Anwar Ibrahim on National Budget 2011


October 18, 2010

Return of Mahathirism  in Najibnomics: UMNO-BN’s Obsession with Grandeur Projects

by Clara Chooi @www. themalaysianinsider.com

Datuk Seri Anwar Ibrahim attacked the Najib administration for going down the mega projects track to boost the economy, saying  BN’s obsession with “grandeur” marks its imminent fall.

“The government’s excitement to display grandeur, that will be the sign of the fall of their empire. We will pray for this,” the Opposition Leader  told the august House in his debate speech on Budget 2011 in Parliament this morning.

Opposition lawmakers in the House thumped on their tables in rapturous response. “This rush for symbolic mega projects, supposedly to portray pride for the country, is being repeated now under the present Prime Minister. Here I would like to question the wisdom of Permodalan Nasional Bhd’s order from the government to involve itself in mega projects,” he said.

Anwar was referring to the 100-storey Warisan Merdeka skyscraper proposal by the government which is expected to cost over RM5 billion for construction.

When completed, it is to be the tallest building in Malaysia, surpassing even the PETRONAS Twin Towers. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had unveiled the government’s plans for the structure when tabling Budget 2011 last Friday, along with a slew of other mega-projects set to stimulate the country’s economy.

“The construction cost of the Twin Towers already took about RM6 billion. This is not inclusive of the land cost of RM900 million, KLCC park RM200 million, the PETRONAS Philharmonic Hall RM500 million and the district cooling gas plant RM300 million.

“The total cost was more than RM10 billion and even then, it is not inclusive of the maintenance cost of RM250 million annually. Is this a pride of the nation? Do we need another 100-story tower in Malaysia?” he questioned.

The RM5 billion proposed for Warisan Merdeka project, Anwar pointed out, could go for the construction of at least 1,667 more schools, at a cost of RM3 million each. “But no, that is not important. What is more important is this show of grandiose,” he jibed.

Anwar said the projects under Budget 2011 did not give consideration to the frame of the country’s current economic standing and the need to lower the budget deficit and improve competitiveness.

“It is a project to show how great we are through mammoth projects,” he continued. He pointed out that among all countries in Asean, Malaysia was the only one to record a “negative inflow”.

Malaysia’s foreign direct investment, he said, dropped 81 per cent from RM23.47 billion in 2008 to RM4.43 billion in 2009, in comparison with Thailand which recorded an FDI of RM19.01 billion and Indonesia with RM19.08 billion. “This is the lowest FDI in 20 years, except in 2001 when we recorded an FDI of RM1.54 billion,” he said.

This failure, he pointed out, showed a desperate need for change in the management of the country’s economy from the aspect of good governance and improving its competitive edge.

Anwar pointed out that lessons from failed projects of the past, specifically during the era of former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, had proven that the mega-project playbook was not successful.

He raised the government’s proposed RM40 billion Kuala Lumpur MRT project, questioning if it would go the way of the Star-Putra LRT project, which saw losses of nearly RM6 billion.

“In 1999, the government was forced to inject RM600 million to Star through the Employees Provident Fund (EPF). The government also allowed both Star and Putra to continue operations although they were ridden with mismanagement problems.

“In 2001, the government confirmed it would take over Putra and Star by issuing bonds worth RM8 billion. Since March that year, both companies faced losses of RM5.5 billion,” he reminded.

Despite this, Anwar pointed out, the government had given a green light for the MRT project to Gamuda-MMC to manage without an open bidding process.

“Our worry now is – will the MRT project result in more leakages and corrupt practices like before and bring benefits to cronies and hefty losses to the people?” he said

Anwar also took a stab at the Najib administration for appointing the government’s strategic development company 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) to develop the multi-billion ringgit Kuala Lumpur International Financial District together with Abu Dhabi’s investment firm Mubadala Development Company.

He revealed that according to checks with the Companies Commission of Malaysia on October 14 this year, 1MDB did not even have a registered business address and had not yet appointed an auditor.

“Despite this, its CEO reported on October 12 that 1MDB had recorded profits of RM425 million, coincidentally just days before the Prime Minister tabled the budget,” Anwar pointed out, adding that the company’s ability to handle the RM26 billion mega-project was suspect. (Text of Anwar Ibrahim’s Speech in Parliament below)

BELANJAWAN 2011: PENJELMAAN LEGASI NEGATIF MAHATHIRISME DALAM BENTUK NAJIBNOMICS YANG LEBIH BOROS


Belanjawan kali ini dibentangkan dalam suasana ekonomi dunia semakin pulih dari kemelesetan global dan pertumbuhan rancak perdagangan dunia dijangka berkembang pada kadar 11.4% berbanding pengucupan 11% bagi tahun 2009. Malaysia walaubagaimana pun dijangka tumbuh hanya pada kadar 7% bagi tahun 2010

Berbanding dengan Thailand yang walaupun bergelumang dengan pelbagai kacau bilau politik dan boikot sepanjang 2009 dan 2010 dijangka tumbuh pada kadar 6.5 – 7.5 % iaitu setanding atau lebih baik dari kita.

Singapura dijangka berkembang pada kadar 13-15 % , dua kali ganda lebih pantas dari kita dan China 9.9%.

Begitu juga Indonesia yang tidak mengalami pengucupan pada tahun 2009 mengalami pertumbuhan 6 % iaitu lebih besar dari 7% yang dijangka dicapai oleh Malaysia kerana pertumbuhan kita adalah selepas pengucupan.

Dalam laporan terbaru World Investment Report 2010, Negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI dan peningkatan dalam pengaliran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam ekonomi negara.

Di kalangan negara-negara ASEAN hanya Malaysia mengalami ”negative inflow”. FDI merosot 81% dari RM 23.47 billion pada tahun 2008 kepada RM 4.43 billion tahun 2009 berbanding Thailand yang mencatat RM 19.01 billion dan Indonesia RM 19.08 billion. Ini merupakan kemasukan FDI paling rendah sejak 20 tahun lalu selain tahun 2001 dimana negara mencatat kemasukan FDI RM 1.54 billion.

Di kalangan negara-negara ASEAN Malaysia hanya mengatasi Cambodia, Mynmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste. Negara-negara ASEAN lain semua mengatasi Malaysia dalam kemasukan FDI termasuk Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi  Malaysia.

Malaysia tidak muncul dalam senarai 10 destinasi pelaburan terbaik untuk kemasukan pelaburan asing (FDI) pada tahun 2008 dan 2009 berbanding dengan negara China.  Malah di kategori sebagai pasaran paling kurang di minati pelabur menurut laporan Bank of America dan Merill Lynch terbaru.

Kegagalan ini menjurus kepada keperluan perubahan dalam pengolahan pengurusan ekonomi negara dari segi 1) Governance (2) kepedulian dan (3) daya saing.

Permasalahan Belanjawan 2011

Statistik Utama

Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2011

RM211,987 juta

Perbelanjaan Mengurus
Perbelanjaan Lain 14%
Subsidi 11.2%
Geran dan saluran ke kerajaan negeri 2.5%
Pencen 5.8%
Pembekalan dan perkhidmatan 13.3%
Caj perkhidmatan hutang 8.7%
Emolumen 21.5%
Perbelanjaan Pembangunan 0.0%
Pentadbiran am 0.5%
Keselamatan 2.1%
Perkhidmatan sosial 7.3%
Perkhidmatan ekonomi 13.4%
RM211,987 juta
Pinjaman
Pinjaman dan penggunaan aset kerajaan 21.8%
Hasil
Cukai pendapatan 37.6%
Pendapatan bukan cukai 25.8%
Cukai tidak langsung lain 12.8%
Duti import 1.0%
Duti Eksport 1.0%

Huraian

Defisit bagi tahun 2010 pada paras 5.6%, sudah 13 tahun berturut-turut dalam keadaan defisit semenjak 1998. Pada tahun 2009, defisit mencecah 7.4%. Unjuran pertumbuhan KDNK pada kadar 5-6% bagi tahun 2011 juga tidak merangsangkan kerana kerajaan Indonesia mengunjurkan pertumbuhan 7-7.7% menjelang tahun 2014.

Hasil kerajaan bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM162.13 bilion. Petronas telah menyumbangkan RM57.6 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti eksport dan dividen. Itu bermaksud bagi tahun 2010, lebih kurang 36% daripada pendapatan kerajaan datang daripada hasil minyak.

Sejak beroperasi pada awal 1970-an, Petronas sudah membayar RM529 bilion kepada kerajaan dan menanggung subsidi gas berjumlah RM116 bilion. Dari tahun 2004 hingga 2009, Petronas telah membayar sejumlah RM253.6 bilion kepada kerajaan. Ke manakah dana ini telah disalurkan dan siapakah yang bermanfaat?

