UMNO dulu derhaka sekarang taat setia!!
posted by din merican
The Harakah Daily
February 13, 2009
oleh Ahmad Tajdid
Malaysiakini melaporkan hampir seribu orang ahli pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil dalam apa yang didakwa sebagai perhimpunan menyokong Sultan Perak.
Utusan Malaysia yang dimiliki UMNO dan Bernama yang diterajui Dato’ Seri Anuar Zaini (yang diketahui peranannya dalam pergolakan politik Perak) mendakwa perhimpunan itu dihadiri lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum.
“Perhimpunan haram” yang berlangsung selama satu setengah jam itu tidak diganggu polis. Malah demonstrasi jalanan itu diadakan hanya beberapa hari selepas beberapa pemimpin UMNO mendakwa BN tidak akan menggunakan kaedah “demonstrasi jalanan” bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.
Seperti biasa, orang yang menjadi hero kepada bantahan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-UMNO negeri ini bersama BN Perak ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Khairy disertai Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC, G. Shamugavelu.
Pemimpin UMNO dan BN yang berucap pada “perhimpunan haram” itu mendesak supaya tindakan diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.
Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk “menderhakai” titah Sultan Perak.
Drama itu disudahi kemuncak dengan gimik kesediaan berarak ke kediaman rasmi MB Perak bagi “menghalau” Mohammad Nizar dari situ. Malah Khairy seperti kebiasaan beretorik kononnya pemuda UMNO akan menghalang percubaan Nizar dan anggota exconya untuk ke pejabat mereka di Bangunan SUK Perak. Khairy juga berikrar untuk kononnya mempertahankan institusi beraja hingga “ketitisan darah yang terakhir”.
Begitulah hebatnya Khairy dan Pemuda UMNO beretorik. Seperti merekalah orang yang paling layak mempertahankan Raja-raja Melayu.
Cuma kita ingin bertanya, jika keengganan Nizar untuk melepaskan jawatannya sebagai MB dianggap “menderhaka” kepada sultan, bagaimana pula dengan keengganan pemimpin UMNO Perlis dan Terengganu, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Dato’ Seri Idris Jusoh mentaati perintah Raja dan Sultan, 10 bulan lalu?
Pastinya kita masih belum lupa bagaimana Shahidan dan Idris dengan sokongan UMNO Pusat khususnya Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah calon MB istana. Malah perhimpunan membantah keputusan istana diadakan di dua negeri terbabit selama beberapa hari. Di Terengganu, satu sepanduk yang dibawa penyokong Idris yang juga Ketua Perhubungan UMNO negeri menyifatkan istana sebagai “natang” (binatang).
Selantang-lantang Karpal Singh tidak sampai ke peringkat menyamakan istana dengan haiwan.Mengapakah pada waktu itu tiada istilah “derhaka” terkeluar daripada mulut pemuda UMNO, apatah lagi yang menyokong tindakan derhaka itu tidak lain tidak bukan ialah Presiden UMNO yang juga bapa mentua Khairy!
Sejarah negara juga memperlihatkan bagaimana institusi istana pernah dipijak dan dihina UMNO. Lihat sajalah krisis Perlembagaan yang berlaku pada 1983 apabila perhimpunan-perhimpunan besar dianjurkan UMNO untuk berhadapan pihak istana.
Bagaimana pula dengan episod pindaan Perlembagaan bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu pada awal dekad 90-an. Bukankah Utusan Malaysia, akhbar yang dimiliki UMNO telah menerajui kempen menghina Raja-raja Melayu pada waktu itu?
Setelah sepuluh bulan episod penderhakaan berlaku di Perlis dan Terengganu, tiada sebarang tindakan diambil oleh UMNO untuk menghukum sipenderhaka. Shahidan terus kekal sebagai Ketua Perhubungan UMNO negeri walaupun terlepas jawatan Menteri Besar.
Idris Jusoh diberi habuan sebagai Pengerusi Mara manakala sebahagian Adun UMNO Terengganu yang bersama Adun Ajil, Rosol Wahid membantah calon MB pilihan istana, kini menjawat Exco Kerajaan Negeri.
