Utusan Malaysia: Siapa yang rasis?


April 25, 2011

“We want future generations to view Malaysia as a united country – no racism, discrimination, and selfishness. Only then will we be more objective, more open-minded, more advanced, more willing to accept criticisms and different points of views”. Mariam Mokhtar, The Ugly Chinaman (http://www.malaysiakini.com) April 25, 2011

Aspan kepada Utusan Malaysia: Siapa Yang Rasis?

oleh Aspan Alias

Utusan Malaysia sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.

Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.

Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.

PAS juga adalah didasarkan kepada orang-orang Islam dan tidak mengambil kira dari bangsa apa sekali pun, tetapi ianya di dominasi oleh bangsa Melayu sahaja. Sejak merdeka inilah cara dan pattern pengundian yang digalakan oleh Perikatan dan kemudiannya BN. Oleh kerana BN telah menikmati sokongan dari kaum Cina melalui MCA maka isu isu ini tidak timbul isu perkauman sedangkan cara mendapat sokongan itu adalah berasaskan kepada permainan politik perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini oleh kerana orang Cina sudah hilang keyakinan terhadap kita maka kita mainkan isu perkauman yang begitu menebal. Kejayaan DAP meraih sokongan itu dikatakan diperolehi dari isu perkauman yang dimainkan oleh DAP, tetapi kita sendiri telah lupa yang sokongan Cina terhadap BN selama ini adalah di asaskan kepada sentimen perkauman itu.

Pihak kita tidak mahu menerima yang kita adalah negara demokrasi. Itulah sebabnya blog ini selalu mencadangkan supaya kita berubah secara radikal dan bermula dari peringkat struktornya. Kita mesti memulakan politik baru seperi pemimpin dahulu melakukannya semasa mencapai kemerdekaan. Untuk melakukan itu ianya mesti ditaja oleh seorang pemimpin yang luar dari barisan kepimpinan hari ini, yang dihormati oleh semua kaum dan pihak. We must start the nation anew.

Barisan kepimpinan hari ini wajar berkorban kerana selagi pimpinan yang ada pada hari ini masih memerintah negara ini maka isu yang hangat ini akan bertambah hangat dan tidak akan ada kesudahannya. Kita selalu membuat komentar tentang politik negara hanya di dalam parameter politik di Semenanjung sahaja sedangkan nun di seberang lautan Cina merupakan wilayah yang mempunyai kuasa politik yang kuat dan bertenaga.

Jika semua pihak mahukan negara ini dalam keadaan aman kita harus mempunyai pemimpin yang berani tetapi di hormati oleh semua pihak. Kita tidak boleh dipimpin oleh mereka yang bermuka-muka kepada kaum-kaum…bercakap lain dan berbeza mengikut kaum apa yang ada di hadapan kita. Saya bukan mempertahankan DAP tetapi di dalam sebuah demokrasi tulin isu membidas parti yang sedang mendapat pengaruh itu adalah tidak betul.

Jika kita mahukan pengaruh kita bertahan setidak-tidaknya, kita wajar melakukan perubahan yang drastik. Jika kita benar sayangkan parti dan kerajaan yang ada mungkin memerlukan pengorbanan. Dahulukan nasib parti dari politik peribadi sendiri. Jangan pula kita lakukan perkara yang tidak bermoral seperti membunuh parti ini lagi semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Cukuplah setakat apa yang telah di lakukan 20 tahun dahulu.

Di dalam pertandingan bola sepak, kita tidak boleh mengalihkan tiang-tiang gol semata-mata untuk memenangi pertandingan itu. Jangan pula bertindak membuang ‘referee’ seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin kita 23 tahun dahulu. Tun Salleh menjadi korban politik yang dimainkan oleh pihak eksekutif.

Pengasingan kuasa yang sepatutunya di suburkan di dalam sistem politik demokrasi telah luntur dan tidak nampak kemajuan di dalam usaha kita untuk memperbaikinya.

Selalunya jika pihak yang takut kepada kekalahan, kekalahan itulah yang akan tiba. Kalau sebuah busut itu dianggap berhantu suatu hari itu busut itu akan berhantu. Jika kita mengelabah sangat dengan kemaraan DAP maka DAP lah yang akan menang kerana kita asyik dengan perasaan takut itu.