Hasil kerajaan (RM162.13 bilion) adalah untuk menanggung perbelanjaan mengurus (RM152.16 bilion) yang tidak membawa impak produktif sahaja.

Pinjaman – 21.8% daripada perbelanjaan belanjawan datang daripada pinjaman dan penggunaan aset kerajaan.

Perbelanjaan – 11.2% daripada jumlah perbelanjaan disalurkan untuk tujuan subsidi.

Perbelanjaan – 21.5% daripada jumlah perbelanjaan disalurkan untuk tujuan emolumen.

Pelaburan – Dalam permintaan domestik, pelaburan awam dan swasta adalah 5.6% dan 5.9% masing-masing.

Hutang isi rumah – Hutang isi rumah mencecah 77% daripada KDNK pada tahun 2009, satu kadar yang tertinggi di sekitar rantau Asia.

Saya juga ingin bawa kembali satu kontras di antara realiti ekonomi Malaysia dan Indonesia supaya kita tidak alpa. Seperti yang saya huraikan dalam perbahasan RMK10, Indonesia telah berjaya mengurangkan hutang negara secara mendadak dari paras 77% nisbah hutang awam kepada KDNK pada tahun 2001 kepada 29% pada tahun 2009.

Kedudukan hutang awam kita adalah terbalik. Pengurusan ekonomi di bawah Barisan Nasional tidak ubah seperti tabiat buruk ketagihan ibu bapa yang berbelanja sakan dan diwariskan hutang kepada anak cucu.

Nisbah hutang awam kepada KDNK Malaysia bagi tahun 2009 dijangkakan berada pada paras 54 % dan tidak ada apa perancangan khas untuk mengurangkan kadar hutang ini dalam masa terdekat.Balanya ditanggung oleh rakyat tanpa mereka sedari. Belanjawan 2011 memperuntukan sejumlah 8.7% dari keseluruhan perbelanjaan mengurus sebagai caj perkhidmatan hutang.

Jumlah membayar faedah dan pelbagai tanggungan hutang pada kadar itu tidak jauh berbeza dari bayaran subsidi kepada rakyat; berjumlah 11.2% dari keseluruhan perbelanjaan mengurus.

Kerajaan Barisan Nasional gah menumpukan perhatian untuk menarik balik subsidi kepada rakyat sebagai strategi utama mengurangkan defisit, tetapi langsung tidak menunjukkan kesungguhan mengurangkan pembaziran melalui projek-projek mega atau menyusun semula pengurusan hutang negara supaya pembayaran faedah dan tanggungan hutang tidak terlalu tinggi.

Lalu YAB Perdana Menteri mengisytiharkan perang terhadap subsidi rakyat dengan mengurangkan 5 sen subsidi dari setiap liter minyak yang dibeli rakyat, atau 20 sen subsidi dari setiap sekilogram gula atau gandum yang menjadi perbelanjaan ruji isi rumah di Malaysia. Malah Belanjawan 2011 meletakkan belanja subsidi yang lebih rendah berbanding 2010, jadi rakyat bolehlah menjangkakan pengumuman kenaikan harga barang keperluan yang seterusnya dalam masa terdekat.

Saya tidak katakan kaedah pemberian subsidi sekarang tidak boleh diperbaiki untuk memberi lebih manfaat kepada golongan yang memerlukan, tetapi saya membidas falsafah pimpinan Barisan Nasional yang sibuk mengutip lukut di tepi gantang; sedang guni beras yang bocor tidak diendahkan.

Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan membentangkan kepada Dewan dalam sessi ini rancangan kerajaan secara terperinci untuk mengurangkan hutang negara dalam masa 5 tahun – agar kita boleh mengurangkan defisit dengan memberi fokus untuk memotong perbelanjaan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Pengurangan hutang ke paras sasaran yang jelas menjelang 2015 akan membantu masalah defisit di samping menunaikan amanah kepada generasi akan datang untuk tidak mewariskan hutang kepada mereka.

Unsur Mahathirisma–Pembinaan Projek-Project Mega

Memang Belanjawan 2011 ini dicorakkan oleh unsur-unsur Mahathirisme kerana salah satu ciri Mahathirisme adalah kegemarannya terhadap projek mega. Belanjawan Projek Mega dalam konteks ini merujuk kepada belanjawan yang mengutamakan projek pembinaan infrastruktur fizikal secara besar-besaran, dan projek-projek tersebut sering dikaitkan dengan proses penswastaan. Lazimnya projek mega di Malaysia dilaksanakan secara rundingan terus dan hanya memanfaatkan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kuasa politik.

Projek mega yang disebut dalam Belanjawan 2011 akan memperuntukkan dana kerajaan berbilion-bilion. Antaranya:

Bil Projek Nilai (RM)
1 Warisan Merdeka (Bangunan 100 tingkat) 5 bilion
2 6 Lebuh Raya, Loji Janakuasa Kimanis, hospital pengajian, hospital wanita dan kanak-kanak dan Kompleks Institut Penyelidikan Kesihatan Bersepadu. (Dilaksanakan secara PPP) 1 bilion
3 Academic Medical Centre 2 bilion
4 KLIFD 26 bilion
5 MRT 40 bilion
6 Tanah Sungai Buloh 10 bilion
Jumlah: 84 bilion

Malaysia mengalami pelbagai kisah pahit dalam proses penswastaan. Sebelum ini, penswastaan Bank Bumiputera telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM10 bilion. Penubuhan Perwaja juga telah merugikan kerajaan sebanyak RM9.9 bilion. Penswastaan lebuh raya bukan sahaja membebankan rakyat yang menanggung beban tol dan kadar kenaikan yang tinggi, malah kerajaan pula terpaksa membuat pampasan berbilion setiap tahun. Dari tahun 2008 hingga 2038, kerajaan dikehendaki membayar PLUS sejumlah RM63.83 bilion sebagai pampasan.

Sebaliknya, penswastaan dan projek mega ini amat menguntungkan tokoh korporat yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak memerintah. Lebih setengah tokoh 10 terkaya di Malaysia mengaut kekayaan mereka melalui projek mega yang dianugerahkan oleh kerajaan melalui proses penswastaan yang dicorakkan oleh budaya rent-seeking dan sistem patronage. Dalam kebanyakan kes, perniagaan yang membawa keuntungan lumayan diswastakan (BJTOTO, TNB, TM, MISC, PLUS dan lain-lain), tetapi syarikat tersebut akan dinasionalisasikan oleh kerajaan apabila mengalami kerugian (MISC, Putra dan STAR LRT, Renong, UEM dan lain-lain).

Dengan kata lain, kemuncak legasi negatif Mahathirisme yang menonjolkan satu fenomena ”keuntungan diswastakan dan kerugian dinasionalisasikan” kini terjelma dalam bentuk Najibnomics. Ciri-ciri Najibnomics yang sedemikian lebih mengutamakan mega projek meskipun defisit kewangan negara telah berterusan untuk hampir satu setengah dekad.

Sejak permulaan, sudah tidak wajar membangunkan negara ini melalui cara penganugerahan projek mega. Belanjawan projek mega tidak harus wujud dengan hasrat kerajaan sekarang untuk mentransformasikan ekonomi di bawah program-program ETP, GTP, NKRA dan SRA yang unggul kononya.

Untuk mewujudkan persekitaran yang mesra pihak swasta dan untuk memacukan persaingan, setiap kontrak ataupun projek pembangunan harus dibida secara terbuka. Projek-projek mega harus dikurangkan kepada tahap minimum, dan jika tidak wajar dilaksanakan sahaja oleh pihak swasta atas permintaan pasaran. Peruntukan kerajaan harus dilaburkan dalam sektor strategik yang dapat membawa impak besar pada jangka masa panjang, seperti pendidikan, kesihatan, infrastruktur asas dan lain yang dapat membangunkan modal insan serta meningkatkan mutu kehidupan rakyat.

Penglibatan kerajaan dalam pembangunan hartanah di KLIFD dan Sungai Buloh, pembinaan menara tertinggi dan kesemuanya melalui amalan rundingan terus hanya menandakan arah yang bertentangan dengan hasrat rakyat untuk menuju ke arah negeri berpendapatan tinggi.

6 Lebuh Raya Baru dan PLUS

Najib dalam Ucapan Belanjawan 2011 menyebut Pembinaan 6 lebuh raya baru, iaitu:

Lebuhraya Bertingkat Ampang – Cheras – Pandan

Lebuhraya Guthrie – Damansara

Lebuhraya Damansara – Petaling Jaya

Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping

Lebuhraya Sungai Dua – Juru

Lebuhraya Paroi – Senawang – KLIA

Sejak pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada tahun 1988, projek pembinaan dan penswastaan lebuh raya semakin bertambah dan tidak terhenti-henti sehingga sekarang. Hari ini, Malaysia sudah mempunyai 30 lebuh raya berbayar. Penduduk di sekitar Lembah Kelang dikelilingi oleh lebuh raya dalam bandar dan terpaksa membayar tol dalam perjalanan harian mereka walaupun mengalami kesesakan lalulintas.

