Sikap Pemimpin Bangsawan boleh hancurkan UMNO
November 14, 2009
“All the world’s a stage, and all the men and women merely players: they have their exits and their entrances; and one man in his time plays many parts, his acts being seven ages. “ William Shakespeare
Sikap pemimpin bangsawan boleh hancurkan UMNO
Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Dr. Azam
PERKATAAN bangsawan mungkin amat jarang sekali kita dengar pada zaman yang serba canggih ini. Namun baik juga untuk kita imbau dan toleh sejenak ke belakang dalam menilai istilah bangsawan atau lebih tepat, sikap ‘kebangsawanan’ sesetengah pemimpin kita.
Apakah dan siapakah yang boleh kita klasifikasikan sebagai pemimpin bangsawan? Pada hemat saya, golongan ini adalah pemimpin yang sudah agak lama berkuasa serta mempunyai ciri-ciri yang tersendiri tetapi sudah tidak relevan dengan keadaan pemikiran serta budaya kepimpinan alaf baru. Gaya kepimpinan mereka banyak bercirikan aristokrat, birokrat dan bersikap kolonial.
Pada kebiasaannya, pemimpin seperti ini tidak sedar diri. Mereka merasakan mereka sahaja yang boleh memimpin dan tidak segan silu untuk terus memimpin. Selalunya, apabila mereka bersuara terhadap sesuatu isu, apa yang diperkatakan itu banyak menyimpang daripada realiti sebenar atau ada ketikanya boleh dianggap sebagai kenyataan ‘orang nyanyuk.’
Mereka tidak kisah dengan apa yang akan terjadi kepada parti atau rakyat. Apa yang penting ialah kuasa dan jawatan. Mereka mahu berkuasa hingga ke akhir hayat dan akan menggunakan apa cara sekali pun untuk mengekalkannya. Satu ciri lagi ialah mereka tidak mahu memahami kehendak rakyat. Mereka sombong dan tidak suka ditegur.
UMNO sebagai sebuah parti sahsiah orang Melayu harus sedar bahawa pemimpin bersifat kebangsawanan seperti ini sudah lapuk dan tidak relevan untuk parti ini. Sekiranya pemimpin seperti ini terus dibiarkan dalam parti, UMNO akan menerima padahnya. Mereka ini tanpa disedari telah membawa bibit-bibit kehancuran.
Paling ketara apabila Pengerusi Lembaga Disiplin membuat kenyataan agar sayap parti dibubarkan untuk menangani gejala politik wang. Ia sangat bertepatan untuk mengisahkan peranan pemimpin bangsawan.
Tidak perlulah diulas lanjut apakah implikasi kenyataan itu kepada rakyat. Tetapi yang menghairankan, mengapa pemimpin dalam golongan bangsawan seperti ini masih diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti?
Saya ingin menyarankan agar Pengerusi Lembaga Disiplin meletak jawatan ataupun Lembaga Disiplin UMNO dibubarkan sahaja kerana gagal membanteras politik wang.
Sementara itu, tahniah kepada Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali kerana melepaskan jawatan atas rasa tanggungjawab terhadap isu lompat parti oleh ADUN Bota. Sepatutnya lebih manis dan bergaya sekiranya beliau melepaskan jawatan sejurus tumbangnya Perak kepada pembangkang.
Peletakan jawatan Datuk Khir Toyo sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor selepas negerinya gugur kepada pembangkang harus menjadi contoh kepada pemimpin ‘bangsawan’ yang masih terus tegar dalam UMNO.
Ada kebenarannya dengan ungkapan yang diguna oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa “Melayu mudah lupa”. Oleh kerana UMNO parti orang Melayu, maka UMNO pun selalu mudah lupa. Pucuk pimpinan tidak belajar daripada kesilapan. Kalau diimbas, pemimpin era Allahyarham Tun Hussein Onn pun masih lagi diberi peranan penting dalam kerajaan kini. Mungkin inilah antara punca UMNO mula hilang daya tarikannya. Ramai pemimpin yang sudah ‘tercemar’ tetapi masih diberi tempat.
Kepada pemimpin UMNO yang merasakan diri mereka tergolong dalam kategori kebangsawanan ini, saya ingin merayu agar bermuhasabah. Berundurlah dan jangan hancurkan UMNO. Masih ramai lagi pemimpin era baru yang berkebolehan untuk melaksanakan amanah parti keramat Melayu ini.
Demi kelangsungan UMNO, pemimpin serta ahli parti harus melakukan sesuatu. Jangan biarkan UMNO tenggelam di samudera khayalan. Masanya sudah tiba untuk perubahan.
Loading...
Maaf doc,
Saya kena sangkal teori ini.
Ini bukan kes bangsawan atau tidak tapi disebabkan sistem yang terbukti berjaya telah di robekkan oleh seorang yang bukan bangsawan tapi ingat dia angkasawan.
KaLut - November 14, 2009 at 8:19 pm
Amat mustahil untuk UMNO berubah!