Jelaslah bahawa UMNO sebenarnya “parti munafik” yang memperalatkan istana. Ketika kedudukan UMNO dan BN kukuh, istana diinjak-injak golongan penderhaka ini. Apabila pengaruh UMNO mula pudar dan orang Melayu mula meninggalkan parti yang dipenuhi kurap rasuah dan penyelewengan itu, Umno cuba berselindung di sebalik pagar istana dan berpura-pura menjadi pembela institusi Raja.
Jika para pemimpin UMNO menganggap hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak sebagai “menderhaka”, apakah gelaran paling layak diberi kepada Umno yang bertanggung jawab menghapuskan imuniti Raja-raja dan membolehkan mereka disaman di mahkamah terbuka?
When Tun Mahathir removed the immunity of the Sultans , no one including UMNO cried ” derhaka ” !
When the former MB of Terengganu , Idris Jusoh was in defiance of the HRH Sultan and Agong when HRH had a different preference for the post of MB, this was not ” derhaka ”
Similarly, The Raja of Perlis installed the MB of his choice and there was a standing feud between the PM and the palace, no one shouted ” derhaka ”
Now, when the rakyat expressed their disappointment over the the way the new MB was appointed , UMNO came to the protection of the palace and branded those who had differences with the HRH Sultan’s decision as ” derhaka ”
The rakyat is entitled to make comments when a decision made by HRH is not in consonant with the constitution. UMNO is no judge and cannot demand action to be taken against anyone.
fslam - February 13, 2009 at 10:41 pm
Alif, Mim, Nun, Wau,….Alif tendang Wau….SARKIS Daaa…
memang betul pun kata S. Shamsuddin….( itu pasal S. Shamsuddin tak dapat datuk sampai hari ni…)…pemimpin UMNO patut sedar yang mereka dah tak relevan di mata rakyat….lupa diri…. yang dia pernah lebih dulu menderhaka…..Kerajaan Haram Perak tak akan kekal lama….
azmande - February 13, 2009 at 11:37 pm
Selective hypocritical amnesia, Din.
Can’t change, ever, these bumno parasites. Stopped reading what they’ve been ranting about – just looking at the ‘title’ upwells my gall! They are the true ‘derhaka’ from ‘neraka’ as Harakah may want to put it…
Menyalak-er - February 14, 2009 at 1:45 am
“UMNO is no judge and cannot demand action to be taken against anyone”
The country’s top judge (Top Gun) Justice Zaki Tun Azmi under whom I worked once upon a time, is in spirit (he doesn’t drink) still with UMNO. That allows UMNO to be prosecutor, judge and jury (sorry no jury in Malaysia).
Mr Bean - February 14, 2009 at 5:58 am
When Karpal wants to sue the Sultan, UMNO Youth demands his head be delivered to them on the silver platter! (No relations of The Platters).
Penghianat konon nya!! Tapi sapa yang ubah undang undang?? Kalau tak Cek Det dari Jalan Day, Aloq Setaq – tak jauh dari Wat Siam, dekat dengan rumah Din Merican, sebelah Tokong Hindu.
Mr Bean - February 14, 2009 at 6:12 am
Double standard politics. Rakyat terutama sekali orang Melayu sentiasa kena tipu dan di-putarbelitkan oleh para nasionalis UMNO. Bila lagi orang Melayu nak sedar dan berubah sikap. Mereka patut menggunakan akal fikiran dan bukan mengikut perasaan. Sikap feudalis kena dimansuhkan jika Bangsa Melayu hendak mara ka depan.
Tuan Bean, Che Det bukan dari Jalan Day; rumah asal beliau ialah di Seberang Perak, Aloq Setaq. Semasa beliau berkhidmat dengan kerajaan, Che Det adalah Pegawai Perubatan di Langkawi, pulau Mahsuri yang indah itu. Salam.
Din Merican - February 14, 2009 at 10:41 am
Betoi Din Merican! Maseh ingat. Dekat kelang aih ka??
