Pilihanraya Yang Ke-12 : Masa Untuk Perubahan Telah Tiba


Kepada rakan seperjuangan, sahabat handai, penyokong Parti KeADILan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia,

Biarlah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi mengenai tarikh pilihanraya atau beliau masih menunggu tibanya ilham, saya, kamu dan semua penyokong sekarang bersiap-sedia untuk menghadapi pilihanraya umu yang ke-12. Ianya mungkin diadakan diantara sambutan Tahun Baru Cina hingga pertengahan bulan Mac 2008 atau mungkin juga lebih awal lagi mengikut ragam Perdana Menteri.

Saya menjemput semua anak muda Malaysia yang dinamis menjadi sukarelawan, penolong dan duta rakyat. Saya berani berjanji bahawa pengalaman yang akan diperolehi dari perjuangan mengubah nasib rakyat, bangsa dan masa hadapan negara akan memberi satu transformasi yang luar biasa apabila mengambil bahagian dalam perjuangan politik di akar umbi.

Mereka yang berani menyambut cabaran saya, sila hubungi saya di alamat email dan telefon number yang tertera di blog ini. Tugas kita bukan mudah kerana kita akan menempuhi banyak cabaran selama 2-3 bulan yang akan datang.

Parti kita bersama dengan rakan-rakan politik kita dalam PAS dan DAP akan mencabar UMNO dan Barisan Nasional yang mempunyai banyak faedah dan kelebihan sebagai kerajaan memerintah. Umpamanya, mereka menguasai arus media perdana. Mereka menggunakan media tersebut untuk menyebarkan propaganda mereka dan putar belit serta helah untuk menipu rakyat.

Mereka sudah mengeluarkan iklan-iklan negatif terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan PKR dengan menggambarkan kita sebuah parti yang mengganas dan suka membuat kacau-bilau. Tujuannya ialah untuk menakut-nakutkan rakyat yang cintakan keamanan dan harmoni antara kaum. Mereka sudah menunjuk dengan jelasnya bahawa mereka akan menggunakan kekerasan polis dan anggota cawangan khas serta undang-undang rimba seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh kerana mereka terdesak untuk menang pada kali ini, mereka akan menggunakan bermacam-macam cara seperti melakukan penipuan di dalam pilihanraya termasuk menggunakan orang yang telah kembali ke rahmatullah untuk mengundi, undi pos dari tentera dan polis serta melakukan gerrymeandering. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Rashid Abdul Rahman dan organisasinya berat sebelah kepada pihak UMNO dan Barisan Nasional. Pilihanraya kali ini seperti yang lampau, umpamanya (2004) jelas akan berlaku banyak penipuan, terapi atas nama perjuangan menuntut demokrasi dan kesejahteraan rakyat. PKR akan lawan tetap lawan!

Kita mesti mengambil peluang ini untuk menggembeling ketidakpuasan hati rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dan sikap sombong serta bongkak pemimpin-pemimpin mereka. Kita boleh mendapat sokongan rakyat dengan merapati mereka serta menyebarkan maklumat yang benar dan jelas terus kepada mereka tentang perubahan dan harapan yang baik bagi semua melalui cara dan teknik berkaitan dengan politik pilihanraya yang cangih dan innovatif.

Saya telah mengunjung ke ceruk negara kita dengan tujuan mendampingi dengan rakyat dan berasa bangga atas sambutan yang kami di PKR telah nikmati. Mereka turun dengan hebat sekali, kadangkala dalam cuaca yang kurang memuaskan untuk mendengar penerangan dari pihak kami yang tidak langsung disiarkan oleh media arus perdana. Mereka juga merasakan daripada pengalaman mereka bahawa pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada mereka tidak dapat mengubah kehidupan mereka, keluarga serta komuniti mereka.

Mereka mendengar kisah rasuah dan salahguna kuasa, pengangguran, kadar jenayah yang tinggi dan pembaziran perbelanjaan serta pengurusan ekonomi yang lembab. Dan mereka sangat prihatin tentang kenaikan harga barang seperti minyak masak, gas, petrol dan lain-lain bahan penting yang menjadi asas kehidupan.

Kami memerlukan sukarelawan dan pembantu sebagai bantuan kepada jentera pilihanraya kami yang sedang bekerja keras untuk menghadapi cabaran pilihanraya yang mendatang. Kami ingin menyampaikan maklumat, memantau perjalanan pilihanraya dan membantu calon-calon di seluruh negara.