Mengimbas kembali, tidak salah untuk mengatakan bahawa pembinaan PLUS, salah satu lebuh raya tol terbesar di Asia, merupakan satu projek mega yang direka untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu. Pada tahun 1989, Projek pembinaan PLUS bernilai RM3.5 bilion itu diberikan kepada UEM secara rundingan terus. UEM tidak mempunyai apa-apa rekod pembinaan jalan raya, malah pernah dibeku oleh KLSE dan hampir muflis.

UEM pada ketika itu dikuasai oleh Hatibudi Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh UMNO (UMNO Trustee Holding Company). Mantan Presiden UMNO Tun Mahathir pernah mengesahkan bahawa hasil daripada kontrak tersebut akan digunakan untuk menjelaskan hutang pembinaan Wisma UMNO sejumlah RM360 juta.[11]

Inilah titik permulaan kewujudan lebuh raya di Malaysia melalui penswastaan berorientasikan Bulid-Operate-Tranfer (BOT). Rakyat dikehendaki menanggung beban tol dan kadar kenaikan yang tinggi, malah kerajaan pula terpaksa membayar pampasan berbilion setiap tahun. Dari tahun 2008 hingga 2038, kerajaan dikehendaki membayar PLUS sejumlah RM63.83 bilion sebagai pampasan.

Kenapakah kerajaan tidak memiliknegarakan PLUS? Pada tahun 2008, DAP telah mengemukakan satu model kepada kerajaan untuk mengambil alih PLUS. Kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan RM14 bilion dalam tempoh tahun 2009-2015, malah rakyat dapat menggunakan lebuh raya di bawah PLUS secara percuma menjelang tahun 2016.

Kerajaan membuat tawaran umum (General Offer) pada harga RM3.30 (harga PLUS pada tahun 2008) sesaham, ataupun 15% lebih tinggi daripada harga pasaran supaya kepentingan pemegang saham kecil dibela.

Kos pembelian itu adalah sebanyak RM5.25 bilion. Bersama dengan hutang PLUS sebanyak RM8.5 bilion, jumlah hutang akan mencecah RM13.75 bilion.Kos tersebut akan ditanggung oleh Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dalam faedah sekadar 3%, iaitu RM413 juta setahun. Jumlah pembayaran balik adalah sebanyak RM16.2 bilion selama 6 tahun.

Dengan jangkaan pertumbuhan aliran trafik sebanyak 3% setahun, PLUS dapat menghasilkan RM20 bilion tunai tanpa peningkatan kadar tol.Pada tahun 2015, kerajaan dapat menyelesaikan MGS dengan sepenuhnya, dan masih mempunyai RM3.8 bilion lebihan.

Memandangkan PLUS hanya dinikmati oleh rakyat di Semenanjung Malaysia, Pakatan Rakyat wajar mempertimbangkan cadangan KPRU agar RM3.8 bilion tersebut dibelanjakan untuk tujuan pembangunan jalan raya dan infrastruktur desa di Sabah dan Sarawak.

Warisan Merdeka dan KLCC

Kos Pembinaan Menara Berkembar Petronas menelan lebih kurang AS$1.6 bilion (RM6 bilion).[15] Ini tidak termasuk lagi kos tanah (RM900 juta), taman KLCC (RM200 juta), Dewan Simfoni Filharmonik (RM500 juta), dan Loji ’Gas District Cooling (RM300 juta). Jumlah kosnya mencecah lebih RM10 bilion dan tidak termasuk kos penyelenggaraan sebanyak RM250 juta setahun.

Najib dalam Belanjawaan 2011 menyebut bahawa ”kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara. Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh.”

Adakah kita berbangga dengan Menara Berkembar PETRONAS yang sudah bukan menara tertinggi di dunia? Adakah kita berbangga dengan mega projek ini yang mengakibatkan PETRONAS terpaksa menanggung hutang sebanyak RM10 bilion? Adakah kita berbangga dengan menara ini yang dipenuhi dengan anasir-anasir kronisme dan unsur-unsur penyalahgunaan kuasa? Adakah ini satu mercu tanda kebanggaan ataupun monumen yang mengingati kita bahawa untuk melangkah ke arah negeri maju, tabiat pemborosan dan penyalahgunaan kuasa  harus diberhentikan dan diganti dengan ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik.

Persoalannya, adakah kita memerlukan sebuah lagi menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia? Tidak bolehkah kita mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara tanpa pembinaan Warisan Merdeka? Wajarkah kita mengeksploitasikan Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Bolehkah kita menjimatkan RM5 bilion kos pembinaan dan menyalurkannya untuk membina lebih infrastruktur asas di kawasan pedalaman?

Apa yang boleh dilaksanakan dengan RM5 bilion?

Perkara Bilangan
Sekolah (3 juta sebuah sekolah) 1667 buah
Klinik 1Malaysia (RM200 ribu sebuah klinik) 25,000 buah
Per Kapita (27 juta populasi) RM185

Project MRT berbanding dengan Kegagalan STAR PUTRA-LRT

Kos asal pembinaan LRT-Putra dan Star masing-masing adalah RM2 bilion dan RM3.5 bilion. Projek penswastaan telah meletakkan LRT-Putra di bawah kendalian Renong-UEM, sebuah syarikat yang berkait rapat dengan kerajaan, malah LRT-Star dipegang oleh KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Taylor Woodrow Plc.

Akibat daripada salah pengurusan dan penyelewengan, kedua-dua syarikat tersebut mengalami masalah kewangan. Keadaan menjadi lebih tenat selepas dilanda krisis kewangan Asia.

Pada tahun 1999, kerajaan terpaksa memberikan suntikan modal sebanyak RM600 juta kepada STAR melalui KWSP. Kerajaan juga membenarkan STAR dan PUTRA terus beroperasi walaupun kedua-dua syarikat dibelenggu dengan masalah pengurusan dan tidak kompeten dengan mengetahui bahawa rakyat yang terpaksa menanggung hutang tersebut kelak.

Pada 25 Julai 2001, kerajaan mengesahkan bahawa akan mengambil alih Rangkaian Keretapi Ringan PUTRA dan STAR melalui pengeluaran bon sebanyak RM6 bilion. Sehingga Mac tahun tersebut, kedua-dua syarikat tersebut telah mengalami kerugian RM5.5 bilion.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan Shafie Mohd Salleh pada ketika itu berkata “We want a system that is holistic, efficient, affordable with the least cost to the government”. Jelas bahawa impiannya masih belum berjaya selepas 10 tahun pemerintahan Barisan Nasional, malah RM6 bilion tersebut telah digunakan untuk menyelamatkan dan tidak lagi dapat ditebus kembali.

Pada masa yang sama, didapati bahawa kerja kajian teknikal projek MRT bernilai RM40 bilion itu telah dimulakan oleh Syarikat Gamuda-MMC atas kebolehlaksanaan projek tersebut tanpa sebarang bidaan terbuka. Kini yang menjadi kebimbangan dan tanda tanya adalah, adakah projek pembangunan dan pengurusan MRT akan mengakibatkan ketirisan dan korupsi yang sama seperti dulu, iaitu memanfaatkan kroni-kroni tetapi merugikan rakyat?

Lebih-lebih lagi, MMC-Gamuda mungkin bukan merupakan syarikat yang terbaik untuk menguruskan projek ini, memandangkan projek Smart Tunnel bernilai RM1.9 bilion itu tidak dapat menyelesaikan masalah banjir, dan projek Keretapi Berkembar Elektrik mengalami isu kelebihan kos pembinaan sebanyak RM1.43 bilion. Praktis sebegini tidak berubah walaupun Model Ekonomi Baru Najib menjanjikan amalan bidaan terbuka. Nampaknya Kerajaan pentdabiran Najib tidak belajar daripada pengalaman pahit dahulu malahan ingin meneruskan legasi negatif Mahathirisme dalam bentuk Najibnomics.

Jika perkara ini dilihat secara lebih teliti, adalah didapati bahawa di bawah gelombang penswastaan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan BN selama ini, terutamanya sejak zaman Mahathir, kebanyakan bidang khusus kerajaan telah diswastakan kepada syarikat swasta. Malangnya, apabila syarikat-syarikat tersebut mengalami kerugian, kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat-syarikat tersebut dengan menggunakan wang rakyat. Bukankah ini menswastakan keuntungan dan mensosialisasikan kerugian?

