaknya cara kita membantu anak anak kita. Kalau kita selalu sahaja memanjakan, jangan harapkan mereka menjadi cemerlang. Kalau kita terlalu kuat atau “strict,” mungkin mereka akan hilang ketegasan sendiri (self-confidence). Begitu juga kalau kita selalu memburukkan dan memberatkan kelemahan mereka.

Dalam rawatan moden, seseorang yang sudah dibedah tulang punggungnya jarang diberi tongkat; kalau diberi hanya untuk seminggu dua sahaja. Sebaliknya, pesakit diberi physiotherapy untuk tujuan berjalan sendiri tanpa tongkat. Pesakit yang saya bedah, pada keesokan harinya saya menyuruh dia bangun berjalan tanpa pertolongan.

Banyak bahayanya jika si pesakit terbaring sahaja di atas katil, antaranya darah beku (blood clot) yang boleh mengakibatkan maut. Pesakit yang saya bedah kerana appendicitis biasanya keluar dari hospital pada esok hari dan kembali berkerja dalam tempoh seminggu. Dua puloh tahun dahulu, si pesakit seumpama tinggal di hospital lebih seminggu.

Satu wawasan perubatan ialah jika badan kita (sama ada urat, tulang, danLiberating the Malay Mind juga otak) tidak di kerjakan atau dilatih ia akan menjadi lemah dan reput. Jika saya ikatkan bujang (pemuda) yang kuat dan sehat di atas katil dan “bantu” dia makan, mandi dan sebagainya supaya dia tak payah pun bergerak satu urat, tak sampai seminggu hamba Allah itu tidak akan boleh bangun sendiri; dia akan memohon tongkat sebab badannya sudah menjadi lemah. Itu bahayanya “menolong” berlebih- lebihan.

Kita perlu kaji dengan teliti mengapa “pertolongan” yang diberi kepada kaum kita oleh kerajaan UMNO tidak berkesan.

Dr. Mahathir pernah merawat pesakit. Kalau si pesakit tidak sembuh dengan ubat dan rawatan yang diberi, patutkah si doktor terus dengan ubat dan rawatan yang sama bertahun- tahun? Mungkin si pesakit patut dibantu dengan Penicillin, bukan Panadol.

Kadang kadang, walau pun ubat yang diberi itu sesuai, mungkin sukatan yang diberi tidak mencukupi atau berlebihan. Betul, Panadol akan menurunkan demam, tetapi hanya jika diberi dalam sukatan yang berpatutan. Kalau diberi suku pil sahaja, demam takkan turun, dan kita akan salahkan ubat!

Kalau kita bagi ubat berlebihan, itu pun boleh menjadi bisa dan bahaya. Di Amerika setiap tahun berapa orang kanak-kanak maut kerana ibu memberi Tylenol (ubat seperti Panadol) berlebihan mengikut sukatan yang sesuai untuk orang dewasa.

Kalaupun kita bagi ubat yang sesuai serta sukatan yang berpatutan tetapi pesakit masih tidak sembuh, ini bermakna kita patut dan mesti tukar “diagnosis” dan rawatan kita. Penyakit seperti appendicitis memerlukan pembedahan, bukan penicillin.

Mungkin pembaca kurang selesa dengan metafora perubatan, jadi saya gunakan gambaran peladang. Di ladang, kalau kita tidak cabutkan dengan habis-habisan termasuk uratnya, lalang akan gembur dan menimbun serta merosakkan tanaman yang berharga. Apa lagi kalau kita “tolong” lalang itu dengan membajakannya!

Kebun UMNO sekarang ditimbuni lalang. Kalau kita hendak menolong UMNO dan orang Melayu pada umumnya, kita patut semburkan racun Round Up untuk membunuh lalang-lalang itu supaya kita boleh tanam benda yang berguna dan mereka berpeluang bangun. Tetapi apa yang kita buat sekarang? Kita bajakan lalang! Alasannya, betul lalang, tetapi lalang Melayu! Kita mesti tolong sebab Melayu!

