KAMAL AMIR MENULIS: Kenapa Dolah takut berundur?
Wednesday, 12 March 2008
Ramai bertanya “gila apakah Dollah berdegil untuk tidak segera berundur setelah rakyat menolaknya? Jadah apa penyebab utama keengannya meninggalkan Seri Perdana sedangkan rakyat berterusan mahukan dia berundur.”
SEHINGGA saat ini Kabinet baru kerajaan Malaysia masih belum dibentuk. Sementara itu beberapa buah kerajaan negeri turut mengalami situasi tidak menentu kesan tawar menawar serta tarik tali antara parti-parti yang bergabung dalam Barisan Alternatif merangkumi PKR, PAS dan DAP bagi menentukan wakil setiap parti untuk berada di anjung kuasa.
Upacara mengangkat sumpah anggota Dewan Undangan Negeri turut tertangguh serta belum lagi diketahui tarikh sebenar, sementara kesemua Ahli Dewan Rakyat pula dijadualkan mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen pada 5 Mei 2008, suatu keganjilan dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Flip – flop” atau dolak dalih Abdullah Ahmad Badawi berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih menjadi misteri yang belum selesai terungkap. Mentafsir setiap ungkapan kata-kata jelas memperlihatkan keengannya mengundurkan diri dari Seri Perdana begitu jelas, meskipun terdapat pelbagai desakan rakyat serta kalangan pimpinan dari Umno.
Dalam erti kata lain pemimpin hipokrit, pembohong dan munafik ini ternyata enggan menerima keputusan rakyat yang telah menolak kepimpinannya apabila sebegitu ramai calon dan anggota jemaah wazirnya tersungkur dimusim pilihanraya lalu. Malahan lima buah negeri “terlingkup” dibaham Barisan Alternatif dalam gelombang Tsunami kabangkitan suara rakyat kuasa keramat.

Desakan demi desakkan kalangan anggota Barisan Nasional mahukan Abdullah Ahmad Badawi segera berundur sebelum situasi menjadi lebih parah lagi tetap dipandang sepi olehnya. Setiap kenyataan serta mesej yang disampaikan bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri tanpa meninggalkan sebarang kesan buatnya dan tetap tidak diendahkan.
Ramai bertanya “gila apakah Dollah berdegil untuk tidak segera berundur setelah rakyat menolaknya? Jadah apa penyebab utama keengannya meninggalkan Seri Perdana sedangkan rakyat berterusan mahukan dia berundur.”
Kelmarin Bursa Saham Kuala Lumpur merudum keparas cukup menggerunkan apabila jajaran saham tidak lagi dilihat lumayan untuk dilangani. Petanda arah menunjukkan kejatuhan teresebut mencapai paras cukup memeranjatkan jatuh sejumlah 120 mata menjadikannya berlegar pada angka 1120 mata.
Sejak awal pagi pelabur asing telahpun mengalihkan tumpuan mereka ke negara lain. Rapuhnya perkongsian kuasa era Abdullah memperlihatkan kestabilan politik tidak lagi mampu dipertahankan mengakibatkan suasan ekonomi semakin tidak menentu jadinya.
Di sebalik persoalan liatnya Abdullah melepaskan jawatan Perdana Menteri untuk berundur diri menimbulkan seribu satu persoalan. Kesan dari itu kalangan juak dan penyokong Dato Seri Najib Tun Razak melihat dengan “liat” dan tidak malunya Abdullah meneruskan kehadirannya sebagai Perdana Menteri mengakibatkan semakin suram peluang Najib bertandang ke Seri Perdana.
Sewajarnya mereka dan seluruh rakyat sedar, punca sebenar keengganan Abdullah Ahmad Badawi berundur bukan kerana tidak tahu malu, bukan juga disebabkan tidak mampu mentafsir penolakkan rakyat terhadapnya. Dia sanggup menebalkan pipinya menerima setiap umpat keji rakyat kerana sebagai seorang bapa dia tidak sanggup melihat masa depan anaknya hancur kerana kini mereka benar-benar berada dalam keadaan tidak lagi .
Abdullah Ahmad Badawi sanggup jadi munafik dan menebalkan pipinya kerana merasakan sebaik sahaja dia turun dari takhta pemerintahan maka menantu tanpa bin @ Si Kitol pasti akan terseret kemuka pengadilan rakyat kesan perlakuan sebegitu tempang sejak dia berada di tampok kuasa.