BAKUN dan Loji  Janakuasa Kitar Padu Gas

Kerajaan dalam Belanjawan 2011 bersetuju untuk membina sebuah Loji Janakuasa Kitar Padu Gas 300 mega watt di Kimanis, Sabah bagi menambah kapasiti bekalan elektrik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Rakyat Sabah dan Sarawak memang tidak akan dapat melupakan kisah Pembinaan Empangan Bakun yang sudah menghantui penduduk-penduduk Sarawak lebih daripada 10 tahun. Kos keseluruhan Empangan Bakun yang dilaporkan adalah RM7.3 bilion tidak termasuk tanggunan faedah oleh kerajaan, impak sosial dan persekitaran.

Terbaru, sudah ada bidaan untuk membeli Empangan Bakun daripada Syarikat Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB). Adalah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Sarawak Energy Berhad (SEB) yang menawarkan harga RM6.3 bilion akan memperoleh empangan tersebut. Tawaran harga tersebut adalah RM1 bilion lebih kurang daripada kos pembinaan Bakun.

Perundingan penjualan Empangan Bakun dilakukan secara tertutup antara Kerajaan Sarawak dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Amalan sedemikian adalah bercanggah dengan jaminan kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia selari dengan pelancaran 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) baru-baru ini.

Lagipun, sepanjang projek pembinaan Bakun, pelbagai pihak dan kroni kerajaan yang mendapat faedah. Tetapi akhirnya yang menanggung pembiayaan projek tersebut adalah KWSP dan KWAP yang berjumlah RM5.75 bilion.

Berdasarkan perancangan asal pembinaan Empangan Bakun, Kerajaan Persekutuan pernah berhasrat untuk menyalurkan tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia menerusi kabel dasar laut. Atas sebab-sebab tertentu dan dasar yang tidak menentu (flip-flop), projek tersebut dihentikan. Tanpa Dasar Tenaga Nasional yang konsisten dan mapan, adakah pembinaan Loji Janakuasa Kitar Padu Gas ini menjejak balik langkah lama sama dengan Bakun?

Lagipun, memandangkan projek ini dijalankan dalam bentuk Perkongsian Awam-Swasta (PPP), adakah ianya bermaksud pihak yang mendapat projek ini akan menjadi IPP terbaru? Adalah diperingatkan bahawa kerajaan sekarang menanggung subsidi kepada IPP sebanyak RM22 bilion setahun.[23][24] Adakah perjanjian dengan IPP akan dinilai semula untuk mengurangkan subsidi kepada korporat besar?

MSC gagal mencapau matlamat

Kerajaan melancarkan Multimedia Super Corridor (MSC) pada tahun 1 Ogos 1996 untuk mentransformasikan Malaysia kepada sebuah ekonomi berasaskan ekonomi menjelang tahun 2020.

Gelombang Penswastaan Kedua – Pengajaran Pahit telah Dilupa

Adakah rakyat dan kerajaan telah lupa akan kepahitan penswastaan  kita yang bermula sejak tahun 80-an?

Bakun – daripada RM2.4b kepada RM7.3b, ambil masa 15 tahun, sehingga hari ini pun belum mula beroperasi.

IPP – kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM22 bilion setahun.

Bank Bumiputera – sekurang-kurangnya RM10 bilion kerugian.

Perwaja – sekurang-kurang RM9.9 bilion kerugian.

Senarai panjang lagi: PLUS, BJTOTO, TNB, Telekom, MISC, Putra dan STAR LRT, Paremba dll.

Mengurangkan pegangan saham GIC:

Kenapakah mengurangkan pegangan yang menguntungkan? Yang pentingnya mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif dan adil.

Penjualan Pharmaniaga kepada Boustead – GIC jatuh ke dalam tangan kroni, status monopoli kekal.

Pemusatan Peruntukkan di Jabatan Perdana Menteri.

Terlalu banyak sumber dan kuasa yang dimiliki oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) khususnya tidak kurang daripada 50 buah agensi di bawah kendaliannya. Dikatakan setiap belanjawan tahunan, JPM akan menikmati sebahagian besar daripada peruntukan kewangan tersebut. Ini memang mencurigakan rakyat berhubung keberkesanan dan kecekapan Kerajaan Persekutuan dalam mentadbir hal ehwal negara.

Pemusatan kuasa yang keterlaluan bukan sahaja mencemarkan konsep Federalisme, malah hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan operasi dan pembangunan kementerian serta agensi-agensi kerajaan tertentu. Dengan kata lain, era kerajaan besar dan mengetahui segalanya sedang bermula dengan hebatnya, dengan penjelmaannya dalam bentuk Najibnomics iaitu ”JPM besar dan mengetahui segalanya”.

Umpamanya, apakah rasional kerajaan dalam meletakkan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah penguasaan JPM? Ternyata ini sama sekali bercanggah dengan apa yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Belanjawan 2011 sebagai era kerajaan tahu segalanya sudahpun berakhir.

Perbelanjaan pembangunan JPM bermula dari tahun 2008 sehingga 2011 meningkat dengan drastik sekali. Namun begitu, sejak Najib mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri, perbelanjaan operasi dan pembangunan JPM melonjak naik sejak Belanjawan 2009. Kenaikan yang ketara adalah dalam perbelanjaan pembangunan JPM seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Tahun dan Jenis Perbelanjaan (RM Juta) 2007 2008 2009 2010 2011
Operasi 2,886 3,418 3,845 3,956 5,076
Pembangunan 3,991 3,490 6,342 8,238 10,779
Jumlah 6,877 6,908 10,187 12,194 15,855

(Sumber: Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2011, m.s 95)

Apabila pengiraan dibuat berpandukan jadual di atas, perbelanjaan pembangunan JPM mencatatkan peningkatan hampir 3 kali ganda dari tahun 2007 sehingga 2011.

Penumpuan sumber secara keterlaluan di bawah JPM bakal mengurangkan peruntukan untuk agensi dan kementerian lain. Berdasarkan peruntukan Belanjawan 2010, jika dibandingkan dengan Kementerian Pertanian (RM2,119,238,000), Kementerian Pengangkutan (RM2,168,687,000), Kementerian Pendidikan (RM4,997,683,000) dan Kementerian Kesihatan (RM3,584,262,000), JPM memiliki peruntukan yang terbesar dengan RM8,238,944,000![28] Begitu juga hakikatnya dengan peruntukan Belanjawan 2011.

Sudah tentu, pelancaran projek-projek mega yang diperkenalkan telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan tersebut, di samping pembesaran bilangan kakitangan awamnya. Ini bermakna perbelanjaan pembangunan di seluruh Malaysia diuruskan oleh JPM! Apakah perincian perbelanjaan operasi dan pembangunan ’kabinet mini’ ini sehinggakan pembolotan mendadak kuasa eksekutif berlaku dalam tempoh lima tahun?

1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Dalam semakan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 14hb. Oktober 2010, 1MDB tidak mempunyai alamat perniagaan dan tidak ada Juru Audit yang dilantik walaupun pelbagai pengumuman dilakukan oleh Perdana Menteri mengenai kegiatan perniagaannya. Malah Ketua Pegawai Eksekutif nya melaporkan pada 12hb. Oktober 2010, 1MDB telah mencatat keuntungan RM 425 juta.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) memulakan operasinya sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) melalui pembiayaan bon jaminan kerajaan yang bernilai RM5 bilion pada tahun 2009. Kerajaan Negeri Terengganu, walau bagaimanapun  menarik diri untuk menyumbang RM6 bilion iaitu hasil wang royalti petroleum kepada 1MDB.

Pembiayaan bon bernilai RM5 bilion terbabit mewajibkan 1MDB melakukan pembayaran faedahnya sebanyak RM287.5 juta setahun dalam tempoh 30 tahun.

Berdasarkan kepada potensi beberapa projek pembangunan dalam sektor-sektor tenaga, dan hartanah yang dianggarkan bernilai RM69.35 bilion dengan rakan kerjasama strategiknya, 1MDB dilaporkan sedang giat mengumpulkan sumber pembiayaan baru bernilai RM5 bilion dengan menjemput bank-bank tempatan untuk mengemukakan kertas kerja masing-masing sejak bulan Mei 2010. Alasan pengumpulan dana tersebut, menurut 1MDB adalah sebagai persediaan mereka dalam melicinkan perjalanan proses pelaksanaan projeknya kelak.

