Konvensyen Pakatan Rakyat: Perubahan Konkrit dan Struktural


December 16, 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat: Perubahan Konkrit dan Struktural

oleh Dato Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen (PKR), Telok Kemang

Tanggal 19 Disember ini adalah detik bersejarah. Harapan untuk perubahan umpama sinar matahari yang berada di muka pintu rumah kita saban pagi. Pemimpin akar umbi dari tiga parti—KEADILAN, PAS dan DAP—buat pertama kalinya akan duduk bersama meninjau kemungkinan untuk menjadi sebuah gabungan rasmi yang akan bertentang mata satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Perubahan justeru memerlukan bahasanya. Kita sekian lama telah mendengar slogan demi slogan. Setidak-tidaknya, tiga Pilihanraya Umum yang kita tempoh sejak tercetusnya Reformasi 1998, menjadikan rakyat dan pendokong perjuangan ini mulai mengerti apa maknanya perjuangan dan Politik Baru yang sering kita laungkan.

Antara lain, kita menjunjung tinggi Kedaulatan Rakyat, sepertimana yang termaktud di dalam Perlembagaan. Kita menolak perjuangan politik yang berasaskan kaum, dan saya percaya di atas keinsafan ini, maka kita bergerak ke arah membentuk sebuah gabungan yang menolak faham perkauman sempit, assabiyah dan pergeseran yang tidak perlu antara penganut agama.

Kita mahu jadi kita. Kita mahu menjadi lain daripada UMNO-BN. Seraya itu, sebelum sampai ke dewan Konvensyen, para pemimpin ketiga parti wajar menghayati erti sebenar keadilan dan kebebasan. Ikrar bersama ialah untuk memelihara prinsip-prinsip itu, tak kira bila dan sampai bila-bila.

Lihat bagaimana kuasa politik telah begitu besar dan mencenglam kuasanya sehingga pinggan-mangkuk majlis kahwin di kampung-kampung pun dicop dengan lambang parti politik. Apakah kita apabila berkuasa nanti, akan melaksana method politik yang mengongkong sedemikian rupa? Kalau begitu, sesungguhnya apa bezanya kita dengan UMNO-BN?

Kelainan yang kita cari daripada UMNO-BN, adalah kelainan yang perlu… bukan sekadar untuk menjadi lain dari yang lain. Kerana itu, prinsip keadilan sebagai objektif tertinggi tuntutan politik wajar diberi perhatian, dan tidak boleh digalang-ganti.

Perlulah kita di dalam Pakatan Rakyat menolak cara politik usang UMNO-BN. Antara isu besar yang dideritai dan menjadikan politik Malaysia sukar tumbuh dengan matang, misalnya adalah pembahagian wang peruntukan kepada wakil rakyat yang dipilih. Kita insafi bagaimana kepayahan apabila ada calon Pakatan Rakyat menang di kawasan di sesebuah negeri yang tidak diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka wang peruntukan itu tidak diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri kepada wakil rakyat kita.

Lalu, adalah wajar kita mengenepikan cara politik tidak yakin diri begini. Kita kata, kita hormat keputusan rakyat. Lalu, apabila diberi kesempatan memerintah di beberapa negeri, kita wajar tonjolkan prinsip keadilan yang sebenar dan apa yang saya sebutkan di atas tadi, sebagai “berbeza daripada UMNO-BN”.

Kerajaan Pakatan Rakyat haruslah bertekad untuk kembalikan hak rakyat kepada rakyat. Kita harus berjanji bahawa kita akan memberikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat yang bukan di kalangan kita, yang dipilih oleh rakyat kerana ianya hak rakyat, dan kerana itu kita akan hormatinya di atas prinsip kita berpegang kepada makna keadilan yang sebenar. Perjuangan baru memerlukan besar jiwa dan kebijaksanaan.

Begitu juga keluhan kita selama ini tentang tender tertutup yang diamalkan oleh rejim lama. Mengapa tidak, mengapa terlalu sukar untuk Pakatan Rakyat mengamalkan kaedah politik baru bahawa tidak akan ada lagi tender tertutup sepertimana dahulu. Tak usah tunggu untuk sampai ke Putrajaya…

Sekali lagi dengan kuasa di negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, semua projek kerajaan negeri perlu melalui tender terbuka. Tidak kira berapa nilainya. Kecil atau besar. Itulah yang dinamakan ketelusan dan integriti.

