Kenyataan Media dari Pejabat Menteri Besar, Selangor: UMNO masih tipu rakyat
KENYATAAN MEDIA
29hb Januari 2009

PERPINDAHAN SETINGGAN BUKIT BOTAK KE TAMAN SELAYANG MUTIARA
SHAH ALAM – Mesyuarat Stanco Tanah hari ini turut membincangkan isu projek penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang yang melibatkan seramai 1400 pemilik tanah serta merangkumi keluasan tanah seluas 138 ekar. Delpuri Corporation Sdn. Bhd. (DCSB) telah dilantik sebagai kontraktor pada tahun 1999 oleh Kerajaan Negeri terdahulu bagi membangun dan menyusun semula penempatan setinggan Bukit Botak ke Taman Selayang Mutiara.
DCSB, selaku pemaju yang telah diamanahkan membangun dan menyusun semula penempatan setinggan Bukit Botak ke Taman Selayang Mutiara juga telah diarahkan membina rumah dan menyiapkan infrastruktur seperti pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa. DCSB dikehendaki menyediakan rumah transit atau memberi bantuan subsidi sewa rumah sebanyak RM300.00 kepada penduduk yang diarahkan mengosongkan tapak projek sehingga rumah siap. Sebagai balasan kepada usaha tersebut, penduduk telah memberi surat kuasa wakil (power of attorney) kepada DCSB untuk menyerahkan hak mereka keatas tanah tersebut kepada syarikat pemaju itu. Namun demikian, DCSB akhirnya tidak dapat meneruskan tanggungjawab mereka dan segala projek yang telah dirancang terbengkalai.
Tanpa membuat kajian yang menyeluruh, kerajaan negeri yang terdahulu telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil alih projek terbengkalai dari DCSB. Setelah membuat penelitian, mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini telah membuat keputusan menghentikan kerja- kerja pembinaan di tapak dan memutuskan subsidi bayaran sewa ditamatkan hingga bulan Oktober 2008. Keputusan ini terpaksa dibuat kerana PKNS tidak mampu menanggung kos kerugian sebanyak RM140 juta jika meneruskan projek pembinaan berkenaan.
Walaupun Kerajaan Negeri mengambil berat tentang kesusahan yang dialami oleh rakyat, tetapi adalah tidak wajar untuk meletakkan beban keseluruhan kepada PKNS adalah tidak wajar hanya kerana Kerajaan terdahulu tidak dapat memantau projek-projek ini dengan baik. Tambah pula DCSB dibenarkan lepas tangan dalam hal ini.
Kerajaan Negeri amat berhasrat untuk menolong penduduk yang terlibat namun terhalang kerana hak kepada tanah yang terbabit masih lagi ditangan DCSB. Pertolongan yang wajar boleh dibuat sekiranya penduduk mendapat balik hak terhadap tanah dengan membatalkan surat kuasa wakil yang ditandatangani diantara para penduduk dan Syarikat DCSB. Dari sudut perundangan, Kerajaan Negeri mahupun PKNS tidak mempunyai hak untuk meneruskan pembangunan kerana penduduk yang juga pemilik tanah masih lagi terikat dengan terma-terma dalam perjanjian tersebut.
Setelah pembatalan kedua-dua perjanjian dilaksanakan barulah perbincangan dengan Kerajaan Negeri dapat dibuat bagi memutuskan bentuk penyelesaian yang lebih konkrit. Kerajaan Negeri berharap semua pihak memahami isu sebenar yang menghantui para penduduk Bukit Botak agar satu jalan penyelesaian dapat dilaksanakan secepat mungkin.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR, YB Tan Sri Khalid Ibrahim
Rakan-rakan sekalian,
Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, masih berdiam diri tetapi beliau cuba mempolitikan isu ini. Kalau berani, bertanggungjawablah keatas isu Bukit Botak ini.