Antara kerjasama strategik yang diadakan antara 1MDB dengan syarikat asing adalah seperti berikut:

Gabungan kerjasama dengan Petro Saudi International (PSI dengan nilai pelaburan bernilai US$2.5 bilion pada tahun 2009. Kerjasama tersebut walaubagaimanapun tidak mendapat persetujuan daripada ahli-ahli Lembaga Pengarahnya sehingga membawa kepada perletakan jawatan salah seorang pengasas 1MDB iaitu Mohd Bakke Salleh. Difahamkan beliau meninggalkan 1MDB kerana tidak bersetuju dengan hala tuju strategi pelaburan. Kekosongan jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Awal bulan Januari 2010, 1MDB telah memeterai perjanjian kerjasama dengan State Grid Corp of China (SGCC) dalam projek Wilayah SCORE yang akan menghasilkan keuntungan berjumlah US$11 bilion. Perjanjian tersebut selaras dengan minat 1MDB untuk melabur dalam sektor minyak dan gas sekaligus membantu membawa masuk pelaburan asing ke Wilayah SCORE serta memanfaatkan sepenuhnya tenaga Empangan Bakun.

Gabungan kerjasama dengan Qatar Investment Authority (QIA) untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara di Sungai Besi bernilai berbilion-bilion ringgit! 1MDB dan Qatar Investment Authority (QIA)masing-masing telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan 30% keluasan tanah tersebut, manakala selebihnya akan dibangunkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Kemunculan 1MDB dalam mendapat projek-projek pembangunan dan hartanah amat menghairankan walaupun tidak sampai setahun menceburkan diri dalam industri berisiko ini.

Dalam Belanjawan 2011, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kerjasama Mubadala Development Company (Mubadala), syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi telah bersetuju membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) bermula tahun hadapan dengan nilai anggaran sebanyak 26 bilion ringgit.

Pada waktu yang sama, 1MDB akan menyediakan multi-vitamin untuk pelajar sekolah rendah terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah mencapai prestasi yang cemerlang.

1MDB akan turut menyumbang kepada pembangunan belia negara dengan penubuhan Dana Belia 1Malaysia berjumlah 20 juta ringgit bagi memupuk semangat 1Malaysia. Dalam bidang kesihatan pula, 1MDB akan melaksanakan Klinik Bergerak 1Malaysia dengan 4 buah bas Klinik Bergerak dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan disediakan.

Jika diteliti corak perniagaan 1MDB yang sering mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat asing, timbul suatu pandangan yang mengatakan bahawa tindakan membawa rakan-rakan kerjasama asing dalam membangunkan tanah milik kerajaan bukanlah idea yang baik. Apatah lagi, 1MDB akan menjadi pemaju utama dalam bidang hartanah khususnya di Lembah Klang yang melibatkan tanah Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi. Jalan Peel di Cheras, Jalan Stonor, Jalan Cochrane, Jalan Ampang dan Jalan Lidcol.

Sebaliknya apabila Kerajaan Singapura ingin menjual tanahnya, syarikat-syarikat Malaysia akan membida dan terpaksa membayar harga yang tinggi. Bezanya adalah harga hartanah di negara Republik itu adalah terlalu tinggi.

Apa yang ingin dirumuskan di sini ialah ketelusan dan keterbukaan dalam proses keseluruhan pembidaan projek harus dilakukan oleh Perdana Menteri Najib Razak jika benar-benar ingin mendapat pulangan maksimum daripada ursuniaga tersebut, lebih-lebih lagi pembiayaan bon dikeluarkan untuk 1MDB yang bernilai RM5 bilion adalah dijamin oleh kerajaan!

Mengapa kelebihan tersebut tidak digunakan dengan baik oleh Kerajaan Persekutuan? Jika tidak, maka Kerajaan Persekutuan tidak akan mendapat pulangan yang setimpal dari pelaburan tersebut.

Alasan kerajaan untuk menarik pelaburan asing (FDI) adalah tidak rasional sekali. Hal ini adalah kerana usaha menarik pelaburan asing (FDI), seharusnya apabila negara tidak mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam satu-satu bidang.

1MDB satu lagi projek gagal?

1MDB dilaporkan mencatat keuntungan sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya. Persoalannya, adakah keuntungan itu sebenar ataupun diterbitkan daripada pemberian tanah TUDM secara percuma itu?

Saya juga mempersoalkan ketulenan akaun 1MDB pada 20 Sept 2010.  Apatah lagi dalam carian rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat menunjukkan 1MDB tidak melantik Juru Audit. 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013 yang juga akan dipikul oleh kerajaan dan rakyat. RM15 bilion itu seumpama 4 kali ganda saiznya berbanding dengan jumlah bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ) ataupun setinggi 2.9% daripada KDNK negara pada tahun 2009. Selain itu, peranan Jho Low dalam transaksi dan urus niaga pembelian bon tersebut juga dipertikaikan.

Adakah penglibatan 1MDB dalam projek-projek tersebut akan menimbulkan kesan himpitan (crowd-out effect) kepada pelabur swasta umum, dan bercanggah dengan semangat MEB?

Selain itu, 1MDB sekarang dikehendaki membayar RM280 juta setahun untuk membayar faedah bagi bon yang diterbit pada Mei 2009 dengan tempoh pembayaran selama 30 tahun.

Andaikan bon bernilai RM10 bilion yang akan diterbitkan pada 2013 dikenakan faedah yang sama, iaitu 5.75%, 1MDB terpaksa membayar RM840 juta setiap tahun kepada pemegang bon.

Faedah 5.75% dengan jaminan kerajaan tidak masuk akal langsung. Mengikut Laporan PAC PKFZ, dikatakan bahawa ”Lembaga Pelabuhan Kelang boleh mengurangkan kos projek ini jika arahan daripada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Jun 2001 berhubung dengan kaedah pembiayaan projek PKFZ dipatuhi iaitu bon diterbitkan oleh LPK dengan jaminan kerajaan. Amalan kerajaan kadar faedah bon adalah dalam lingkungan 4% berbanding dengan faedah 7.5% dikenakan KDSB.”

Ini bermaksud amalan biasa penerbitan bon kerajaan adalah dalam lingkungan 4% sahaja dan bukan 5.75%. Walaupun Prasarana didakwa terdapat penyelewengan urus tadbir yang lemah, bon yang dikeluarkan oleh Syarikat Prasarana juga pada kadar faedah  3.3% hingga 4.7% sahaja.

Nampaknya 1MDB yang dipantau oleh Perdana Menteri sendiri juga menjejak langkah silap yang sama seperti PKFZ dengan menerbitkan bon dengan caj faedah luar biasa. Jika 4% faedah dan bukan 5.75% dikenakan, kerajaan dapat menjimatkan 44% pembayaran faedah, ataupun sekurang-kurangnya beberapa ratus juta ringgit. Persoalan sekarang, ke manakah dana lebihan tersebut telah disorok, dan perbezaan tersebut ditelan oleh pihak mana?

Lima Koridor Wilayah

Semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, jumlah pelaburan yang ditetapkan untuk lima koridor wilayah ekonomi seperti Wilayah Iskandar, Wilayah Koridor Utara (NCER), Wilayah Koridor Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) ialah RM40.70 bilion, jauh meleset berbanding sasaran pelaburan yang bernilai RM145 bilion.

Apa yang mengecewakan adalah, walaupun pelaburan komited oleh pihak swasta di Wilayah Iskandar sehingga Jun 2010 berjumlah RM62 bilion ringgit, namun jumlah sebenar yang telah dilaburkan sehingga Jun 2010 hanyalah RM25 bilion, langsung tidak melepasi sasaran RM47 bilion ringgit.

Baru-baru ini, Khazanah Nasional telah mengarahkan audit dalaman dijalankan segera setelah timbul dakwaan pengurusan kewangan wilayah pembangunan Iskandar yang lemah, dan pemberian tender kepada kroni, namun enggan mengadakan siasatan menyeluruh ke atas hasil audit tersebut. Apa yang menghairankan ialah Khazanah Nasional hanya bertindak untuk menggantikan Ketua Pengawai Eksekutif Pelaburan Iskandar Berhad.

Walaupun setiap koridor berkenaan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Koridor Wilayah yang tertentu, akan tetapi, terdapat hubungan yang signifikan menunjukkan bahawa hala tuju pembangunan koridor berkenaan ditentukan oleh Putrajaya secara langsung terutamanya dalam soal mengawal peruntukan kewangan.

Dalam Belanjawan 2009, sebanyak RM6 bilion diperuntukan lagi sebagai insentif pembangunan koridor wilayah.Persoalannya, mengapakah pengagihan kuasa dan sumber ini tidak diagihkan kepada semua negeri-negeri berkenaan memandangkan kerajaan negeri sudahpun mempunyai pelbagai agensi dan lembaga kemajuan ataupun disalurkan kepada Kementerian-Kementerian agar lebih objektif.