Kita jangan menjadi seperti seorang yang takut berjalan dalam gelap. Orang yang takut berjalan di dalam gelap selalunya akan membuat bising untuk menghilangkan ketakutan itu. Kalau tidak berani menerima keputusan plihanraya maka elok kita ubah perlembagaan dan jangan di adakan pilihanraya lagi untuk mengelakan isu untuk membenci pihak yang menang.

Kita asyik menyalahkan pihak lain tetapi kita tidak pernah melakukan introspeksi yang mendalam kenapa kita di tolak. Orang lain semuanya salah, hanya kita sahaja yang betul. Kita mesti ingat parti politik kita ini bukannya agama yang tidak boleh dibelakangkan oleh mereka yang tidak berkeyakinan kepada kita.

Setakat ini tidak nampak dan terbaca yang DAP membuat kenyataan anti Melayu dan anti mana-mana bangsa. Yang selalu kita dengar membuat kenyataan anti Melayu ialah MCA. UMNO pula selalu memperkecilkan kemampuan orang Melayu dengan meminta orang Melayu hanya menyokong mereka membabi buta. Benar atau salah UMNO mahukan orang Melayu menyokong mereka. Sekarang ditambah pula dengan sikap rasis yang ada pada Utusan.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/04/siapa-yang-rasis.html

15 thoughts on “Utusan Malaysia: Siapa yang rasis?

  1. Biar Utusan bermain dengan api. Harap-harap dia sendiri yang terbakar nanti. Saya tidak rasa yang Utusan tahu apa itu maknanya rasis. Jika tidak mengapa dia berani nak menuding jari ke arah orang lain dan menuduh mereka rasis. Saya rasa tak payahlah nak memeningkan kepala memikirkan pasal Utusan. Buat sakit hati saja sebab kita tahu tak akan ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

  2. Utusan Malaysia hanya menghubungi saya selepas artikel itu terbit. Gambar yang telah digunakan juga tanpa kebenaran. Apa yang saya tulis didalam blog saya tidak digunapakai. Bila mereka ingin mewawancara saya , saya tolak kerana bimbang dengan kebolehan mereka membawa berita dengan sahih.

    Rencana yang diterbit dari Utusan ini membawa impak yang buruk kepada negara ini, terutama dari segi ekonomi. Rata rata penuduk dunia telah memantau isu perkauman, dan kita pula mewarwarkan isu ini.

    Kita begitu taksub dengan politik perkauman sehingga menjejaskan maruah kita dimata dunia dan peluang menerima dan merebut pelaburan asing !

  3. May I add. Kita ini bodoh sombong dan syiok dan khayal sendiri. We are in an era of globalisation, but we unfortunately are stuck in the old kampung paradigm. Utusan Malaysia is full of journalists who cannot think beyond their noses about the effects of what they write. We cannot, therefore, expect them to engage in responsible journalism. Good luck.–Din Merican

  4. It’s simple Dato. All that is happening today does not just happen overnight. All this started nearly 3 decades back when Tun Dr Mahathir took over first as Education Minister, then as PM. He lowered the bar of every known field from education to police recruitment to civil service – almost everything! All in the name of providing opportunities to the Malays and Bumiputras.

    For the other races, especially the Chinese, they had to double up their skilss or knowledge just to stay in the race. Most went overseas to get the tertiary education they were denied in their own country of birth.

    Three decades later we are seeing the result. The ones at Utusan Melayu and many other civil service incl PDRM, army, etc… this was the result of one man’s relentless push for quick development without thinking about the “real” outcome!

    And they got the cheek to call him A Man of Vision! The “Mind of the Strategist” kononnya…

  5. Sentinel, the man is still around, so full of cynicism, bitterness and venom. UMNO leaders cannot tell him to tone down his rhetoric. As far as most Malays are concerned he is a demi-God. Actually,in my view, he is a demagogue.