Kepada anda dan rakan-rakan seperjuangan dalam parti, kami ingin menyatakan bahawa kita boleh mencapai kemenangan yang baik jika kita ada azam, fokus dan komitmen. Ketabahan, kesanggupan dan sikap berani menghadapi cabaran perlu, jika kita ingin membangunkan negara kita semula. Sudah bertahun lamanya, terutama sejak 2003, kita masih sebagai sebuah negara yang tertinggal berbanding dengan potensi yang kita ada. Mari kita semua bergerak dan bekerja keras ke arah satu perubahan yang lebih baik dan adil untuk semua rakyat Malaysia.

Din Merican

Dear Colleagues, Friends, Supporters of Parti KeADILan Rakyat and Fellow Malaysians,

Despite what Prime Minister Abdullah Badawi may say, you and I and our supporters are now gearing up for the 12th General Elections. It may be held some time between The Chinese New Year and the middle of March, 2008, or maybe earlier depending on the Prime Minister’s ilham.I am inviting young and dynamic Malaysians who can serve as volunteers, helpers and goodwill ambassadors and I can promise them that this experience can be a transforming and exciting one for them. They will benefit from participating in our campaigns and related work, and can make a genuine contribution to our efforts for Malaysia in the process.

Those who are keen to help, please contact me. My address (e-mail and telephone number) can be found if they go to Din Merican’s Welcome in this blog http://www.dinmerican.wordpress.com.

Our Party together with our partners in PAS and DAP will be taking on the ruling UMNO-Barisan Nasional which has all the advantages of incumbency. They control the media, for example; they have been using the television and major mainstream media to spread their propaganda.

They have put out negative advertisements (bordering on lies and disinformation) against Dato Seri Anwar Ibrahim and PKR. They have shown that they will not hesitate to use the Police and the Special Branch. They also used the draconian law, the ISA, against our prominent colleagues and NGO leaders, thereby creating fear among the voting public.

Since they are desparate to win, they have shown (in the 2004 Elections) that they are prepared to rig elections, use phantom voters including the help of our dearly departeds, and postal votes (from military and police personnel), and other means like gerrymeandering. Even the Elections Commission, especially its Chairman Tan Sri Rashid Abdul Rahman, is openly in their favour. The Elections cannot under these circumstances be free and fair. But lawan tetap lawan in the name of democracy, and we shall overcome.

We must capitalise on the mood of our citizens who are increasingly frustrated with the policies and arrogance of the UMNO-BN leaders. We can reach the voting public by going directly to them to spread our message of change and hope through innovative and new means of electioneering.

I have been travelling to some parts of our country in recent months, and am encouraged by the responses we in PKR have been getting from ordinary citizens. They turned up in full force, sometimes in inclement weather, to hear our side of the story which is not carried by the media. They also feel from their personal experiences that the development that UMNO-Barisan Nasional promised them did not make a difference to their lives, those of their families and their communities.

They hear of corruption and abuse of power, unemployment, rising crime, wasteful public expenditure and incompetent management of our economy; and they are very concerned about the rise in the cost of cooking oil, gas and basic commodities.

We need volunteers and helpers to supplement our existing election machinery, which is already geared to meet these challenges. We want to spread our message, monitor the elections, and back our candidates throughout the country. With the growing support of Malaysians, we and our partners will have a huge impact on the outcome of the 12th General Elections.

To you, my colleagues, I would like to say that passion, focus and commitment are needed for any great work and for the cause of justice for all Malaysians. Courage, forebearance and audacity are essential in large doses if we are to rebuild our country. For years now, especially since 2003, we as a nation are punching below our weight. Let us together move to change Malaysia and usher in a new dawn.

Din Merican

4 thoughts on “Pilihanraya Yang Ke-12 : Masa Untuk Perubahan Telah Tiba

  1. I volunteer! I will bring my family, relatives and friends too. Pak Din, I’m actually a “Bean” not a “Kadok” but I like the “kadok” there to remind Malaysians we have a village idiot – Pak Kadok for a PM, see how silly he was at Davos with his fox-hunters hat and a lot of hogwash coming out of his mouth?

    Welcome to the Club, Beankadok. We need to mobilise everywhere. Ask your friends who read this blog to help since they are shy to comment (maybe takut is the right word for their apathy!!). —Din Merican

  2. salam perubahan…

    orang kafir menghina nabi
    mereka ulang berkali-kali
    apa kata islam HADHARI?
    pemimpinnya sabar hingga kini

    tak berani nak meneguri
    takut hilang majoriti

    ayah pin dilangit pak lah dibumi
    nak jaga pengikut, jangan lari
    kut-kut boleh menang lagi sekali

    masa untuk berubah!

Leave a Reply to Laughingloud Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.