“Pertolongan” yang dihebohkan oleh Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO saya sifatkan seumpama membajakan lalang. Akibatnya banyak dan lumayan lalang Melayu sekarang; Isa Samad sekarang sembur sebagai peneraju FELDA. Dia dibuktikan bersalah “wang politik” oleh kerabatnya dalam UMNO beberapa tahun lepas. Khir Toyo satu lagi lalang Melayu yang sekarang sembur dalam istana kayangannya yang dibiayai oleh (wang) rakyat.

Di bahagian swasta, lalang Tajuddin Ramli hampir mengorbankan kebun MAS. Banyak lagi lalang di Utusan dan New Straits Times. Dalilnya, pembaca NST sekarang tak sampai separuh daripada sepuluh tahun dahulu. Lalang Melayulah yang menimbun dan akhirnya memusnahkan Bank Bumiputra. Kita tidak hairan dengan kehijauan dan kesuburan lalang, walau pun lalang Melayu!

Pemimpin Melayu seperti Mahathir patut tekun mencari jalan lain yang lebih bererti dan berkesan untuk menolong kaum kita. Jangan hanya suka memuaskan hati dengan mencaci dan membangkitkan kononnya kelemahan bangsa kita. Masyarakat Melayu sekarang berkehendakkan pertolongan racun Roundup bukan baja Urea untuk menghapuskan ahli lalang dalam masyarakat kita. Kebun kita sudah dibanjiri lalang.

Ada pepatah Kristian yang saya terjemahkan lebih kurang seperti berikut. Kalau kita menolong si miskin dengan memberinya seekor ikan, dia akan dapat makan hanya sehari. Tetapi kalau kita tolong dengan mengajar dia mengail, dia akan dapat makan selama hidup. Kalau tolong lebih sedikit, seumpama memberi pinjaman untuk membeli sampan, dia akan mengail laut yang luas dan dapat menanggung sekampung.

Kita tidak menolong kaum kita dengan memberi kuota masuk universiti dengan senang, lesen mengimport dan kontrak-kontrak lumayan, atau menyuruh perusahaan bangsa lain mengambil pengarah-pengarah (biasanya ahli politik) Melayu. Jauh sekali! Itu hanya membajakan lalang. Mereka hanya “ersatz capitalists” atau perusahaan menenggek, bukan tulen.

Pertolongan yang lebih bermakna dan berkatnya berpanjangan ialah jika kita menolong orang Melayu berfikir sendiri. Bebaskan otak orang Melayu. Kalau ungkapan kita masa tahun lima puluhan dahulu ialah “Merdeka Tanah Melayu,” sekarang slogan kita mestilah, “Merdeka Minda Melayu!

visiItulah tema buku saya terakhir, “Liberating The Malay Mind.” Apakah yang saya maksudkan dengan minda merdeka? Konsep ini lebih terang dijelaskan melalui cerita seorang alim, Mullah Nasaruddin. Ia terkenal kerana mengajar melalui contoh yang ringkas dan jenaka diri sendiri.

Dia ada jiran yang suka meminjam keldai Mullah tetapi lalai untuk mengembalikannya. Pada satu hari jiran itu datang untuk meminjam binatang itu. Pak Mullah, (yang telah) menjangkakan permintaan itu, telah dulunya menyorokkan binatang itu di dalam reban dan tidak ternampak dari luar. Bila jiran itu memohon, Mullah Nasaruddin dengan lenang membalas, “Keldai ku sudah dipinjam oleh abangku semalam.”

Bila jiran itu kecewa pusing balik, dia kedengaran binatang itu melaung dalam reban. “Kau katakan keldai telah dipinjam oleh abang kau.”

Mullah serta-merta menjawab, “Kau lebih percayai ringkikan keldai lebih daripada suara Mullah?”

Seorang yang mempunyai minda merdeka lebih mempercayai laungan We the Rakyatkeldai itu; mereka yang mempunyai minda yang masih dipenjarakan oleh adat dan budaya akan turut mempercayai Mullah walaupun keldai itu ada di hadapan mata.

Kita mesti melatih orang Melayu supaya bila kita dengar laungan keldai kita mesti mempercayai telinga kita walau pun Pak Lebai mengatakan itu hanya suara rekaan sahaja.