Dalam Belanjawan 2011, sekali lagi pembangunan koridor diberikan tumpuan. Misalnya, RM850 juta disalurkan untuk pembangunan infrastruktur sokongan di semua wilayah koridor. Ini termasuklah RM339 juta di Koridor Iskandar, RM133 juta untuk Koridor Utara, RM178 juta untuk Koridor Pantai Timur, RM93 juta untuk Wilayah SCORE dan RM110 juta untuk Koridor Pembangunan Sabah.

Lagi, lima koridor wilayah tersebut menelan ratusan jutaan wang rakyat tanpa penilaian menyeluruh dari semasa ke semasa. Kesemuanya berstatus ’work in progress’.

Unit Inovasi Khas (UNIK)

Dengan meletakkan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah JPM merupakan satu tindakan yang cukup berani. Begitu juga dengan penubuhan Pusat Inovasi Kebangsaan (NIC). Apatah lagi, inovasi dan kreativiti merupakan kunci kepada kejayaan transformasi ekonomi negara.

UNIK yang mendapat peruntukan sebanyak RM71 juta menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana inovasi adalah terlalu besar untuk diletakkan di bawah satu-satu Kementerian dan agensi kerajaan!.

Persoalannya, mengapakah UNIK tidak diletakkan terus di bawah tanggungjawab Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi (MOSTI)? Bagi MOSTI, adakah mereka bersedia memikul tanggungjawab tersebut? Adakah mereka berkemampuan untuk memimpin dan menyediakan persekitaran yang membolehkan teknologi dan inovasi berkembang maju?

Tambahan pula, prinsip teknologi dan inovasi adalah saling berkait rapat dan untuk menyediakan suatu ekosistem yang bersesuaian dengan menghidupkan amalan inovasi dalam ekonomi berpretasi tinggi, JPM tidak berdaya sama sekali untuk menjayakannya.

Lihat sajalah apa yang berlaku kepada Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) yang dilhamkan oleh Mahathir yang juga terletak di bawah JPM suatu ketika dahulu.  Sewaktu pemerintahan Mahathir, Koridor Raya Multimedia (MSC) juga dianggap sebagai salah satu agenda  transformasi negara.

Kajian McKinsey pada tahun 2008 yang dijalankan ke atas 600 golongan eksekutif global menunjukkan bahawa kepimpinan amat mempengaruhi perkembangan inovasi. Dua faktor penting yang turut disebut dalam kajian tersebut telah menjelaskan peranan penting pemimpin sebagai penggalak dan sudi meluangkan masa yang banyak dalam mengurus dan memastikan dasar inovasi tercapai sepenuhnya.

Perbadanan Bakat

Tenaga kerja yang berbakat dan bilangan rakyat profesional yang meninggalkan negara terbukti amat membimbangkan. Kesannya, Malaysia semakin kehilangan daya saing berbanding dengan negara-negara lain.

Tiga perkara yang menghantui perkembangan ekonomi negara pada hari ini ialah modal insan yang lemah, kurangnya sinergi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara makmal dan industri serta peningkatan kapasiti eknologi yang terlalu perlahan. Lebih dari itu, Malaysia tidak serius dalam menuju ke arah pembangunan kemahiran manusia.

Penubuhan Perbadanan Bakat di bawah JPM dijangka akan menerima pembiayaan sebanyak RM30 juta dalam Belanjawan 2011.

Menurut Bank Dunia, bilangan rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara telah meningkat 100 kali ganda iaitu seramai 9,576 pada tahun 1960 kepada 1.49 juta pada tahun 2005. Manakala, bilangan penyelidik, saintis dan jurutera yang bekerja di negara-negara Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dianggarkan seramai 20,000, di mana 40% daripada jumlah itu sedang berkhidmat di negara Amerika Syarikat.

Pada tahun 2009, kerajaan pernah dicadangkan untuk menubuhkan Majlis Penasihat Bakat dalam program brain drain yang diperkenalkan pada tahun 2006. Dalam dua program yang dikenali sebagai Returning Scientists programme dan Returning Malaysia Experts programme, hasrat kerajaan adalah untuk mencari kembali bakat-bakat profesional di luar negara. Justeru, Perbadanan Bakat yang ditubuhkan baru-baru ini bukanlah sesuatu yang baru.

Perbadanan Bakat harus melihat pencapaian negara-negara lain dalam usaha pelaksanaannya pada masa depan. Di India misalnya, tiada insentif yang diperkenalkan untuk menggalakkan bakat-bakatnya agar kembali ke negaranya, akan tetapi, hasilnya adalah positif!

Kegagalan program sebelum ini adalah berpunca daripada kapasiti sistem perlaksanaan yang cukup lemah. Penilaian dan pemahaman persekitaran yang membolehkan bakat-bakat Malaysia kembali perlu diteliti semula. Ini kritikal sekali. Jika tidak, Perbadanan Bakat mungkin sahaja akan berakhir dengan jumlah 23 orang penyelidik yang kembali ke Malaysia setelah tiga tahun semasa dua program brain drain dilancarkan terdahulu.

Lihat bagaimana Majlis Penasihat Bakat Korea Selatan dan Taiwan memainkan peranannya yang bukan sahaja terhad kepada menarik diaspora rakyat masing-masing, akan tetapi, rakyat asing turut diberikan peluang dan pengiktirafan untuk keterlibatan mereka dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Negara China dan India pula berusaha memperkenalkan beberapa pendekatan pentadbiran dan perundangan untuk memikat hati diasporanya agar kembali ke negara masing-masing.

Adakah Perbadanan Bakat juga mempunyai perancangan sedemikian? Harus diingat bahawa menarik bakat kembali membabitkan perubahan struktur dasar yang komprehensif; merangkumi gaji, perumahan, pendidikan, pencukaian, geran penyelidikan, imigresen dan kewarganegaraan.

Tambahan pula, dalam inisiatif mencari bakat, kerajaan tidak akan berhasil untuk menarik golongan tersebut dalam keadaan persekitaran sains dan teknologinya yang tidak menggalakkan. Amalan diskriminasi sesebuah negara pula diyakini hanya akan menggagalkan usaha tersebut.

Jika begitu pendekatan Malaysia, mengapakah Malaysia membuang masa dan dana awam untuk memanggil semula rakyatnya kembali ke tanahair? Sedangkan ribuan individu kreatif yang berada dalam Malaysia tidak mendapat taraf penduduk tetap (PR). Contohnya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sydney, Australia dengan jumlah penduduknya seramai 4 juta adalah empat kali ganda daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Rata-rata penduduk Sydney pula bukanlah warganegara kelahiran negara Australia.

Seorang pengasas Persatuan Teknousahawan Malaysia (TeAM), Dr Sivapalan Vivakarajah pernah berkata ”The government provides a lot of funding in terms of grants. But all that they are doing is funding a lot of inventions. We have spent billions of ringgit funding inventions. If you don’t exploit it (invention) to create something of social or economic value, there is no innovation.”

Ironinya, perwakilan industri sering berpendapat bahawa adalah lebih mudah untuk membina perniagaan di Malaysia berbanding di negara China. Apatah lagi, usaha tersebut diperlicinkan lagi dengan sistem perundangan dan pentadbiran yang lebih terurus, begitu juga dengan perlindungan keatas harta intelek. Namun demikian, Malaysia tidak muncul dalam senarai 10 destinasi pelaburan terbaik untuk kemasukan pelaburan asing (FDI) pada tahun 2008 dan 2009 berbanding dengan negara China.

Pengangkutan Awam

Banyak kali telah saya ungkitkan aspek pengangkutan awam khususnya di Lembah Klang yang amat menyusahkan, membuang masa dan membazir subsidi. Saya cadangkan agar subsidi bahan bakar adalah lebih efisien digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam negara.

Mengikut anggaran, jumlah nilai subsidi minyak yang diperuntukkan selama 5 tahun adalah cukup untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam berintegrasi, bukan sahaja di Lembah Kelang, tetapi juga bandar lain seperti Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Sektor swasta boleh memainkan peranan dalam aspek pembinaan sistem laluan, penyediaan MRT, rail yang tersusun, kemudahan-kemudahan infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan pengangkutan awam lebih efisyen.

Penjualan Syarikat PLUS

Urus-niaga syarikat konsensi lebuhraya terbesar negara, Plus Expressways Bhd di Bursa Malaysia digantung apabila pasaran saham dibuka pagi 14hb. Oktober hingga jam 5 petang 15hb. Oktober 2010, sementara menunggu pengumuman utama.

Ada kemungkinan besar saham PLUS sama ada dijual kepada MMC Corp yang dimilik oleh jutawan Syed Mokhtar Albukhary, Asas Serba Sdn. Bhd. yang dipegang oleh bekas Pengerusi Renong Tan Sri Halim Saad, dan mungkin KWSP.