    Expect him to change, nah, too late now. Time is a great arbiter of all things. It is the ultimate equaliser in the affairs of man. Neither he nor I and others can escape the ravages of time.–Din Merican

  6. Racism rearing its ugly head is SOP for UMNO/BN whenever its power base is threatened. Even 1Malaysia PM Najib has vowed to defend Putridjaya with his ” over our dead bodies” war cry !! UMNO will never surrender power . Period

  7. Din,
    One got a solution…..perhaps, we hope that apanama says one stupid word & teh currency plummeted……That would sunk him

  8. Utusan Malaysia is full of journalists who cannot think beyond their noses about the effects of what they write. We cannot, therefore, expect them to engage in responsible journalism. Good luck.–Din Merican

    Mr. Merican, I am not a political savvy person neither am I in journalism or one of them but just my 2 cents worth. Perhaps even if not all, some of them are good and honest journalists but considering the newspaper itself being in control by the government (BN) for their political agenda, these journalists are bound to write what the government wants. They are people in this world who join an organisation and bound to the organisation set of rules especially when it involves politics and have to adhere by it even though it goes against their belief and principal. It’s a matter of the family economy to these journalist/employee, moreover an occupation in the media world as a journalist are not easy to find in Malaysia.
    __________
    There is such a thing as conscience and also even in journalism, professional ethics.–Din Merican.

  9. Talking about racist, I came across this while reading about Malabaris in Malaysia. Tun Mahathir is not “mamak” as many people think. His ancestor was Malabaris (Muslims) or Malayalee (Hindus).
    This is interesting,

    Quote
    “Analyst Hanapi Dollah had once said that the identity of Indian Muslims changed from Indian Muslim to Indian when they joined MIC and became Indian Muslim again when they formed KIMMA (Kesatuan India Muslim Malaya) and finally changed to Malay when they join UMNO.”

    What about you and me Mongkut?
    Will you become Japanese if you marry her?

  10. PM Najib has no balls to take on Perkasa and Utusan Malaysia.

    Najib is scared of his deputy Muhyiddin Yassin because Muhyiddin is destabilising Najib from the back.

    Najib’s rallying call of 1Malaysia is becoming more hollow and ridiculous.

    Najib has yet to come out strongly against the racist stand of Muhyiddin,Perkasa and Utusan Malaysia.

    At this rate, MCA is confirmed DEAD at the next GE. BN can totally forget about winning any Chinese vote.

  11. Bonjour frank. Long time no see.

    Each and everyone of us will have a little bit of racism in us but we have to try to get along and respect other races because we are all sharing this planet. This concept apparently is foreign to the likes of Utusan, perkasa, KKK etc. 1malay 1bumi, does 1bumi mean bumiputera or does it mean this planet? I’m not even surprised if utusan thinks that they are more superior than any other people.

  12. “PM Najib has no balls … “caffe-latte frank (?)

    That is because Rosmah has them for safe-keeping. Can’t trust the guy to put his balls where they ought to be.

  13. Fellow Malaysians of sound minds and bodies,

    The DPM is the force of Malay nationalism who will challenge Najib’s 1Malaysia. The sword is drawn and Najib’s days will be numbered if the PM is not careful and does not act firmly.

    But I think the other partners in BN, especially MCA under porn star Chua Soi Lek, are mere appendages, no longer equal partners with UMNO.

    I say this in mitigation. At least now the no-balls MCA knows that in the corridors of power, they are several rungs lower than the Mahathir endorsed mickey-mouse Perkasa.

    From being a key player in the struggle for independence (Tan Cheng Lok, et al), the MCA has now descended into a bunch of self-serving powerless corrupt jesters in the court of Najib Razak, and now has to endure endless threats and insults from all the Malay-firsters, including Muhyiddin Yassin and assorted Perkasa goons and hoodlums.

    Don’t bother about trying to get support from the Chinese. The few of you left who are still in Parliament are there courtesy of the Umno-sponsored Malay votes. Your real ‘tuan’ in Umno will pull the carpet under you.

    So MCA (and for that mattter, MIC, Gerakan, SUPP), please go and hide – without Umno’s support, you are nobody. Only some of the dumb Chinese don’t understand this. The rest of us will be pleased if you just disappear.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.