Din Merican: the Malaysian DJ Blogger
The desire to write grows with writing–Desiderius Erasmus Roterodamus

MEB perlu naikan daya saing Malaysia, kata Tun Daim Zainuddin

17hb Mac, 2010

Tun Daim: Model Ekonomi Baru (MEB) perlu naikan daya saing Malaysia

Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan tidak lama lagi perlu fokus pada strategi yang akan menjadikan negara ini berdaya saing pada peringkat serantau, global dan domestik, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

“Kita perlu melakukan liberalisasi strategik untuk berdaya saing. Pemboleh utamanya — modal insan dan teknologi — perlu diperkukuhkan agar ia menjadi pemangkin bagi ekonomi baharu,” katanya di dalam satu temubual terbitan 16 Mac Malaysian Business.

Petikan dari temubual itu diberikan kepada Bernama di sini hari ini. Katanya isu kemiskinan masih lagi berlaku dan penting bukan sahaja pada segi kemiskinan tegar malah MEB perlu menangani kemiskinan relatif yang kian meningkat.

Daim berkata negara ini juga perlu menambah baik persekitaran pelaburannya di dalam perkara proses kelulusan, kewujudan pekerja mahir dan insentif yang berkesan untuk menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik.

Katanya wujud keperluan untuk memudahkan prosedur pelaburan untuk memastikan kelulusan pelaburan diberi dengan segera.

“Promosi pelaburan perlu disasarkan dengan jelas dan satu proses kelulusan yang mudah bagi pekerja mahir asing perlu diwujudkan.

“Kita perlu tahu bahawa para pelabur mahu dan cuba memenuhi permintaan mereka dengan segera. Dunia kini berhadapan dunia yang saling bersaing,” katanya.

Daim berkata ekonomi Malaysia kemungkinan berkembang melalui pemulihan ekonomi global tetapi pemulihan akan kekal lemah.

“Jika wang yang diperuntukkan bagi pakej rangsangan dibelanjakan dengan berhemah, keluaran dalam negara kasar akan berkembang sekitar 5.0 peratus pada 2010 disebabkan kesan perlahan dan kadar pertumbuhan itu kemungkinan berterusan pada 2011,” katanya.

Katanya ringgit yang semakin kukuh perlu mencerminkan kukuatan fundamental ekonomi, kerana jika sebaliknya ia bukan satu keadaan yang mampan.

Paras pertukaran ringgit tidak boleh dilihat pada segi daya saing harga eksport semata-mata malah sebagai mempunyai implikasi pada keseluruhan ekonomi, katanya.

Daim yang cergas di dalam bidang perbankan, di mana Kumpulan ICBnya mempunyai cawangan di Eropah, Asia dan Afrik, telah menghulurkan pandangan di dalam pelbagai isu yang meluas dari politik, ringgit, ekonomi AS dan pasaran saham hingga kepada dasar kerajaan.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas yang termasuk dua kali sebagai Menteri Kewangan, yang termasuk pada 1999 di mana beliau membantu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu ekonomi keluar dari krisis kewangan Asia. — Bernama

8 Responses to “MEB perlu naikan daya saing Malaysia, kata Tun Daim Zainuddin”

  1. A ” pencuri ” ( thief ) talking about competition and being
    competitive . People just don’t fail to amaze me lah !!!

  2. Err, howsabout giving up some of the billions you stole from our coffers so that we can invest into our future?

  3. Fyi, the NEM is delayed, not becuz of technical errors – it’s becuz the chapters ain’t written yet! While Diam Daim is trying to figure this one out, endless adjustments and addenda have to be made to accomodate the ‘inferiority’ complex of the likes of Ibrahim Ali. They have been gathering the so called ‘panel of experts’ since Jan. ’10 and by the time they present it – confusion will reign.

  4. yes. MEB focus especially to bring down the poverty level in Malaysia. there are many families living in extreme poverty.

    I’ve visited houses which is only made of zinc, no walls to shelter them from windy or rainy conditions.

    its sad to hear if we claim to be a develop country because from what i’ve seen, we are still not there.

  5. IT does not fail to amaze me , how daim and dr mahathir can, with a straight face , offer advice on what should be done to put the country on the right track to success , after committing ” petty theft ” from the Federal treasury to sums involving billions . What amazes me even more is the fact that there are so many who still believe in these STUPID SCUMS OF THIS EARTH.

    If values is important , then the country and its people’s values must be put right and the only way this can be achieved is by bringing dr mahathir , daim , the igp musa hassan and the attorney general mr . gani petai to book. They should all be charged , tried , and locked up and the keys thrown into the sea from the same vehicle that flew ramli yusof along the coast of sabah,

  6. MEB akan membangunkan dan menigkatkan daya saing Malaysia. ia juga dapat meningkatkan ekonomi negara.

  7. MED bertujuan untuk meningkatkan daya saing negara ke peringkat global. denan diharap MED dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan dan mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.

  8. pelaksanaan MED dapat menggalakkan pelabur asing datang melabur ke negara kita. model ini juga dapat memberi peluang kepada kita untuk membangunkan dan lebih berdaya saing. diharap model ini akan berjaya dalam mewujudkan malaysia sebagai negara yang maju dan berdaya saing


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 208 other followers