Dubai
June 20, 2013
Komen saya : Saya kurang bersetuju dengan penulisan Zaid dan saya telah membuat kajian saya sendiri apabila isu bangsa dan bahasa di bahaskan di dunia Internet. Saya pernah belajar dan bekerja dengan kaum lain sebelum membuat perniagaan saya sendiri. Saya cuba menenangkan fikiran saya dengan menganggap ia sebagai situasi telur dan ayam atau “tit-for-that”.
Walaupun saya menganggap diri saya “color blind” , tidak rasis tetapi kenyataan ini masih terbelenggu dikepala saya sendiri. Apatah lagi jika kita lihat kajian baru yang berasaskan fakta saintifik. Saintifik bermakna ia boleh diulangi dan mendapat jawapan yang sama. ( ramai yang menganggap bidang pergigian adalah Seni atau Arts, tetapi ia sebenarnya adalah Sains kerana teknik yang digunakan didalam rawatan pergigian boleh diulangi oleh beberapa perawat dan mendapat jawapan yang sama ).
Diskriminasi tetap berlaku seperti mana kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik luar seperti 1980 oleh pakar ekonomi, D. R. Snodgrass , Chr. Michelsen Institute (CMI) pada 2005 bagi pihak Bank Dunia, dan pakar ekonomi Bank Dunia, Branko Milanovic pada 2006 pula mempersoalkan kenapa pekerja Cina menerima gaji lebih tinggi antara 20 hingga 40 % dari pekerja Melayu yang setaraf.
Sementara itu kajian itu dibuat oleh seorang ahli akademik Cina daripada sebuah universiti awam utama negara yang baru baru ini untuk tujuan kajian ilmiah tanpa sebarang agenda politik.
Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan siswazah kaum Cina lebih berkemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.
Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.
Daripada 3,012 resume yang dihantar untuk 753 pekerjaan kepada syarikat terbabit, kaum Melayu hanya mempunyai 4.2% peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.
Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1% peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan kaum Melayu.
Kajian itu melibatkan 439 jawatan kosong di syarikat yang dimiliki kaum Cina, 131 jawatan di syarikat milik asing dan 73 jawatan di syarikat milik Melayu dan selebihnya di syarikat yang dimiliki secara bersama oleh pelbagai kaum.
Dalam erti kata lain, siswazah kaum Cina mempunyai 5X lebih kemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding siswazah Melayu. Ini adalah kerana prejudis perkauman yang masih menebal antara kaum kaum di Malaysia
Ia juga berpunca daripada persepsi bahawa pekerja Melayu tidak sanggup bekerja kuat dan tidak menghayati nilai etika dan budaya yang telah menyebabkan kaum Cina berjaya dalam bidang ekonomi.
Persepsi ini juga berpunca kerana graduan kaum Melayu dianggap berjaya mendapat pendidikan tinggi bukan hasil daripada usaha sendiri sebaliknya kerana sokongan dasar afirmatif seperti DEB.
Jadi, kita perlu memperbaiki keadaan ini secara lebih profesional dan bukan seperti kumpulan ultra Melayu seperti Perkasa, Perkida atau NGO NGO Melayu yang tidak tahu berdebat secara ilmiah tetapi menggunakan bahasa dan perbuatan kasar seperti tarian punggung dan kek tahi.— Dr. Kamsiah
———————————————————
News Details
Ada rakan-rakan saya yang agak kritis tentang tweet dan posting saya di dalam blog saya akhir-akhir ini hanya kerana saya membuat komentar mengenai UMNO dan malah memuji-muji Tun Dr Mahathir Mohamad. Mereka yang kurang sofistikated telah mentafsirkan perkara itu sebagai cara saya cuba untuk kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi, sebenarnya, sekarang musim pemilihan dalam UMNO, dan apa jua yang berlaku di dalam parti berkenaan, suka atau tidak, bakal memberi impak kepada kita semua. Itulah sebabnya saya menulis posting berkenaan. Harapan saya agar sesetengah daripada apa yang saya katakan itu sedikit sebanyak bakal mempengaruhi para perwakilan dan ketua-ketua parti berkenaan.
Perkara paling utama di dalam kamus UMNO adalah ungkapan Agenda Melayu. Menurut dakwaan parti berkenaan, Agenda Melayu meliputi beraneka jenis hak dan keistimewaan yang merupakan perkara asasi bagi orang Melayu. Ini akan menjadi teras utama ucapan para pemimpin parti berkenaan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bakal tiba tidak lama lagi. Dengan keputusan PRU-13 dan masyarakat Cina dan India pula menolak UMNO/Barisan Nasional, semua orang dijangka akan menggunakan saat-saat bergelora itu untuk membelasah orang Cina. Sesetengah yang sewel pula bakal mendesak supaya Akta Penderhakaan digubal – mereka akan menggesa supaya orang Cina dihantar pulang ke negara China, dan kedudukan orang Islam dan Raja-Raja Melayu diperkukuh. Inilah gesaan yang bakal didendangkan oleh orang Melayu yang berfikirkan singkat, yang terdapat di dalam UMNO. Inilah sebahagian daripada cara mereka menunjukkan kemarahan yang tidak kena pada tempatnya. Lagipun, ini merupakan satu lagi pusingan yang membazir.