Dua contoh ini, paling tidak akan menjadikan rakyat semakin celek. Kita tahu dan kita tidak terlalu naïf melihat gelagat sesetengah pemimpin UMNO-BN, yang tidak akan berubah perlakuan ganas dan bengis politik mereka. Kita tahu mereka akan menggunakan peluang ini dan mereka anggap sebagai ‘kelemahan’ Pakatan Rakyat. Itu bukan soalnya.

Soalanya sekarang adalah antara kita-dengan-rakyat; antara kita-dengan-amanah. Andai Konvensyen Pertama hujung minggu ini menjadi pertemuan pertama antara tiga parti, ayuhlah jadikan pertemuan ini bukan sekadar seperti acara ritual. Kesempatan ini perlu digunakan untuk sebuah perubahan yang struktural dan konkret dirangka. Saya percaya Pakatan Rakyat serius dan komited dengan agenda Reformasi. Kerana itulah dipilih tema “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan” sebagai tema pertama pertemuan rasaksa tiga parti ini.

7 thoughts on “Konvensyen Pakatan Rakyat: Perubahan Konkrit dan Struktural

  1. Din,

    Do whatever is right Pakatan. People in the villages are not really care how the government contracts are given out to crooks and cronies. People at the Kampung are thinking of how to earn enough money to feed their families.

    In Kubang Pasu, rubber tappers are having sleepless night because of drug addicts are waiting to steal their rubber.

    Pakatan don’t take it for granted that people will vote them again next round unless they make sure that people can sleep in peace. Din tell Uztaz in Kedah to do something for those rubber tappers.

    Orang Kedah kata Konvensyen apa jadah pula kalau taik getah dalam cawan pun kena curi…Pakatan jangan dok mimpi dengan kuasa yang telah diberi tetapi gagal menjalankan amanah rakyat. FAHAM???

  2. Tean, those druggies into drinking getah for a high, nowadays? Boy, times are hard! Yes, you are absolutely right though. Micro issues are as important as macro things that they can’t see nor understand.

    The poor will be in a deeper economic distress when the GST is imposed. I know that PR is doing it’s best to rescind it, but can you imagine the stagflation that is about to come?

  3. Yes, Menyalak-er,

    It might be micro for politicians in KL but for small people back home these small issues are their world.

    They don’t read papers and internet and their only source for news are from MSM. Raja Petra urging Pakatan to provide free inernet in Pakatan States but so far Khalid in Selangor and Uztaz Azizan in Kedah are too busy with politicking.

    I would like to hear more excuses why the proposal cannot be implemented at the coming yak yak ye konvensyen.

    Why can’t the Pakatan “just do it” like Tiger Woods just did it repeatedly recently.

  4. We will do it, Tean, but not the Tiger Woods. He went OB this time and his life is in a state of turmoil. We are not in such a state. We are resurgent. and confident that change will come to Malaysia.

    We now have completed the PR Common Platform which will be launched on December 19, 2009 at its first convention in Shah Alam. This is a major breakthrough and I must congratulate Anwar Ibrahim, Ustaz Abdul Hadi Awang and Lim Kit Siang and their respective teams for completing the document this evening at Parliament House. A final review will be held tomorrow before it goes to print for presentation at the convention.

    For the next stage in the political evolution in Pakatan Rakyat, we must heed Dato Kamarul Bahrain’s call, “ayuhlah jadikan pertemuan ini bukan sekadar seperti acara ritual. Kesempatan ini perlu digunakan untuk sebuah perubahan yang struktural dan konkret dirangka”.—Din Merican

  5. Dear Encik Din Merican

    PR must step up its effort in the
    war for the “hearts and minds” of the ordinary people
    of Malaysia.

    We can learn a lot about the use of marketing techniques in
    political campaigning by the Americans. Impression management is of great importance. Thus, incompetents and foolish people like Ronald Reagan achieved great and even enduring popularity because of their very good public relations staff such as Michael Deaver. Deaver made skilfull use of photo opportunities, regular polling so that Reagan says the “right things”, stage managed press conferences, mass mailings and mass mobilisations of Republican supporters. The “permanent campaign” as they called it i.e. keep on campaigning even after you win the election.

    More recently, Obama’s people made skilfull use of the latest advances in IT.

    What we know is that if people like you (or think you are a “likeable” fellow such as Reagan), they are more likely to vote for you. So, the impression of PR leaders in the eyes of the public must be very positive.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.