I first visited him in his house (government quarters since isteri kerja dengan hospital gomen) in Jalan Day dekat race course, sebelah kiri sebelum railway crossing. Lepais tu dia ikut saya pergi dekat Wat Siam dalam his pink Cadillac – luxury car by General Motors at the time. Saya maseh ingat. Hanya lupa sekali sekali
Mr Bean - February 14, 2009 at 7:28 pm
Pada masa tu Cek Det dah buka MAHA klinik di Pekan Melayu dekat Pekan Cina. Dia dok charge hanya $2.00. Dua ringgit mahai lah tu pada masa tu in the 60s. Dak lah, murrah la kalau banding dengan yang lain.
He had the respect of the Kedah Royalty and he for them; and he was moving in their circle. Even then he has the heart of the common man and the aspiration of a Malay Ruler. It was natural for him to take the plunge into politics the way he did in 1969. His patients at MAHA klinik were ordinary people i.e. exlusively Malay farmers, fishermen, traders from Pekan Rabu, government servants. He made house calls to members of the royalty.
Maseh ingat!
Year later, I suppose power got to his head. When rogue Malay Rulers threatened to upset the delicate balance of power, he finally acted to restore it. Do I blame him? No. But he went further and used the age old institution for his self-interest, not that of the Malays. That I disagree.
Mr Bean - February 14, 2009 at 7:46 pm
Tolong jaga tepi kain orang.
Bukit Antrabangsa - February 14, 2009 at 8:51 pm
“Double standard politics. Rakyat terutama sekali orang Melayu sentiasa kena tipu dan di-putarbelitkan oleh para nasionalis UMNO. Bila lagi orang Melayu nak sedar ….” Cek Din
Termasuk Raja-Raja Melayu. Ini semua Cek Det punya pasai…!
Mr Bean - February 14, 2009 at 9:10 pm
Umno/BN mudah lupa apa yang mereka lakukan kepada raja raja pada tahun 1993. Dalam episod pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja Raja Melayu mereka telah menghina raja raja melayu. Bukankah Utusan Malaysia akhbar yang dimiliki oleh Umno telah menerajui kempen menghina dan menaibkan raja raja melayu diwaktu itu. Mengapakah tiada seorang pun yang menganggap tindakan tersebut menderhaka pada sultan dan raja.
Adakah tindakan MB Nizar yang enggan meletakan jawatan jika ikut perlembagaan jawatan itu maseh sah dianggap menderhaka kepada Sultan. Bagaimana pula dengan keenganan pemimpin Umno Perlis dan Terengganu Shahidan dan Idris mentaati perintah raja dan sultan 10bulan yang lalu. Mengapakah Khairy membisu seribu bahasa diatas tindakan Umno menghina Yang Dipertuan Agong/Sultan Terengganu dan Raja Perlis. Adakah perbuatan ini tidak menderhaka bagi Umno. Janganlah bersikap ‘ double standard ‘ kerana rakyat sudah mengetahui siapa dia penderhaka dan pembela.
Mohd Noor Haji Jaafar - February 15, 2009 at 11:25 pm
“Janganlah bersikap ‘ double standard ‘ kerana rakyat sudah mengetahui siapa dia penderhaka dan pembela. “Mohd Noor Haji Jaafar
They are fully aware of the ‘double standards’. It is a game they play and there’s nothing anybody can do about it. They are not after the truth. It is ‘truth’ as they see it.
That’s why we have courts to tell us what truth is.
Mr Bean - February 16, 2009 at 8:14 pm
There’s another game they play.
We cannot take the law into our hands because we believe in the rule of law. But they also say we cannot bring the issue or issues of legitimacy of the Perak state government to the courts. What next??
Mr Bean - February 16, 2009 at 8:19 pm
UMNO Malay supporters “diperkudakan” by all UMNO politicians and most of them are ignorant or helpless to deal with the situation. Just maybe they are by nature docile to be “peralatkan” as puppets who can’t think for themselves. It is no fault of theirs but Dr. M who suppressed them for more than 20 years.
Balakrishnan - February 17, 2009 at 12:37 am