Untung nasib Si Kitol @ menantu tanpa bin pastinya terdedah untuk disiasat berhubung skandal ACM Libra dan CIMB Bank beserta banyak lagi kepincangan dalam urus tadbir perniagaannya disamping pudarnya harapan untuk menjadi Perdana Menteri berusia empat puluh tahun menjelang 2010.
Lebih mencemaskan hatinya apabila pelaburan syarikat anaknya samada dalam syarikat Scomi mahupun lain-lain syarikat pasti tergugat. Usaha dagang di Pulau Pinang mungkin mengakibatkan Kamaluddin Abdullah tersungkur menjadi muflis kerana sudah pasti beberapa perjanjian yang termeterai seperti Pembangunan PGCC bersama-sama Patrick Lim bakal menjadi hamparan tanah perkuburan.
Begitu juga kontrak di Petronas yang disembunyikan sejak begitu lama, Syarikat pengangkutan Rapid KL serta Rapid Pulau Pinang, projek monorail, dan beberapa projek lain pasti akan tersingkap bagaimana cara ianya diperolehi serta sudah tentunya bakal dihentikan sekali gus mampu mefuliskannya.
Bagaimana pula untung nasib Kamaluddin Abdullah berhubung skandal bekalan “Centrifuge” yang mengakibatkan BS Tahir terpasung dalam tahanan ISA tanpa sebarang berita hingga saat ini? Apakah mampu Abdullah mempastikan warga Pakistan itu tidak mendedahkan cerita sebenar berhubung persoalan tersebut? Selamatkah Kamaluddin dari penghakiman rakyat seandainya dia berundur dari Seri Perdana.
Kontrak ratusan juta yang diperolehi oleh adiknya di Kementerian Pertahanan, Penjualan Tanah Unibersiti Malaya, penguasaan pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra dan Hotel Pan Pacific milik kaum kerabatnya merupakan skandal kecil baginya. Begitu juga pembelian pesawat mewah bernilai lebih 200 juta dollar serta program Monsoon Cup di Trengganu, semua itu adalah isu kecil.
Fokus kegusaran serta ketakutan yang seringkali menganggu lena tidur Abdullah Ahmad Badawi setelah rakyat melakukan kejutan mencetuskan gelombang kebangkitan suara rakyat kuasa keramat adalah untung nasib anak lelakinya Kamaluddin Abdullah, kerana persoalan hukum karma serta terdedahnya percaturan tempang memungkinkan dia menjadi muflis dan jika salah hemat pasti terpasung disebalik jeriji besi seperti di alami oleh Suwandi dan Azman di Batu Buruk.
Anak dan menantu Abdullah Ahmad Badawi kini benar-benar tidak selamat lagi seandainya dia mengundurkan diri kerana “dendam di hati rakyat” masih belum mampu diredakan untuk mengheret mereka kemuka pengadilan . Malahan lebih mengerunkan hatinya apabila pimpinan baru tentu bakal membuka setiap pekung, nanah dan noda-noda kebobrokkan korupsi era kepimpinnya.
Sehingga saat ini Timbalannya Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak masih belum menyatakan kesanggupan ataupun melafazkan ikrar untuk mempertahankan serta menyelamatkan untung nasib anak menantu Abdullah. Kerana itulah pelbagai upaya dilakukan olehnya agar dapat bertahan di anjung kuasa Seri Perdana.
Selagi dia masih mampu, setiap upaya pasti dilakukan olehnya untuk bertahan. Sedaya mungkin imam besar Islam Hadhari tetap tidak akan mengundurkan diri dari Seri Perdana. Samada rakyat melihatnya jelek dan jijik, atau dirinya dikatakan pembohong dan munafik, tidak tahu malu, muka tembok, tamak kuasa, tidak sedar diri, baghal atau dangkal mentafsir hati nurani rakyat, semua itu bukan menjadi persoalan baginya.
Hidup matinya tetap akan berusaha untuk bertahan di sebalik kekebalan Seri Perdana kerana hanya itulah sahaja jalan dan caranya mempastikan keselamatan anak menantunya terpelihara dan pengadilan rakyat. … fikir-fikirkanlah.
Loading...
nampak macam itu lah sebab Paklah berdegil tak mau undur
rockstar - April 5, 2008 at 9:02 am