Dalam buku terakhir, saya mengemukakan empat cara untuk membebaskan minda Melayu. Pertama, membebaskan sebaran am dan punca-punca maklumat dan berita serta pandangan. Kedua, mengadakan sistem pendidikan yang bebas (liberal education) dan berlandasan kukuh atas asas sains dan matematik.

Ketiga, mendorongkan perusahan dan perdagangan dalam masyarakat kita; iaitu mengalakkan orang Melayu menjadi kaum perusahaan. Bila kita berdagang, kita sifatkan orang bangsa lain bukan sebagai pendatang tetapi bakal pelanggan kita. Maknanya, asas keuntungan kita!

Keempat, kita mesti kaji semula bagaimana kita mengajar agama kepada anak- anak kita serta bagaimana kita mengamalkan agama yang suci ini. Islam telah membebaskan kaum Bedouin Arab yang kanun, membebaskan mereka dari Zaman Jahiliyah kepada Zaman Cahaya. Begitu juga Islam patut membebaskan orang Melayu memulai dengan membebaskan minda kita.

MahathirTanpa membebaskan minda Melayu, tidak kira berapa billion pertolongan kita beri, seberapa lumayan kontrak, AP serta kuota-kuota lain kita hadiahkan, atau berapa senangnya anak-anak kita masuk universiti, itu semuanya tidak bermakna atau berkesan. Semuanya itu bukan “pertolongan” yang tulin, bahkan hanya candu untuk syok sendiri dan hisapan khayalan sahaja. Semuanya saya umpamakan membajakan lalang.

Sebagai negara merdeka Malaysia telah mencapai banyak kejayaan. Kalau kita merdekakan minda Melayu, tidak terhad kejayaan kita sebagai perseorangan dan juga sebagai masyarakat. Yang indahnya, bila minda kita merdeka, ia tidak boleh lagi dipenjarakan.

Tidak payahlah kita ragukan unsur-unsur seperti globalisasi dan neokolonial. Kita tidak lagi bimbang bila anak kita fasih dalam bahasa Inggeris atau bahasa asing. Dengan minda merdeka kita tidak akan berasa terancam bila makhluk Allah lain menggunakan istilah ‘Allah’.

Merdekakan minda Melayu! Itulah satu pertolongan yang berkesan dan tak terharga!

Berbalik semula ke ‘tongkat’ yang paling dihargai oleh Mahathir dan kerabatnya dalam UMNO, bagaimana kita boleh mengharap orang-orang kampung membuang tongkat kecil kayu mereka sedangkan tongkat emas yang beberapa lagi indah dan besar diberi kepada sultan-sultan, raja- raja dan menteri- menteri?

Kita marah bila Pak Mat di Kampong Kerinchi menyelewengkan wang pinjaman MARA dua tiga ratus ringgit untuk memajukan warung kopinya untuk membeli baju sekolah anaknya, tetapi bila suami menteri menyelewengkan berjuta- juta duit rakyat untuk membeli kondo mewah, pemimpin seperti Mahathir senyap sahaja.

Melayu tak payah diberi tongkat apa-apa pun. Pertolongan yang patut diberi ialah untuk membebaskan minda kita. Kalau hendak beri pertolongan, hanya tolonglah sedikit mencabut lalang di kebun kita supaya pisang, timun dan kacang kita boleh berpeluang tumbuh. Kalau enggan berbuat demikian, tolong janganlah bajakan lalang tu!

(akan disambung…)

11 thoughts on “Merdekakan Minda Melayu:Temuramah dengan Dr. Bakri Musa (Bahagian ke-2)

  1. UMNO bigwigs have become pseudo aristocracy in Malaysia. They have become royalty to most Malays, and from what we see, the actions of UMNO bigwigs are beyond question or above the law.

    Before the Malay mind can be free, the Malays must reexamine the story of Hang Tuah and Hang Jebat, and debate on the possible outcomes

    If Hang Tuah was killed instead of Hang Jebat. What could have happened to the Sultan of Malacca? What if there were no sultan, and Hang Jebat had reigned? How could he have reigned?

    Or in the first place, there was no sultan to give orders following which Hang Tuah and Hang Jebat would have been eternally good friends. What would have Malacca become then?

    That is for starters.