Apa lagi dengan adanya pemimpin-pemimpin UMNO yang berpandangan UMNO sebagai harta persendirian, bukan parti untuk menjaga kepentingan orang Melayu.
Khir Toyo ni, dia orang Jawa (pendatang) atau orang Melayu?
Frank - November 14, 2009 at 8:24 pm
frank ,
khir toyo itu seorang toyol . ibu baba nya datang dari jawa.
catherine calolot - November 14, 2009 at 8:35 pm
Lok! Apa bedanya Pak Mudin tukang kris , kakeknya asal negri Turki si! Nah , bapak Thir pulak asalnya Kerala kok!!
Kalo kalian muskil tanya aje same Pak Bean yg kini kartonya mastautin tetap Amerika. Gue yakin Pak Bean pasti dpt beri klarifikasi!! Kalo enggak pun Tok Cik gerenti ngetahui!
Danildaud - November 14, 2009 at 11:32 pm
“Sikap pemimpin bangsawan boleh hancurkan UMNO”.
Apa boleh? Memang sudah lama hancur oleh Mahathir & gang dari 80an sampai hari ni.
tourman53 - November 15, 2009 at 7:23 am
Bahasa jiwa bangsa??? Apa kata orang Kedah dan orang Kelantan yang sentiasa menggunakan ejaan dan perkataan Bahasa Melayu seperti orang yang tak pernah ada pelajaran disekolah. Mereka jiwa bangsa apa?? Cuba baca blog-blog Melayu tulisan blogger-blogger dari Kedah dan Kelantan. Itu bukan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Pada pendapat saya, itu bahasa kena tak mengena. Kalau nak malu besar , itulah.
Frank - November 15, 2009 at 9:00 pm
Bill Shakespeare said years and years ago. The world is a stage or pentas untuk orang bangsawan.
The term “bangsawan” used by the writer, therefore, relates to the days of feudalism when Malay rulers were surrounded by men of high culture who entertained and advised them. Over time these entertainers became an elitist group which assumed power and controlled the ruler.
History is repeating itself. Today, UMNO’s kumpulan bangsawan are no longer actors and entertainers. They are professionals and businessmen working with the Palace. So UMNO has mutated from being a party of the Malays (in 1946) to one that serves their interests and those of their friends and cronies, extracting rents and other financial benefits (sweetheart deals and contracts).
As Dr Azam says, “Mungkin inilah antara punca UMNO mula hilang daya tarikannya. Ramai pemimpin yang sudah ‘tercemar’ tetapi masih diberi tempat.” It follows from this that the best solution for UMNO is to remove this kumpulan bangaswan (the Khairy Jamaluddin type) and put in place with a system where the emphasis is on service for the rakyat.
In that sense, I agree with Dr Azam. But I am wondering why Dr. Azam and others like him continue to remain loyal to a political party which now is a means for self-aggrandizement, not one of public service. —Din Merican
dinobeano - November 16, 2009 at 1:29 pm
bangsawan 1. (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia: seorang ~ yg bernama Datok Alam Tujuh; 2. = komedi ~ = wayang ~ sandiwara yg disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu): panggung ~; anak ~ a) anak orang bangsawan; b) pelakon komedi bangsawan;membangsawankan mengubah sesuatu cerita dlm sesuatu bentuk (spt bertulis, lisan, dsb) ke dlm bentuk bangsawan: ~ Hikayat Si Miskin; kebangsawanan 1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran. http://sbmb.dbp.gov.my/knb/nb_login_pelanggan_web.aspx?id=1
tourman53 - November 16, 2009 at 1:35 pm
But I am wondering why Dr. Azam and others like him continue to remain loyal to a political party which now is a means for self-aggrandizement, not one of public service. —Din Merican
WHY? UMNO is still a gravy train. You don’t jump off the gravy train unless they bumped you off. All this talk about reforming UMNO by these UMNO lackeys is that they were marginalised by the UMNO powerbases of today and lost out on the gravies and the crumbs.
Why didn’t they shout loud BEFORE the March 2008 election results. They had a good 10-15 years to call for reform. No they didn’t because they were all soaked in UMNO’s gravy. Now suddenly when they are being marginalised for the goodies, they call for reform.
________
Yes, Frank. I was told that most of the internal critics of UMNO who are now talking about reform were played out by Khairy Jamaluddin during the March 8, 2008 national elections.This is revenge time for being left behind the gravy train. –Din Merican
REFORM TO WHAT? As long as UMNO is still a race-based party, there is NO way it can ever reform. At best cosmetic touches to win the election!!!
People like the UMNO-shouter blogger Sakmongkol AK47, a former UMNO ADUN from Pahang who was out on a limp after 2008 election, is one of those who lost out and calling for reform.
Dr. Azam is just one of those.
Two types of UMNO critics – the outright critic who got nothing left to gain and the loud-mouth reform callers, they are hoping to get a chance to jump back into the UMNO gravy train, then they will shut off.
Frank - November 16, 2009 at 2:57 pm