Sebaliknya, saya kira adalah lebih konstruktif sekiranya mereka berbicara soal perkara-perkara yang dapat diterima akal; soal kenapa masyarakat Melayu/Bumiputera terus-menerus meninggalkan UMNO. Tidak ada faedahnya mencemuh dan mencerca orang Melayu yang meninggalkan UMNO/BN itu seraya mengatakan bahawa mereka adalah manusia yang “tidak tahu bersyukur” atau “kacang lupakan kulit”. Sebaliknya, UMNO/BN seharusnya menumpukan pada keperitan yang terpaksa dilalui oleh pengundi-pengundi muda, dan bagaimana hendak mengatasi kebimbangan mereka. Usaha mesti dilakukan untuk menambat kembali hati pengundi-pengundi muda ini. Untuk itu, para pemimpin Melayu harus memberikan tawaran yang lebih baik – bukan sekadar laungan slogan dan ucapan-ucapan yang disarati nada-nada berbaur perkauman. Para pemimpin Melayu perlu menangani soal rasuah, salah guna kuasa, pembaziran sumber serta masalah birokrasi yang tidak berperikemanusiaan. Kalaulah para pemimpin Melayu secara jujur sanggup mengakui kelemahan dalam aspek itu, sudah tentu mereka akan menyedari bahawa masalah-masalah berkenaan tidak akan selesai meskipun dengan memberikan kuasa yang lebih kepada Raja-Raja Melayu dan “memperkukuh Islam” (walau apapun maksudnya).
Supaya bermanfaat, Agenda Melayu perlulah bersifat introspektif (muhasabah). UMNO boleh terus mengambil jalan keluar yang mudah dan hanya perlu menuduh orang Cina, orang Melayu yang tidak bersyukur dan orang lain, tetapi rasuah para pemimpinnya merupakan sebab yang paling kerap disebut-sebut sebagai punca kenapa rakyat tidak menyokong parti itu. Rasuah melambangkan sebuah sistem apabila mereka yang punya wang dapat mengatasi atau menewaskan apa jua dasar atau peraturan kerana pemimpin-pemimpin boleh diberi rasuah (disogok). Jadi, UMNO boleh saja dengan lantang melaungkan “Hidup Melayu” tetapi jika pembuat keputusan, yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu, boleh dibeli maka tidak ada dasar atau hak keistimewaan yang dapat menyelamatkan orang Melayu. Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak melakukan kesilapan apabila memerihalkan perkara ini sebagai suatu masalah persepsi sedangkan perkara-perkara yang berlaku itu benar-benar wujud atau merupakan suatu realiti. Untuk terus-menerus menafikan perkara itu merupakan suatu petanda kepimpinan yang lemah dan yang tidak sanggup untuk menangani masa depan rakyatnya sendiri.
Kemudian, mari kita lihat pula soal pendidikan. Jika UMNO berpendapat mereka perlu memastikan bahawa lebih ramai orang Melayu belajar di universiti-universiti kerana dengan itu mereka dikatakan dapat meningkatkan kuota Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka perlu berfikir dua kali. Graduan-graduan yang menganggur atau yang tidak punya potensi untuk diambil bekerja akan menjadi graduan-graduan yang bakal menumbangkan mereka di dalam pilihan raya yang akan datang. Saya kira lebih baik orang Melayu/Bumiputera diberikan kemahiran hingga ke peringkat tertinggi iaitu dengan memberikan mereka latihan yang betul di dalam perniagaan dan pengetahuan teknikal. Ini lebih baik daripada menghantar mereka ke universiti. Semata-mata mahu meningkatkan bilangan graduan supaya kita mempunyai lebih ramai graduan Melayu berbanding graduan Cina merupakan suatu strategi yang bodoh, kecualilah standardnya tinggi dan pekerjaan terjamin. Kita harus belajar dari Singapura. Negara itu membatasi bilangan graduan mengikut kadar bilangan penduduk negara berkenaan. Graduan yang menganggur, terutamanya graduan yang tidak punya potensi untuk diambil bekerja, sudah sedia untuk berarak ke jalan-jalan raya.