Yang menarik perhatian adalah semua pihak yang menghantar kertas cadangan tersebut tidak melalui satu proses yang terbuka kepada semua. Budaya ’pintu belakang’ ini adalah amat mengecewakan kerana bercanggah dengan semangat Model Ekonomi Baru dan hasrat kerajaaan untuk menjalankan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kenapakah tiada bidaan terbuka jika konsesi tersebut memang terbuka untuk dijual?

Adakah rakyat akan mendapat manfaat selepas urus niaga tersebut? Nampaknya tidak. Keputusan itu sekadar memindahkan aset yang menguntungkan itu daripada pihak kerajaan kepada pihak swasta. Dengan itu, kerajaan boleh mencuci tangannya daripada tuduhan rakyat, malah keuntungan luar biasa itu akan dinikmati oleh pihak swasta yang terdiri daripada beberapa jutawan sahaja. Rakyat tidak banyak mendapat faedah mahupun syarikat tersebut memberikan sedikit diskaun kepada pengguna tol.

Apakah nilai sebenar PLUS? Asas Serba menawarkan untuk mengambil alih 23 konsesi tol di Malaysia pada harga RM50 bilion. Malahan, Asas Serba menjaminkan 20% diskaun kepada semua pengguna tol. Ini telah membuktikan betapa lumayan keuntungan konsesi tol sehingga bakal pembeli dapat menawarkan diskaun sebanyak 20%.

Satu lagi opsyen kerajaan adalah dengan menjualkan saham PLUS kepada KWSP. Walaupun ini merupakan satu keputusan yang lebih munasabah, tetapi KWSP akan dalam serba salah apabila membuat keputusan untuk menaikkan kadar tol. Ianya juga akan menyekat kemampuan KWSP untuk membuat pelaburan lain. Jalan penyelesaian yang lebih waras adalah dengan pengambil-alihan lebuh raya oleh kerajaan sendiri supaya infrastruktur strategik dapat dipegang oleh kerajaan, malah kadar tol dapat diturunkan sehingga dijadikan percuma kepada pengguna.

Pada tahun 2008, DAP telah mengemukakan satu model kepada kerajaan untuk mengambil alih PLUS. Kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan RM14 bilion dalam tempoh tahun 2009-2015, malah rakyat dapat menggunakan lebuh raya di bawah PLUS secara percuma menjelang tahun 2016.

Kerajaan membuat tawaran umum (General Offer) pada harga RM3.30 (harga PLUS pada tahun 2008) sesaham, ataupun 15% lebih tinggi daripada harga pasaran supaya kepentingan pemegang saham kecil dipelihara.

Kos pembelian itu adalah sebanyak RM5.25 bilion. Bersama dengan hutang PLUS sebanyak RM8.5 bilion, jumlah hutang akan mencecah RM13.75 bilion.

Kos tersebut akan ditanggung oleh Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dalam faedah sekadar 3%, iaitu RM413 juta setahun. Jumlah pembayaran balik adalah sebanyak RM16.2 bilion selama 6 tahun.

Dengan jangkaan pertumbuhan aliran trafik sebanyak 3% setahun, PLUS dapat menghasilkan RM20 bilion tunai tanpa peningkatan kadar tol.

Pada tahun 2015, kerajaan dapat menyelesaikan MGS dengan sepenuhnya, dan masih mempunyai RM3.8 bilion lebihan.Memandangkan PLUS hanya dinikmati oleh rakyat di Semenanjung Malaysia, Pakatan Rakyat mencadangkan agar RM3.8 bilion tersebut dibelanjakan untuk pembangunan jalan raya dan infratruktur desa di Sabah dan Sarawak.

DI MANA PROSES PEMBIDAAN TERBUKA?

Empat Lebuh Raya Baru

Empat lebuh raya baru akan dioperasikan oleh PLUS dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) tanpa tender terbuka:

Lebuhraya Sungai Dua – Juru, Pulau Pinang (PLUS)

Kinrara – Damansara, Lembah Klang (PLUS)

Ampang – Cheras, Lembah Klang (PNB)

Damansara – Sungai Buloh, Lembah Klang (PNB)

Projek pembinaan tersebut bukan sahaja tidak dianugerahkan melalui biddan terbuka, malah juga tidak merujuk kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak lain yang berkaitan atas impaknya terhadap penggunaan pengangkutan awam di kawasan tersebut. Apakah rasionalnya kerajaan membina lebuh raya baru di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam?

Projek Sungai Buloh

KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) dilantik melalui rundingan terus untuk membangunkan tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) seluas kira-kira 1,335 hektar itu. Najib memberikan alasan bahawa aturan tersebut dapat memanfaatkan lebih 12 juta pencarum KWSP dan membolehkan kerajaan mengawal selia arah pembangunan.

Bolehkah kerajaan memberikan jaminan bahawa KWSP akan mengendalikan pembangunan tanah tersebut secara berperingkat melalui proses pembidaan terbuka?

Projek Sungai Besi

Pada 19 Mei 2010, kerajaan mengumumkan pemindahan sebidang tanah seluas 34.4 hektar di Sungai Besi kepada usaha sama 1MDB dan Mubadala Development Company (Mubadala). Tanah tersebut yang sebelum itu dimiliki oleh Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dibangunkan sebagai Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD). Proses tersebut tidak dilakukan secara telus dan melalui bidaan terbuka peringkat antarabangsa.

Projek Pembangunan Semula Kampung Baru

Terdapat percakapan untuk membangun semula Kampung Baru di Kuala Lumpur. Malahan sehingga hari ini, tiada satu mekanisma ataupun penyediaan untuk menjalankan satu proses pembidaan terbuka yang dapat melindungi kepentingan penduduk tempatan dan juga menghindirkan unsur kronisma dan penyelewengan.

Projek Pembangunan Tanah KTMB

Wujud satu usaha pembelian tanah seluas 8 hektar milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Bangsar, Kuala Lumpur di antara KTMB dan Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PPHB). PPHB memperoleh tanah tersebut dengan harga RM50 juta, walhal Jabatan Perkhidmatan Penilaian Hartanah menganggarkan nilai tanah tersebut dengan harga RM300 juta sehingga RM350 juta pada tahun 2006. Hal ini bermakna urusniaga itu adalah berat sebelah dan hanya menguntungkan PPHB.

Urus niaga ini juga tidak melalui mana-mana proses pembidaan secara terbuka.

Projek Pembinaan Istana Negara Baru

Kontrakor utama – MAYA MAJU (M) SDN BHD

A. KONTRAK

1. Cadangan kos pembinaan yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan ialah – RM 394,803,200.00

2. Harga yang di tawarkan oleh JKR secara rundingan terus – RM 649,995,507.51

3. Letter of Intent di keluarkan pada – 30hb. Mei 2006

4. Kontrak di tawarkan pada – 26hb Oktober 2007

5. Jangkaan tarikh siap asal – 29hb. November 2010 dipinda ke Februari 2011

6.. Kos meningkat kepada RM811.2 juta apabila kerja tambahan pembinaan flyover yang menyambung Jalan Duta ke Istana Negara dan kerja “upgrading” di Jalan Changkat Semantan yang diberi kepada Syarikat Ahmad Zaki.

B. PERIHAL SYARIKAT

  1. Semasa kontrak ditawarkan syarikat ini di takrif sebagai “DORMANT” oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak menjalankan  apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record” dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan.
  2. Hanya didaftarkan sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 setelah mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.
  3. Syarikat dikuasai oleh Dato Hj. Man bin Mat. Bekas Bendahari UMNO Merbok.

C. TIDAK BERDAFTAR DENGAN CIDB DAN TIDAK ADA LESEN PKK

1.Syarikat ini tidak mempunyai lesen “PKK” yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR.

2. Syarikat ini juga tidak berdaftar dengan  “CIDB” sebagai syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 menjelaskan

Bahagian VI

Pendaftaran Kontraktor

25. (1) Tiada seorang pun boleh mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu Perakuan pendaftaran yang sah yang di keluarkan oleh Lembaga

Atau bahasa Inggeris

Part VI

Registration of Contractors

25. (1) No person shall undertake to carry out and complete any construction works unless he is registered with the Lembaga and holds a valid certificate of registration issued by the Lembaga.

D. ADA DUA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI NAMA SAMA

  1. MAYA MAJU (M) SDN BHD – Kontraktor Istana  Negara
  2. MAYA MAJU SDN BHD

- Kedua syarikat ini tidak ada kaitan langsung dan di kuasai oleh orang yang berlainan.

-          Semua pengumuman oleh kerajaan baik dari Menteri Kerja Raya, media maupun portal kerajaan menyebut hanya Maya Maju Sdn Bhd.

-          Begitu dengan permasaalahan dan tindakan undang-undang yang diambil  terhadap kontraktor pembinaan Istana Negara menyebut Maya Maju Sdn Bhd

-          Ini menjejaskan imej, prestasi dan persepsi syarikat Maya Maju Sdn Bhd.

