Tidak Habis Kisah Mahathir-Anwar: Mengapa?


July 12, 2012

Tidak Habis Kisah Mahathir-Anwar: Mengapa?

Oleh Mohd Rashidi Hassan (07-11-12)@http://www.harakahdaily.net

Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Ada orang kata buang ‘dakwat’ sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.

Namun, kadang-kadang kita perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr Mahathir, yang sehingga kini, masih mendominasi atau dictate masa depan UMNO, khususnya pelbagai gesaan yang beliau lakukan terhadap PM, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir masih aktif berpolitik, mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya. Nampak jelas mantan Presiden UMNO itu sangat berjaki dengan Anwar. Baru-baru ini beliau terus menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada politik.

“Ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu! Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya,” tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang, baru ini.

Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya. Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah mengacau dan telah pun memaafkan bekas Perdana Menteri tersebut.

“Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.

“(Tetapi) yang kamu takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia,” katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan pada September 1998.

Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.

Apa yang disebutkan Anwar harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak harus kita diamkan.

Apa pun, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.

Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden UMNO yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.

Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.

Justeru, seluruh anggota dan pemimpin UMNO harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.

Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan UMNO. Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu UMNO.

Mana tidaknya. Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.

Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda UMNO adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya, merupakan Penasihat Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.

Anak bongsunya, Dato’ Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, beliau mencadangkan Mukhriz menjadi antara bakal calon Menteri Besar Kedah. Itu pun jika BN menang, kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata lagi.

Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden UMNO yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.

Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Penasihat Petronas.

Esso sudah ‘direbranded’ sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.

Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan ‘conflict of interest.’

Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.

Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?

Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.

Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin UMNO. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak pemimpin UMNO anak-beranak.

Justeru kita menuntut Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga menuntut Dr Mahathir dipecat daripada Petronas kerana pelbagai kepentingan negara diraih beliau anak-beranak. Negara akan musnah jika pemimpin UMNO dibiarkan untuk bebas sebegini.

Kayalah kamu, mewahlah hidup kamu wahai pemimpin UMNO! Itulah berkat daripada kilang arak San Miguel! Berkat dari perjuangan kebangsaan, tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di Felda tempohari, memang ‘haram jadah’!

12 thoughts on “Tidak Habis Kisah Mahathir-Anwar: Mengapa?

  1. Din.
    Kisah Mahathir dengan Anwar tidak akan habis kerana Mahathir terlalu marah kapada Anwar yang memangilnya ‘you are liar ‘ padpa tahun 1998 berhubung dengan kesah menyelamatkan Mirzan anak Mahathir oleh Petronas.Anwar bagitu marah sekali kerana Mirzan telah membohongi Petronas berhubungan dengan jumlah bantuan yang ia perlukan untok menyelamatkan syarikatnya Konsotium Perkapalan dari bankuppan.Petronas bersetuju untuk membeli hutang Konsortium Prkapalan dengan kadar 900 juta ringgit.Mirzan berkata ia memerlukan 1.3 billion untuk membeli anak syarikatnya Pacific Shipping. Mahathir sebagai PM tidak mahu campor dalam hal ini tapi ia memberitahu Tan Sri Rashid Hussaon dengan harapan berita ini akan sampai kepada Anwar bahawa he is the big boss.

    Saminggu saelepas Petronas bail out Konsortium dengan jumlah 1.3 billion saperti yang diminta,Mirzan memberi interview kapada AWSJ yang Konsotium Perkapalan membuat untong 300 juta dengan menjual anak syarikatnya Pacific Shipping kapada MISC anak syarikat Petronas.

    Anwar berasa tertipu ia terus confranted Mahathir dan mengatakan Awak pembohung dan tidak boleh di percayai.Apabila berita ini sampai kapada Daim yang sudah pun amat marah kapada Anwar,maka plot untok menjatohkan Anwar pun bermula.

    Din ,Mahathir akan buat apa sahaja untok melindongi anak anak nya sahingga hari dan Anwar tidak boleh tolerate dengan Mahathir yang nampak sangat melindungi anak anak nyabdan crony nya.

    Mahathir sepatutnya sudah pencen dan patut dia hanya buat kerja kerja kebajikan.Baru baru ini apabila dia di maalumkan dalam mesyuarat biro politik UMNO yang BN hanya akan menang 80 kerusindan lagi 50 kerusi 50:50,Dia sudah panik takut jadi macam Husni Mubarak.Ia terus membuat pengumuman yang Najib patut menangguhkan pileharan Raya salepas Raya Puasa.

    Saya ingat Mahathir ini smarter dari Lee Kuan Yew.Nampaknya tanggapan saya meleset. Bukan sahaja Anwar menjadi musuhnya malah Pak Lah yang dia pileh untuk menganti beliau pun,hentam dia.

  2. Salaam En Hamid,memang benar apa yg awak tulis,ada lagi peristiwa yg terjadi kpd saya,insha allah satu hari saya akan tulis.Salaam

  3. So Hamid , this is the true story about the Mahathir versus Anwar saga of animosity. There is no sodomy at all – and the sodomy matter was another one of Mahathir’s lies to the Malaysian public ! Disgusting is’nt it.

  4. I wish these 2 -anwar &mahatir would just kiss and make up have truth&reconciliation It would save us all Malaysians a lot of headache and heartache having to listen to them sparring all the time

  5. “Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin UMNO. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak pemimpin UMNO anak-beranak.”

    Isnt this the truth. Redai is one thing but consequences is another. Every action must have consequences. This must not be tolerated once changes come.

  6. “You guys have been had.”

    No Bean. Hamid is for the most part right, but there is more to the animosity than this. The visceral hatred of Octo for Anwar transcends bail-outs or whatever. It has to do with hubris and his demigod cult.

    All attempts at mediation and reconciliation have failed. The general perception is that Octo hates Dopey for not following through his ‘legacy’. But the main factor was Dopey’s (and SIL’s) near unconditional release of Anwar. Dopey, for all his warts and somnolence, was not drunk on power and control.

  7. A constitutional / mamak Malay became Prime Minister for 22 years and all his male off springs are billionaires.

    Anwar was in this mamak’s cabinet for at least 14 of those 22 years . Anyone know if anyone of his children has achieved billionaire status?

  8. Very easylah, just give each of them a keris and put them in the ring. Have Vincent Tan take odds. Settle this the Hang Tuah and Hang Jebat way.

  9. Lamb chop or lamb loin. You need to ask Kerismuddin how’s the lamb chop. While the inmates in Kamunting are fasting he said he’s enjoying his lamb chop. May his lipids and triglycerides shoot up.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.