Selamat Tahun Baru and Salam Muhibah dari Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah Wan Ismail


Saudara dan Saudari sekalian,

Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara: merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai.

Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipantal bersama ketakutan ditolak rakyat.

Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti, PAS, DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) melahirkan Pakatan Rakyat (PR). Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini.

Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuan Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.

Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semakin terasa. Kadar inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negera juga terhadap siste, kehakiman ternyata tidak membanti menarik pelaburan bagi menjana eknomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaan penafian (state of denial). Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur.

Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia.

Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.

Selamat Tahun Baru 2009

ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

6 thoughts on “Selamat Tahun Baru and Salam Muhibah dari Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah Wan Ismail

  1. Kepada Dato Seri Anwar and Dato Seri Dr.Kak Wan,

    Saya serta keluarga dan kawan-kawan dikawasan Gurun-Yan ambil peluang ini untuk mengucakapkan selamat tahun baru. Kami berdoa supaya Dato Seri berjaya dalam perjuangan politik. Bawalah kami yang diketepikan oleh UMNO yang sudah lupa daratan ka satu era baru demi keadilan rakyat Malaysia.

    Saya tahu Dato Seri sayang bangsa sendiri dan boleh memberi perluang untuk orang Melayu yang bermaruah mencari rezeki yang halal. KeADILan adalah sifat orang islam yang adil, ehsan dan berilmu. Saya tetap sokong Parti KeADILan. Wassalam, Rahim serta keluarga, Gurun, Kedah.

  2. Selamat Tahun Baru to Dato Seri, Kak Wan serta keluarga. I look forward to working for you both with renewed vigor in 2009. We will be there, God Willing. Great men dare to dream and they make them real.—Din Merican

  3. Thanks for holding up the torch for all to see in these long dark tunnel that Malaysians have had to wade through all these years. As we enter a difficult period with recession, stagnation, depression, election and whatever tion thrown onto our path, I for one feel comfortable because I have you and many more good people beside me, striding onward for a better Malaysia. Selamat Tahun Baru to you Din Merican and your Kamsiah.

  4. A Happy and Prosperous New Year to DSAI, Kak Wan and family as well as members of PR and their families. May providence,good health and good fortune give you strength, courage and perseverance to carry out the mounting and challenging tasks ahead of you to bring real positive changes to our beloved country !

  5. Din,

    Happy New Year to you & family, fellow Malaysians. Like it or not the date has changed to year 2009. Malaysians must brace themselves with change, it’s all about Change and we should not be complacent in particular with the non progress of our country. The root cause is us, for we are the the ones who put the government there so the Change of Guards is our sole responsibility. Make no mistake that we are the cause of a progressive or corrupted government. We, every individual must end the careers of bad politicians whilst ours are no better and going to be badly affected and not only us but our children’s children if we allow a government that does not care for the Rakyat, a gomen that dictates its own terms, promotes racial divides, the list is endless. We must make Malaysia A BETTER COUNTRY.

    HAPPY NEW YEAR 2009. Lets Open Up and Work Together To see Progression!

  6. Usah berselindung lagi. Pakatan Rakyat dah semakin goyang. PAS dan DAP selalu berselisih dengan isu Hudud dan undang-undang Islam. PKR pula sedang dalam pergolakan terutamanya di Selangor. Tang mana yang dikatakan kuat dalam Pakatan Rakyat? Takde pun.. Apapun Salam Hijrah 1430 dan tahun baru 2009… Semoga kita semua dilimpahi rahmat dari Allah SWT…

Leave a Reply to ocho-onda Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.