-          Pada 23hb. Januari 2009, satu Perintah Injunksi telah dikenakan terhadap MAYA MAJU (M) SDN BHD dan pengarah2 nya daripada menggunakan nama “Maya Maju”. Walaubagaimanapun Mahkamah Rayuan “overrule” keputusan ini.

F. MASAALAH-MASAALAH LAIN.

1.        Pada 18 Disember 2008, pihak Abd Mohd Rejab/JR Design Works keluarkan notis menggulung/winding-up MAYA MAJU (M) SDN BHD atas kegagalan membayar fees kerja rekabentuk artitek.

2.        Dalam akhbar The Star  27hb. Jun 2010 di laporkan ramai buruh asing digunakan untuk bina Istana Negara Baru tetapi TIDAK DIBAYAR UPAH.

3.        Pada 6hb. Julai 2010 SUHAKAM dilarang masuk tapak pembinaan Istana Negara Baru ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh 3 bulan.

Logjam in Sarawak

Isu ‘sustainable development’ amat penting kerana ia adalah ‘common issue’ yang menjadi perhatian semua agama dan banyak NGO. Kerajaan amat lemah dalam soal ini. Mungkin ini penting dalam konteks tenaga nuklear yang dirancang oleh kerajaan BN sekarang. Perlembagaan tidak menyentuh isu alam sekitar; tetapi ia boleh dimasukkan di bawah Bab Kebebasan Asasi, khususnya Perkara 5 mengenai ‘right to life’; life perlu difahami dalam konteks ‘quality life’ yang merangkum alam sekitar dll.

Islam amat mengambil berat isu ini. Ulama tradisional, contohnya Abdus-Samad Al-Falimbani dalam kitabnya Hidayatus Salikin yang merupakan saringan kitab Ihya Ulumuddin karangan Al-Ghazzali, ada menyentuh isu ini dalam kitab kuningnya itu. Sarjana Islam Seyyed Hossein Nasr juga menyinggung isu ini dalam bukunya ‘Religion and the Order of Nature’ yang merupakan kuliah panjang di Fakulti Teologi Universiti Birmingham, UK pada 1994.


11 thoughts on “Anwar Ibrahim on National Budget 2011

  1. In the History of the Prophets and Kings by the 9th century Muslim theologian al-Tabari, a fuller version is given: Nimrod has the tower built in Babil, God destroys it, and the language of mankind, formerly Syriac, is then confused into 72 languages. Another Muslim historian of the 13th century, Abu al-Fida relates the same story, adding that the patriarch Eber (an ancestor of Abraham) was allowed to keep the original tongue, Hebrew in this case, because he would not partake in the building.

    Though variations of the stories similar to the Judeo-Christian narrative of the tower of babel exist within Islamic traditions, the central theme of God separating humankind on the basis of language is alien to Islam according to author Yahya Emmerick. In Islamic belief God created nations to know each other and not to be separated.

    A 5 billion ringgit statement of racism and a challenge to the will of Allah? A stand being made by the kaffir at heart? Who are these UMNO-putra who defy the righteous in Pakatan? (I said righteous, not nepotistic . . . )

    Look here PM Najib, who won’t end APARTHEID but would rather build d***, If you insist on building this, don’t make ceilings between floors too low, at least a third of the tower should feature 2 storey high ceilings, and another sixth 3 storey high ones, with a full twelvth of the surface being LANDSCAPED GARDENS

    WITH TREES at least and a ‘Sky Lobby’ every 10 floors so as to give it a “Medium Density” status, or a ‘Sky Lobby’ every 5 floors for a “Low Density” status.

    Don’t foolishly build a 1 storey high per floor building.

    If there is no value added or ‘enhanced floorage’, there is no point even in building a 1000 storey low-class/high-density/high-cost tower which will be immensely wasteful and a total eyesore.

    Given Malaysia’s history of cost cutting sub-contractors using cheap materials, stadium collapses and leaking buildings this 100 storey tower could be a terrible hazard on nearby buildings below and around it as well. Don’t count on foreign contractors either, I’d say the best way for the white extremist or third world hater, to get back at the ‘Islamic World’ would be to sabotage massive projects like these via our infinitely corruptible governmental system. Careful who you allow in to undertake this project! Any microwavable points? Any earthquake generating machines?

    On second thought, go ahead and build it and be as corrupt about it as possible, if Malaysia’s Tower of Babel falls from poor construction and crushes half of KL, Pakatan would be guaranteed a victory even if they don’t win during GE13, and the apartheid and thievery, collusion against the Rakyat would indeed end!

    1) Freedom from Apartheid/Fascism
    2) Freedom from Religious-Persecution/Religious-Supremacy.
    3) Equality for all ethnicities and faiths in all aspects of policy, Law and Constitution.

  2. Under Mahathir, it was privatization and under Najib, they created a new concept called Private Finance Initiative (PFI). The mechanism to do it has not changed. It is still the private sector as the engine of growth with 100% backing from the banks. In reality, it is government that is behind the private sector as per Malaysia Inc. (crony capitalism as in LDP’s Japan Inc under Mahathir). –Din Merican

  3. Kita perlu kemajuan atau pembangunan yang rasional. Apa yang dimaksudkan saya ialah . negara perlu maju dan juga turut berfaedah kepada rakyat. Bukan membebankan rakyat.
    Kita tak mahu lagi rakyat mengejar barangan yang banyak dengan
    wang yang sedikit atau hidup dengan berhutang.

  4. That is true. The Malaysian private sector is totally dependent on the government. The big players are Khazanah, EPF, Permodalan Nasional Berhad, Felda, UEM Group. These are all GLCs.

    RM111 million has allocated for Madam RM’s Permata project in 2011 Budget. In the last Budget, she got RM100 million. Why no report on how the RM100 million was spent? Was part of the money used to host the recent First Ladies Conference hosted by RM? Is Shahrizat’s ministry the implementing agency for this Permata project. If that is the case, she should be accountable to Parliament for the money. There is no transparency and accountability over this huge allocation.

    Why is Najib allowing RM to have use of the money? He seems that he cannot say No to her!

  5. At least those people commenting on Najib’s facebook page think that this is a superb budget. That’s what matters the most to Najib. If they don’t care how the treasury money is being spent, why should Najib? It’s spend baby spend!

  6. kakrubi,

    I thought RM was ringgit malaysia at first until I saw the context of your post. How very fitting of her initials. Now that the import tax on luxury goods have been abolished, she can spend and spend more on those stuff. The price tag for the new palace has increased by RM500 million. I wonder how much our tower of babel will cost in the end?

  7. It is indeed an egocentric and economic wastage mega project that will definitely excebate the already serious traffic jam in KL CENTRAL and its surrounding areas.Why do we need a 100 storeys skyscrapper. ? Look into the serious social issues first and the serious traffic jam, they can’t even solve all these daily issues.The city planner must be nuts to approve all these.

  8. PKFZ was also private funding. Gomen not finance etc. Cost esclates and Gomen bails. The sky is the limit. Mega projects , now by private initiative to loot the country. They can just give every Malaysian above 40 years RM 1, 000 annually . This would boost the economy and people grateful. The RM 5 B menara Merdeka budget is just tip of iceberg. when complete RM 15 B. Comm comm RM 5B. When with submarine RM 500M, why not go for RM 5B. The bigger the better. They can even build a beggars lane next to the Tower.

  9. I think the game is consistently the same under a different ” guise ” under diffirent persons – the GLCs are the ” power-houses ” by which the Government controls & ” steers ” the Economy.
    So, what is involved in all these ” cliches ” about Mega projects embellished with high-sounding words ” projects of grandeur or prestigeous ” ? ? Nothing, but merely to hoodwink public perception so everybody is induced into state of ” hallucination” to yearn for ” dreamland” !
    And the reality behind these ” mega things ” is, as George Soros points out, the 20 % that dissapears behind public view, yes …that money is ” dissipated ” into thin air. Actually, who cares whether the project is properly run or not whether it can generate income or not, or indeed, even if it turns out to be a white elephant ! The important thing is the intial 20% ! ( I hope Soros is right, because prior to him breaking the silence, rumours & suspicions were rife that the figure was ONLY 10% ? ? ) The reality will always remain about public suspicion, can we help that ?

  10. aku mati sebagai Islam.
    sepanjang hidup aku mereka tidak pernah nak bantu hidup aku walaupun aku dah bayar cukai dekat RM1 juta sepanjang hidup
    oleh itu aku akan HARAM kan mereka yang telah makan hak aku dan aku akan HALAL kan jika mereka dan keluarga mereka ini masuk kedalam NERAKA jahanam selama 10,000 tahun

    sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s