  2. Liberating the mind not only the Malays, all Malaysian mind need to be liberated especially those MCA members who are now trained conmen going around dangling fictitious grants and projects fishing for votes.
    Why MCA, because they are going down as the most disgusting people who has proven selling out the future of the country by being another eunuch responsible plundering the wealth of the country together with their UMNo goons.
    MCA is applying the same Failed tong kat syndrome on the chinese has now spread to all youngsters irrespective of any race. BRIM is another fairy tales being poison into the Malaysian mind just like any Disney fairy tales.
    Be realistic that mind and body need to function according as God blessed gift where all mankind has to be responsible and cooperate to make this world a better place to lives.

  3. Before the Malay mind can be free, the Malays must reexamine the story of Hang Tuah and Hang Jebat, and debate on the possible outcomes – Tang Loon Kong February 4, 2013 at 8:25 am

    I disagree with you. There is nothing wrong with Hang Tuah and Hang Jebat. I may be outraged with both of them but still I passionately support them.

    The Malays must free themselves from their Pak Kaduk mentality :

    http://www.youtube.com/watch?v=J699DKudh-s

    and of course the Pak Pandir’s mentality :

    http://www.youtube.com/watch?v=dzBtQSF-JKw

  4. Dr Bakri Musa is an excellent & profound Malay writer just like Dr Azly and many more good Malays writers who are shoulder to shoulder or better than many Mat Salleh writers.
    To have better of Malaysian or ASEAN perspectives. We should be reading the more original version from them rather than filter one by Mat Salleh.
    Regret to see that not many Malaysian are not making effort to read book by such profound writer of Dr Bakri. Especially the Chinese who are concern about education, there is well written subject by Dr Bakri which not be missed.
    I hope the Mat Salleh don’t get offended by us me calling them so, actually it is a compliment with good intention.

  5. NEP bertujuan untuk mencapai apa yang Dr Bakri disebut. Sebaliknya, ia melemahkan Melayu dengan menjadikan ia lebih mudah bagi Kerajaan untuk mengambil daripada orang lain untuk mereka. Ini hanya dibuat fikiran orang bukan Melayu ‘lebih kuat dan lebih berdaya-dayaan. Ini la sambungi dari Janji diTedapati atau apa lain?

  6. Dear Mr Hasan

    The point that I wanted to show earlier on is that more Malays should start considering separating passion (emotions) from what is rational – not that I am saying Malays are not rational. Constantly using the mind opens up a entire new avenue of thoughts which may be instrumental for ‘merdekakan minda Melayu’ which is the heart of the matter.

  7. Kudos to Dr. Bakri.
    More Dr. Bakri would remove Malay stereotype. The trouble is there are many Dr. Bakri but they were too afraid to speak out against Mahathirism. Now even Samy Vellu son also spoke out against Mahathirism but he too afraid to spill Najib’s beans as he has too much as stake too. If only Samy Vellu Jr. has the balls to state the facts. But at least he has much more marbles the whole Ching gang of Mickymouse Corruption Agency.

    Some people across the causeway said so ec do biz in Msia, just grease. This is the stereotype developed by whom? So we lost 50 yrs of civil development.

    DSAI will have a hard time in his first 5 yrs as PM to clean the mess. He would have to get a fresh EC to ensure the rolls are good and clean for the next round.

  8. Cina Kedah – Farish Noor is another prolific writer with local relevance. I beleieve he is a visiting professor in Asian Studies at NUS or Nanyang Singapore. I follow him and I am Chinese, like I like Rehman Rashid too.

  9. Selagi Melayu ketagih dan ghairah dengan tongkat NEP cap UMNO, maka selama itulah Melayu tersekat dalam penjara dibina diri mereka sendiri. Mereka bolih terus menyalahkan kaum bukan bumiputera tetapi ia hanya suatu comedi “syiok sendiri” untuk menutupi “khayalan palsu” yang terbenam dalam sanubari mereka sendiri.

  10. “Selagi Melayu ketagih dan ghairah dengan tongkat NEP cap UMNO, maka selama itulah Melayu tersekat …” CYC

    Kemaluan orang Melayu sangat besar di sebabkan tongkat Ali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.