Saya rasa masa sudah tiba masanya bagi Suruhanjaya Pencegah Rasuah mendedahkan hasil penyiasatan mereka keatas jerung besar UMNO ini, sepertimana kenyataan Persuruhjaya badan tersebut. Rakyat sudah bosan dan marah terhadap kepimpinan UMNO yang tidak cekap, tidak bersih dan tidak amanah ini. —Din Merican
dinobeano - January 29, 2009 at 11:00 pm
[...] Kenyataan Media dari Pejabat Menteri Besar, Selangor: UMNO masih tipu rakyat Former Selangor Menter Besar Khir Toyo implicated Selangor Senior Exco member Teresa Kok on the “azan” issue as part of his concerted effort to incite racial and religious hatred by the Malays/Muslims against the Chinese community in Selangor. The Editor-in-Chief of Utusan Malaysia did not check the facts prior to publication of the false allegation made by Khir Toyo, instead Utusan Malaysia raised the tone of the allegations to a more dangerous level. [...]
Former Selangor Menter Besar Khir Toyo implicated, isu projek penempatan semula setinggan Bukit Botak, Selayang yang melibatkan seramai 1400 pemilik tanah serta merangkumi keluasan tanah seluas 138 ekar. « SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - January 30, 2009 at 4:57 am
saya tak sabar nak tunggu persidangan DUN Selangor March ni.. TS Khalid sudah mengatakan yang beliau akan membongkar kes kes kerajaan terdahulu.. Khir Toyo yang mengajar TS Khalid perkara2 ini dimulai dengan kes lembu itu!
lanwm - January 30, 2009 at 8:16 am
Mana isi nya, si tokoh-tokoh ? Daging lembu yang rakyat minta, bukan tahi ! Adoh ! Sakit perut nya !!
ocho-onda - January 30, 2009 at 11:54 am
khir toyo kena memberi penerangan kerana ini adalah projek semasa dibawah pemerintahan beliau. Kalau soal lembu boleh bersuara, takkan manusia diam pula….
Saya harap rakayt tidak akan menyalahkan pkns dalam hal ini.
edisham - January 30, 2009 at 6:13 pm
Saya terpanggil untuk sama sama memberikan pendapat isu penempatan setinggan bukit botak.
Saudara Nordin ada terlibat sama ke dengan rancangan penempatan setinggan bukit botak ni?
Zaman Dr Khir sudah berakhir kerana tidak ada kuasa lagi untuk melakukan sebarang arahan dan keputusan ,tak payah lah nak salahkan lagi, sekarang TS khalid MB selangor yang Baru , sudah menjadi kewajipannya untuk meneruskan usaha yang telah pun dirintis oleh orang yang dahulu.
Racangan penempatan samula setinggan adalah rancangan untuk penduduk setinggan bukit botak (orang orang yang memang ada masaalah kewanagan maksudnya oarang susah) wajib di bantu bukan dianiaya dititindas,
Pada saya yng menggagalkan rancangan bukit botak adalah MB sekarang kerana beliulah yang mengarahkan rancangan ini diberhentikan, kemudian disusahkan hati penduduknya dengan kaedah yang menindas, dengan menaikan harga rumah dari RM 42,000.00 ke RM 99,000.00 dan kemudian mewartakan pengambilan Tanah penduduk yang sudah punyai geran individu, sudah pun membayar cukai tanah selama 5 tahun.
Sudah dirampas kononnya tanah itu tidak pula dibayar pampasan kepada memilik tanah, pampasan akandiimasukan kedalam kos pembinaan dan tidak dalam harga rumah 99,000.00. Ini menjadikan penduduk terpaksa membeli rumah dengan kosnya 111,300.00.APAkah ini kemampuan orang susah, sedangkan kaedah yang asal adalah rumah kos rendah 42,000.00.
Pemaju akan terus kaya dan tak perlu susah susah nak bayar prium tanah kerana prium tanah telah di bayar oleh penduduk kemudian kos pembinaan dibayar juga oleh penduduk melalui pampasan RM 12,300.00 Seorang peserta kali 1442 orang bersamaan RM 17,736,600.00 ini adalah nilai pampasan yang belum dipersetujui oleh peserta, harga semasa yang membayar cukai RM 1.00 bersamaan RM 1,000.00 . cukai tahunan yang di bayar adalah mengikut keluasan tanah 205 meter RM 59.00 bayangkan lah dan kiralah sendiri.
Tangung jawab contractor dan kerajaan negeri juga diberhentikan bayaran sewaan rumah bulan bulan kerana gagal menyediakan transit rumah sementara rumah siap dibina rm 300.00.
saudara nordin tidak s\rasa simpatike?. sebenarnya banyak nak cerita ni.
mohd yusoff - July 6, 2010 at 3:10 am