Sejak akhir-akhir ini, usaha membabitkan sesetengah Raja Melayu dalam kontroversi politik telah menjadi-jadi. Ini merupakan satu lagi strategi yang tolol. Ini kerana kemunduran orang Melayu, atau berkurangnya kuasa politik Melayu, kalaulah benar sekalipun, tidak boleh diselesaikan dengan mengambil jalan yang mempunyai kedudukan emosi dan simbolik. Keputusan-keputusan yang sukar atau keras perlu dibuat untuk memperkasa orang Melayu dan Bumiputera dan perkara terbaik yang harus dilakukan oleh parti-parti politik Melayu adalah dengan mengelak daripada terjebak atau terperangkap dengan institusi yang tidak boleh mereka kritik. Pengajaran daripada peristiwa tahun 90-an apabila Dr Mahathir terpaksa menghadapi isu-isu berkenaan tidak seharusnya dilupakan begitu saja oleh para pemimpin sekarang.
Birokrasi Melayu merupakan punca yang jelas yang menyebabkan wujudnya ketidakcekapan dan rasuah. Sudah tiba masanya UMNO menangani isu ini. Semakin banyak lesen dan kelulusan yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan, semakin besar peluang orang Melayu dan bukan Melayu yang kaya untuk menjadi cemerlang. Rakyat marhaen tidak mempunyai sumber untuk merebut peluang sebegitu rupa. Sesetengah orang mendakwa Najib lebih berkebolehan untuk terus menjadikan negara ini sebuah negara yang lebih moden dan negara industri. Rancangannya untuk membawa Malaysia kepada status sebuah negara maju pada tarikh yang disasarkan itu juga dikatakan lebih realistik. Walaupun demikian, kita masih perlu tahu apakah butir-butir terperinci mengenai rancangan berkenaan. Di manakah letaknya rakyat Malaysia yang kurang pendidikan dan yang tidak mempunyai modal besar – terutamanya orang Melayu – di dalam rancangan yang diketengahkan oleh Najib itu? Mampukah mereka, yakni orang Melayu berkenaan, hidup dalam negara mereka sendiri, atau apakah mereka terpaksa keluar ke Sumatera, tanah dari mana nenek moyang mereka berasal? Ini merupakan isu yang luas yang boleh dibincangkan di kalangan ahli-ahli UMNO, yang membawa kepada perbualan yang agak konstruktif/membina yang dapat memberikan nafas baru kepada parti itu.
Ini merupakan masa yang sesuai untuk ahli-ahli parti membahaskan dan membincangkan dengan panjang lebar hala tuju yang sepatutnya diambil oleh UMNO. Dalam konteks itulah saya menyokong pertandingan dalam memilih pemimpin. Anda tidak dapat memberikan nafas baru kepada parti anda dan menimbulkan keyakinan kepada pengundi-pengundi muda kecuali para pemimpin menyatakan dasar-dasar yang progresif itu dengan jelas dan terang dan mempamerkan bakat yang mereka ada bagi memegang tampuk kepimpinan negara. Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap kepimpinan, dan dari situ tahulah kita nanti apakah perbezaan antara keduanya, dari sudut ideologi dan juga gaya pengurusan. Apa yang lebih penting, pertandingan tersebut akan membolehkan sebuah parti yang jelas makin kehilangan sokongan untuk bermuhasabah diri dan membuat keputusan besar. Pemimpin yang mana satukah yang lebih berkebolehan untuk menangani ibu segala kebejatan, iaitu rasuah? Ini merupakan salah satu daripada sekian banyak elemen yang berfaedah dalam Agenda Melayu yang baru yang kini ada manfaatnya untuk diteruskan.


According to sources, Najib had tried to meet with Anwar in Jakarta all of Saturday but Anwar studiously avoided the PM.
Anwar told Bambang (left) he could only meet with the Indonesian President after a pre-planned visit to the United States.
Unable to meet with Anwar at Halim Perdana, Najib bided his time with a round of golf with Jusuf (right) whose good offices the PM had sought in arranging a meeting with Anwar.












The latter are said to be unhappy with the putative contestants for prime ministerial power in the country’s presently unstable political scenario.![Musa_dan_Ku_Li[1]](http://dinmerican.files.wordpress.com/2013/06/musa_dan_ku_li1.jpg?w=300&h=160)
When a jail-freed Anwar led the opposition to a denial of the BN’s two-thirds majority at the March 2008 polls, Anwar approached Razaleigh the following month with an offer that Razaleigh be Prime Minister for a term, provided the latter could bring across the aisle 10 UMNO MPs allied to him which Anwar would transmute, aided by defections from BN MPs from Sabah and Sarawak, into a new government-forming parliamentary majority that would call for fresh polls.












Mahathir said the overweening self-interest of incumbents barred the door to the talented, rendering UMNO bereft of talent and infested with the corrupt and the mediocre.




fella, a conservative, or a even a monarchist. But never cast aspersions on our King.
Their Majesties The King and The Queen of Malaysia
THERE seems to be an increased show of disrespect lately. Some are shown publicly and some are shown in social media. Regardless of where they are displayed, they reflect the same thing — that some of us are showing bad manners and poor upbringing.





